Lama tak tulis pasal teori konspirasi. Sebab mulai Julai 2017, Knesset telah menggantung peruntukan kepada semua Goyim termasuk peruntukan bagi kategori OS0666 (“dedak” סובין). Itu sebabnya tiada insentif untuk menulis.

Anyway, balik kepada cerita teori konspirasi. Kenapa den begitu anti teori konspirasi? Kerana teori konspirasi adalah agenda pembodohan yang boleh membawa kepada mudarat besar. Antara contoh terbaik ialah isu kawalan senjata di Amerika.

Hampir tiap-tiap tahun kita dengar kisah penembakan ramai-ramai (“mass shooting”) di Amerika. 2016 di Orlando, 2017 di Las Vegas, dan baru-baru ini di Florida. Kita tahu puncanya ialah undang-undang kawalan senjata yang longgar. Membeli pistol semudah membeli rokok. Jadi senanglah bagi manusia psiko untuk mendapatkan pistol dan senapang untuk melancarkan pembunuhan ramai-ramai.

Kenapa tak ketatkan undang-undang saja? Paling senang, haramkan langsung penjualan senjata secara terbuka. Kenapa kerajaan membiarkan nyawa orang awam layang macam itu?

Sebab di kalangan orang Amerika ada kepercayaan hak pemilikan senjata oleh orang awam (“right to keep and bear arms”) atau “gun right”. Kepercayaan yang dipetik daripada pindaan ke-2 kepada Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1791 yang diperkenalkan oleh Thomas Jefferson, presiden ke-3 Amerika Syarikat. Dan sebahagian besar orang Amerika yang konservatif dan berhaluan kanan (“right-wing”) menganggap ia satu hak yang kudus dan tidak boleh dipersoalkan.

Pindaan ke-2 dibuat untuk tujuan pertahanan negara. Amerika merdeka pada 1776, ia berperang dengan Britain sehingga tahun 1783 untuk mencapai kemerdekaan, dan Britain masih menjadi ancaman kepada Amerika pada awal kemerdekaannya. Justeru, Amerika amat bergantung kepada militia (askar-rakyat) untuk mempertahankan negara.

Di Switzerland pun ada undang-undang yang serupa. Sama seperti Amerika, Switzerland pun merdeka pada zaman pra-moden (tahun 1648), jadi pada tahap awal kemerdekaan ia bergantung kepada militia untuk keselamatan negara. Cuma bezanya, orang Switzerland jauh lebih civilized dan rasional, manakala otak orang Amerika kebanyakan tak betul, mungkin sebab banyak sangat makan fish and chips. Itu sebabnya jarang dengar insiden mass shooting di Switzerland.

Memasuki abad ke-19, kemunculan tentera profesional dan senjata moden membuat idea militia hampir tidak lagi relevan. Itu sebabnya Switzerland pun dah mengambil langkah untuk mengetatkan pemilikan senjata oleh orang awam. Tetapi di Amerika, orang biasa masih menganggap mereka memerlukan senjata untuk mempertahankan kebebasan (“liberty”) mereka.

Antara sebabnya ialah mereka didedahkan kepada teori yang mengatakan ada “konspirasi” untuk melucutkan hak pemilikan senjata rakyat agar rakyat mudah dikawal oleh kerajaan diktator. Mereka mendakwah ada konspirasi New World Order gabungan Pope, Freemason, Yahudi, banker, komunis dan segala bagainya untuk mengambil alih Amerika dengan “disarm” rakyat Amerika.

Apa yang mereka merepek pun den tak faham. Tapi pokoknya, mereka percaya pistol dan senapang ini boleh melindungi mereka daripada dizalimi oleh kerajaan. Itu sebabnya tak boleh melarang orang awam memiliki senjata. Ia adalah soal “liberty or death”, jangan main-main.

Disebabkan Parti Demokrat paling sering dikaitkan dengan Yahudi dan banker, tambahan pula dasar ekonomi Demokrat dilihat sebagai “sosialis”, dan kebetulan pula politikus Demokrat paling rajin membangkitkan isu kawalan senjata atau “gun control”, maka politikus Demokrat menjadi sasaran utama teori konspirasi ini. Selepas peristiwa penembakan ramai-ramai di Sekolah Rendah Sandy Hook pada Disember 2012 (yang meragut nyawa 20 kanak-kanak di bawah umur 7 tahun), Obama sekali lagi membangkitkan isu gun control. Terus beliau dicop sosialis, Freemason, boneka Yahudi yang mengancam kebebasan rakyat, malah kerajaan dituduh sebagai “mastermind” di belakang insiden Sandy Hook. Undang-undang kawalan senjata tidak diluluskan.

Dan antara yang paling rajin menyebarkan teori ini ialah organisasi berhaluan kanan seperti John Birch Society. Bukan apa, sebab organisasi seperti ini ada connection dengan tauke-tauke pistol dan senapang. Antara pelobi gun right yang terbesar ialah National Rifle Association (NRA) yang terdiri daripada 5 juta penjual-penjual senapang rifle. Kalau orang dah tak boleh beli pistol dan senapang, putuslah rezeki mereka. Maka mereka terus “perpetuate” mitos “right to bear arm” dan teori konspirasi untuk memastikan kerajaan tidak berjaya dalam mengawal senjata. NRA juga merupakan pendana utama Parti Republikan, maka politikus Republikan pun menyokong gun right untuk meraih sokongan pengundi yang kurang celik, melalui cara “fear-mongering”. Dan untuk insiden Florida baru-baru ini, ada politikus Republikan yang kata ini sandiwara semata-mata.

Dan gambar ini merupakan meme yang sering timbul di Internet kalau isu gun control dibangkitkan. Bagi mereka gun right adalah hak suci yang diberikan oleh bapa-bapa kemerdekaan Amerika (“Founding Fathers”) yang mulia mereka itu. Betapa bodohnya rakyat Amerika membiarkan diri terbelenggu dengan dongeng gun right yang terus meragut nyawa manusia yang tidak bersalah.

Dan anda tidak rasa dakyah anti-vaksin, homebirth dan pelbagai kepercayaan pelik-pelik ini semua akan membawa kepada mudarat yang lebih besar? Tidakkah ia merendahkan kecerdasan intelektual dan emosional umat secara agregat?

Anyway den dah malas nak argue dengan mereka yang menerima bulat-bulat teori konspirasi. Terpulanglah nak jadi apa, nak jadi hantu atau nak jadi buaya. Den dah tak kisah.

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” – Imam Syafi’i r.a.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.