Tidak dinafikan, pembikinan setiap karya yang dilakukan oleh pihak Barat dan Timur memiliki tujuan dan falsafahnya yang tersendiri. Penulis bukanlah menyentuh tentang agenda Yahudi/Freemason itu semua, kerana penulis tidak pakar dalam mana-mana bidang pun. Penulis hanya seorang penuntut universiti kehidupan, yang melihat bahawa setiap ilmu yang mendekatkan diri kita  pada tuhan, itulah ilmu yang sebenar.

Kenapa penulis memilih untuk menulis mengenai eksplorasi karya sedangkan banyak lagi bidang lain yang kurang kontroversi?

Ini kerana wujudnya “target market” untuk demografi golongan yang minat membincangkan secara intelektual kartun-kartun, anime, dan filem-filem pasal fantasi. Masyarakat kita sekarang terutamanya golongan muda lebih berminat dengan kajian dan perbincangan secara intelektual tanpa mengira seremeh manapun topik yang dibentangkan. Ini merupakan kuasa teori peminat (fan theory) dimana suara peminat didengari daripada ulasan filem , siri TV atau permainan video dalam perspektif yang unik, sekaligus menyebabkan anda mempersoalkan apa yang anda saksikan, biarpun tidak disokong oleh pembikin filem itu sendiri.

Namun ada masyarakat yang masih memandang kajian daripada peminat ini buang masa. Tetapi sebaliknya, jika anda layari laman sesawang seperti Quora dan Reddit, mereka memberi peluang kepada peminat dengan menyediakan forum khas kepada peminat untuk membentangkan teori kepada apa sahaja filem, kartun, siri TV atau permainan video yang mereka perolehi. Tambahan pula, di Youtube tidak kurang hebatnya sambutan siaran-siaran teori media seperti Film/Game Theorist, Sheamus Gorman, The Theorizer, SuperCarlinBrothers dan sebagainya.

Kini ‘teori peminat’ telah membina sub-industri mereka sendiri. Keluar sahaja filem (terutamanya filem Barat), mereka akan melemparkan pelbagai teori malahan sesetengah bersandarkan penaakulan dan fakta. Penulis ingat  lagi antara teori kesukaan penulis ialah teori untuk filem “The Dark Knight Trilogy” tentang psikopati The Joker, bahawa The Joker lakonan Heath Ledger merupakan antara lakonan The Joker terbaik sepanjang hayat kerana setiap perincinya melambangkan ciri-ciri seorang Psikopath seperti kecelaruan dalam cerita asal-usul parutnya, tidak sifat belas kasihan dan motifnya yang tidak mahu wang atau keteraturan, hanya huru-hara.

Dan teori satu lagi ialah Jar Jar Binks, watak dalam Star Wars episode 1; The Phantom Menace merupakan seorang Sith Lord, yang merupakan guru kepada Darth Sidious sekaligus merancang kehancuran Jedi. Konversasi sebegini telah menjadi satu peranan besar dalam pengalaman atau ‘experience’ menonton wayang, bermain permainan video dan menonton siri TV anime atau kartun. Bukan sahaja menambahkan sifat ingin tahu sekaligus menajamkan otak, malah baik untuk industri filem kerana filem-filem yang mencabar minda dan dibikin dengan penuh ketelitian akan menggalakkan penonton untuk menonton lagi karya seterusnya. Conspiracy creates controversy, and controversy creates cash.

Mengikut kajian daripada Viacom’s Global Consumer Insight, mengenai teori peminat mereka mendapati :-

“The team behind Fan Theory created a series of data visualization tools and visual stories that looked at fans from a cultural, psychographic, and neurological perspective.”

Hasilnya, beberapa kunci pembelajaran (key learning) dapat dimanfaatkan yang boleh membawa fokus korelasi antara peminat dan sesuatu yang diminatinya, secara tidak langsung membawa impak terhadap sebesar-besar budaya dan sistem dunia sehingga sekecil-kecil biologi. Lagipun, berkata Al-Alim Imam Abu Hanifah Radiallahu Anha :-

‘ Sebaik-baik pandangan kamu dalam pencarian kamu itu sesuatu yang membantu kamu. Maka sesungguhnya ilmu yang disertai dengan perbuatan yang sedikit lebih bermanfaat berbanding kejahilan yang disertai perbuatan yang banyak..’

Akhir kata, penulis ingin mengambil contoh kitab Al-quran.Al-quran adalah kitab untuk semua umat islam. Tetapi kenapa wujudnya orang islam teroris dan orang islam pasifis serta pelbagai lagi fahaman? Jawapannya interpretasi. Ayat yang sama boleh membawa maksud yang berlainan jika interpretasinya berbeza.

Sesungguhnya bukan niat penulis ingin membandingkan filem(buatan manusia) dengan Al-Quran(kalam Allah), tetapi jika buatan manusia pun penuh makna, inikan pula kitab suci. Begitulah kita dengan seluruh kehidupan, janganlah dinafikan filem dan adiwira menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak muda sekarang.

Eloklah mengajar diri dan anak-anak untuk menonton filem dan kartun menggunakan interpretasi yang baik, seperti falsafah, moral, serta dekatkan diri dengan pendekatan Islam. Untuk artikel yang akan datang, mungkin penulis akan cuba mengulas filem-filem adiwira dan kartun dalam sudut yang memberi manfaat kepada pembaca. InsyaAllah.

RUJUKAN

  1. Mohd Anuar Mamat. 2016. Pemikiran Pendidikan Imam Abu Hanifah Al-Nu’man; Al-‘Alim Wa Al-Muta’alim. Casis.Hakim.
  2. Viacom (2017) Fan Theory Project: Exploring the Relationship Between Fans and the Stories They Love
  3. Padraig Cotter (2017) How Fan Theories Changed the Way We Watch Movies and TV. Little White Lies.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.