Zaman sekarang ni dah jadi trend buat influencer yang ingin meraih pendapatan sampingan dengan membuat video content di media sosial. Video jenis ASMR ini sebenarnya adalah antara yang paling popular di Youtube buat masa kini.

Apa ASMR itu sebenarnya? Merujuk kepada kamus Cambridge, ASMR ni singkatan bagi perkataan Autonomous Sensory Meridian Response yang bermaksud gelombang bunyi yang menyenangkan telinga kita terutama sekali di kepala dan leher, seolah-olah seperti kita yang berada di dalam situasi tersebut.

Kiranya ASMR ini bagi bahasa mudahnya adalah reaksi biologikal yang membuatkan kita dengar dan lihat sesuatu yang buat otak kita rasa puas hati.

Mukbang – Fenomena Baru Youtube

Perkataan Mukbang di dalam Korea bermaksud “makan” (먹는; meongneun) dan “penyiaran” (방송; bangsong). Boleh dimorfologikan sebagai makan secara siaran langsung.

Seperti yang telah diterangkan tadi, Mukbang dah sememangnya menjadi platform popular. Asal video content jenis ini sebenarnya dipopularkan oleh orang Korea sejak tahun 2010.

Di mana di dalam content video tersebut, mesti akan ada satu orang yang di depan kamera sambal makan makanan dengan rasa ghairah – sampai buat penonton rasa terliur lah.  Macam program Jalan-Jalan Cari Makan lah tapi bersifat online.

Walau bagaimanapun, bukan jenis makanan je yang ditayangkan, portion makanan yang besar dengan tekstur yang bermacam jenis pun diorang akan tunjuk sekali. Bila dia kunyah, volume bunyi tu selalunya dia akan kuatkan untuk bagi penonton feel bunyi dia gigit, hirup atau kunyah.

Beberapa video jenis ini sebenarnya membuat kita rasa puas hati atau tenang yang menyebabkan kita akan rasa ASMR punya sensation ni.

Pengalaman Deria

Walaupun bagi sesetengah orang, mungkin rasa pelik sebab enjoy tengok video orang lain makan, tapi sebenarnya ada explanation disebalik kepelikan korang tu.  Ada kajian psikologi mengenai ASMR ini.

Satu kajian telah diterbitkan oleh Jurnal Sains Plos One yang mengatakan ASMR ni seperti berkongsi persamaan dengan pengalaman derria seperti meremang bulu roma. Yang di mana sesetengah orang akan mengalami ketika mendengar muzik, mempunyai pengalaman kagum yang mendalam.

Aktiviti ini secara langsung diperhatikan pada anterior medial prefrontal cortex, yang dikaitkan dengan pemerhatian seni kerja yang selari dengan emosi. Ia menunjukkan tindak balas emosi yang kuat serta kompleks.

Terutamanya bagi orang yang mempunyai kecenderungan untuk merasakan tindak balas kepada sesuatu triggers. Seperti berbisik, gerakan tangan yang relax, bunyi bibir bersentuhan atau menggaru pada permukaan yang keras.

Complexity Emosi ASMR

Video bersifat ASMR ini mencetuskan perasaan sensasi dan membuatkan tindak balas emosi seperti excited dan tenang. Walau bagaimanapun, penting untuk kita take note sebabnya respon ASMR ni akan terjadi bila korang ditunjukkan video ASMR seperti mukbang.

Kajian psikologi juga menunjukkan yang ASMR ini ialah campuran emosi kompleks yang merangkumi kesemua kesan positif yang aktif ataupun tak aktif.

ASMR sebagai Terapi

Kebanyakkan orang yang tengok video jenis mukbang ni selalu bagi komen serta review yang video style macam ni membantu diorang tidur, berehat dan lawan stress or anxiety.

Hasil kajian juga ada menunjukkan bahawa jenis video mukbang ini boleh mengawal emosi serta mempunyai kelebihan therapeutic. Contohnya, mengurangkan kadar denyutan jantung dan mempromosikan perasaan positif dalam hubungan interpersonal.

So, ada tak di antara korang semua yang pernah mengalami tindak balas deria bila tengok video mukbang? Atau korang memang suka tengok orang makan?

Sharelah dan boleh tengok banyak kali tanpa jemu untuk hilangkan stress dan anxiety korang.

RUJUKAN:

Poerio GL, Blakey E, Hostler TJ, Veltri T (2018) More than a feeling: Autonomous sensory meridian response (ASMR) is characterized by reliable changes in affect and physiology. PLoS ONE 13(6): e0196645. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0196645

Kang, E., Lee, J., Kim, K. H., & Yun, Y. H. (2020). The popularity of eating broadcast: Content analysis of “mukbang” YouTube videos, media coverage, and the health impact of “mukbang” on public. Health Informatics Journal, 1460458220901360.

Artikel dikirimkan oleh Farhana Azhar untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.