Ketika Jepun tewas di tangan Pakatan Bersekutu dalam Per*ng Dunia Kedua, ramai anggota tent*ranya yang masih berada di Indonesia menjadi bingung dan keliru, mereka tidak tahu apa keputusan yang patut diambil samada kembali ke tanahair mereka atau terus bertahan di Nusantara.

Kebanyakan di antara mereka ada juga yang melaksanakan harakiri (membun*h diri demi maruah dan kehormatan berdasarkan kod bushido) dan tak kurang ramai juga yang masih meneruskan hidup.

Menurut maklumat data dari Citizen Friendship Foundation (YWP) di Jakarta, setelah Per*ng Dunia Kedua berakhir, terdapat kira-kira 903 orang bekas tent*ra Jepun yang terlibat dalam per*ng kemerdekaan Indonesia.

Data susulan pula dikeluarkan sekitar tahun 2000-an, menunjukkan statistik iaitu sekitar 243 orang terk*rban dalam per*ng, 288 hilang, dan 45 orang kembali ke Jepun. Selebihnya 324 memilih untuk tinggal di Indonesia dan menjadi warganegara Indonesia.

Salah seorang dari bekas tent*ra Jepun yang memutuskan untuk kekal menetap dan membantu dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia, telah menjadi warganegara Indonesia hingga akhir hayatnya, beliau adalah Shigeru Ono yang kemudian menambah nama pertamanya menjadi Rahmat Shigeru Ono.

Menurut buku Mereka Yang Terlupakan: Memoir Rahmat Shigeru Ono, Mantan Tent*ra Jepun yang Memihak Republik oleh Eiichi Hayashi, Rahmat Ono yang menggelarkan dirinya sebagai Papi, menceritakan kisah hidupnya yang luar biasa.

Ono dilahirkan pada 26 September 1919 di Furano, Hokkaido. Dia bersama beberapa tent*ra Jepun yang lain memutuskan untuk menetap tinggal di Indonesia setelah Jepun menyerah kepada Pakatan Bersekutu.

Menurut Ono dalam memoirnya, ada dua sebab mengapa ramai anggota tent*ra Jepun memilih untuk tinggal dan membantu kemerdekaan Indonesia.

“Ada banyak sebab mengapa kami memilih untuk menetap di Indonesia, tetapi pada pendapat saya yang pertama adalah keinginan besar untuk membebaskan Asia dari cengkaman negara-negara Barat,” kata Ono.

Indonesia telah banyak membantu Jepun sepanjang per*ng berlangsung, maka Jepun berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Tetapi sebelum dapat merealisasikan janji itu, Jepun tewas kepada Sekutu, tent*ra Jepun sangat marah dengan tindakan menyerah kalah dan bertindak memilih untuk tidak mahu pulang.

Di samping itu, Ono juga juga mendakwa telah menyaksikan gambaran per*ng yang mengerikan antara Sekutu dan Indonesia.

“Setelah Indonesia jatuh ke tangan sekutu, saya melihat kota Bandung dijarah dan rakyat dizalimi dan dibun*h tanpa belas kasihan” tulis Ono dalam buku catatan hariannya. Seramai 80 peratus tent*ra Jepun yang tidak kembali ke negara mereka, dipercayai berada di Bandung, Jawa Barat.

Di Bandung, tent*ra Jepun yang menjadi tahanan dilayan dengan baik. Pada awal tahun 1946, mereka dipindahkan ke ibu kota pemerintah, Yogyakarta. Di sinilah Ono bertemu dengan Abdul Rahman Tatsuo Ichiki. Dia juga salah seorang pemuda Jepun yang ‘jatuh cinta’ dengan Indonesia dan berhasrat membebaskan Nusantara dari penjajahan.

Ono dan rakan-rakannya memperoleh buku strategi per*ng dalam bahasa Jepun yang kemudian meminta Ichiki menterjemahkannya ke dalam bahasa Indonesia.

Pada bulan September 1946, Ono dan Ichiki benar-benar membuktikan kesetiaan kepada Indonesia, dengan sukarela memohon untuk berjuang di barisan hadapan. Mereka ber*ngkat ke Linggarjati semasa berlakunya rundingan Indonesia-Belanda.

Pada bulan April 1947, Ono menjadi staf pendidikan tent*ra di Magetan. Selain itu, bersama-sama dengan bekas tent*ra Jepun dan pejuang Indonesia yang lain, Ono beroperasi secara gerila. Salah seorang dari mereka menyer*ng ibu pejabat KNIL di Mojokerto.

Pada bulan Oktober tahun yang sama Ono dipindahkan ke Malang. Dia ditugaskan untuk membuat pemetaan wilayah, dan pangkatnya, yang pada awalnya merupakan hanya seorang sarjan, diangkat menjadi leftenan.

Selepas Perjanjian Renville, ada perjanjian termeterai iaitu usaha untuk memberkas saki-baki bekas tent*ra Jepun di Indonesia.

Ichiki bertemu dengan Kolonel Sungkono dan meminta agar beberapa bekas anggota tent*ra Jepun disatukan dalam satu unit tent*ra. Hasratnya menjadi kenyataan, pada bulan Jun 1948 terbentuklah sebuah Pasukan Gerilya Istimewa (PGI) yang terdiri daripada 28 bekas anggota tent*ra Jepun.

Komander PGI ialah Arif Tomegoro Yoshizumi.  Kekuatan ini dikatakan amat disegani oleh lawan dari Belanda sendri kerana keberaniannya. Kawasan operasi mereka tertumpu di sekitar Dampit, Malang Selatan, dan Wlingi – Blitar. Ono ditugaskan di Dampit.

Semasa sedang menyediakan senjata buatan sendiri, bom tangan di genggamannya meletup tiba-tiba. Ia berlaku sehari selepas hari ulangtahun kelahirannya pada 27 September 1948. Tangan kirinya terpaksa dipotong kerana insiden tersebut.

Dalam satu pertemp*ran yang sengit, Ichiki terk*rban di Wonokoyo, sementara Tomegoro pula meninggal dunia kerana sakit. Akhirnya, PGI digabungkan dengan unit tent*ra rasmi dan menukar namanya menjadi Pasukan Untong Suropati 18.

Setelah kedaulatan dan kemerdekaan Indonesia diiktiraf, pada Julai 1950, Ono mengahwini Darkasih. Anak pertama mereka dilahirkan pada 24 Jun 1951 dan diberi nama Tutik yang kemudiannya ditukar menjadi Atsuko atas permintaan ibunya.

Namun, pada tahun 1952 ketika Ono dipanggil oleh Konsulat Jeneral Jepun di Surabaya, dia berjaya ditemukan semula bersama dengan ibunya walaupun sebelum itu setelah memutuskan untuk berjuang dengan Indonesia, Ono telah mengirim surat yang mengatakan bahawa dia telah m*ti dibun*h.

Pada tahun yang sama, Ono memperoleh status kewarganegaraan Indonesia. Namun malangnya, isterinya meninggal dunia kerana barah pada tahun 1982.

Semasa era Orde Baru, Ono bekerja di sebuah syarikat Jepun. Pada tahun 1970-an, kerjayanya itu membawanya pulang ke negara Matahari Terbit dan berpeluang untuk bertemu kembali dengan saudara-saudaranya, tetapi dia merasa agak terasing di kampung halamannya yang sudah lama dia tinggalkan.

Jiwa Jepun tidak luntur walaupun tinggal di pulau Jawa selama tujuh dekad. Dia masih tahu menyanyikan lagu Kimigayo, lagu kebangsaan Jepun, tanpa merasa janggal. Ono juga sering memakai chanchanko, sejenis kimono yang menyerupai jaket tiap kali melayan tetamunya.

Ono meninggal dunia pada 25 Ogos 2014 kerana sakit di saat Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada waktu itu menjemputnya untuk hadir di Istana Negara bagi meraikan ulangtahun Kemerdekaan Indonesia. Namun, kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu, Ono terpaksa menolak untuk hadir.

Di hospital, ketika saat-saat akhr sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Ono mengharapkan agar rakyat Indonesia terus maju dan lebih gemilang.

Rahmat Shigeru Ono, menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun. Meninggalkan 4 orang anak, 10 cucu, 6 orang cicit. Beliau disemadikan dengan pangkat terakhir sebagai Mejar (bersara) di Taman Makam Pahlawan Batu.

Ono adalah bekas tent*ra Jepun yang terakhir telah meninggalkan Indonesia buat selama-lamanya. Sebelum itu, ketua Yayasan Warga Persahabatan, Umar Hartono alias Eiji Miyahara meninggal dunia pada 15 Oktober 2013.

Kini sudah tiada lagi askar dari pasukan Jepun yang ‘berpaling tadah’ untuk Indonesia demi membantu kemerdekaan negara itu setelah semuanya meninggal dunia.

Namun, jejak peninggalan mereka masih ada selain dari batu nisan dan kubur, iaitu salah satunya ialah kebebasan yang dimiliki oleh rakyat Indonesia hari ini hasil sumbangan tenaga dan idea mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.