Terpanggil pula untuk buat artikel selepas tengok beberapa orang agak terpinga-pinga apabila tengok gambar ini:

Dari reaksi yang diterima, seolah-olah makhluk asing entah daripada mana hala pernah mengunjungi Bumi. Yang hairan, tiada siapa guna tengkorak ini konon dari zaman sekolah 2000-an dulu kononnya ini tengkorak anak derhaka.

Yang lagi hairan, tiada siapa sekarang cakap ini tengkorak jin. Selalunya kalau bincang pasal manusia prasejarah 60,000 tahun dulu, ramai pakat tekan butang jin saja. Punya tidak mahu terima kenyataan yang manusia sudah mendiami Bumi lebih lama berbanding 10,000 tahun.

Balik kepada topik. Tengkorak yang tempurungnya kelihatan memanjang memang agak menggerunkan. Tidak boleh bayang kepala sebenarnya bagaimana. Mesti pelik dan kelihatan janggal. Pertama sekali, kena jelas betul-betul: ini adalah tengkorak manusia. Bukannya alien (bukan jin pun). Jadi memang ada potensi tinggi salah satu tengkorak ini adalah anak derhaka.

Kejap. Salah satu? Maksudnya ada banyak?

Memang Banyak Gila Dulu

Hippocrates adalah seorang pakar perubatan purba daripada Tamadun Yunani. Beliau hidup antara 460 S.M. hingga 370 S.M. Dan dari waktu ini lagi, sudah ada orang yang berkepala sedemikian. Golongan ini adalah daripada suku yang tersangat tradisional dari segi gaya hidup.

Dan kepala yang dilonjongkan sebegitu akan dianggap sebagai kumpulan bangsawan (Zimmer, 2018).

Jadi untuk mencapai darjat kebangsawanan, ramai melonjongkan kepala… bukan kepala sendiri, tetapi kepala anak sejak lahir lagi. Maksudnya, bayi mereka dianiayai sedemikian rupa semata-mata untuk merebut darjat sosial yang sendiri diwujudkan.

Mereka akan memasang sesuatu alat sebagai acuan yang memastikan tumbesaran kepala akan ikut acuan tersebut. Tidak pasti suku mana yang Hippocrates tengok. Kerana waktu itu, tabiat melonjongkan kepala sudah dianggap ketinggalan zaman.

Bangsa Hun di Asia Tengah saja yang meneruskan adat ini. Hun mencapai kemuncak kuasa selepas tahun 300 Masihi. Dengan kemuncak ini, mereka mempengaruhi budaya-budaya suku Jerman. Ramai dalam kalangan anak perempuan dilonjongkan kepala untuk mengikuti dorongan budaya Hun (Linduff & Rubinson, 2008).

Itu cerita Eropah. Benua Amerika pun sama naik saja. Suku Maya dan Inca turut melaksanakan adat ini, seolah-olah mereka berkongsi agama sama dengan Hun yang menggalakkan perbuatan sia-sia ini.

Lukisan janin.

Cara Kepala Diacuankan

Kalau tengok dalam suku Maya, kepala akan dipenyekkan dengan sebuah alat yang tidak membu.nu.h bayi tersebut.

Apabila ditekan sedemikian rupa pada usia baru lahir, kepala pun akan ikut bentuk yang dimahukan. Jadi ini akan melonjongkan bentuk kepala supaya dapat menepati piawaian kebangsawanan yang diimpi-impikan.

Namun saintis tetap tertanya-tanya, jika ada sebab lain yang mempengaruhi tindakan mereka. Macam zaman sekarang, orang berkhatan sebagai tanda budaya. Tanda ini pula diwarisi daripada agama. Kalau fikir balik, ada saja golongan yang minum arak dan makan babi. Tetapi mereka melaksanakan aqiqah, khatan dan tahnik. Ia adalah warisan daripada agama yang dibudayakan.

Barangkali tindakan melonjongkan kepala dipengaruhi dengan tekanan yang sama. Ataupun memang ada unsur semulajadi seperti macocephaly yang diwarisi secara genetik. Barangkali seorang agamawan purbakala dulu mempunyai seorang anak berkepala sedemikian. Anak ini pula hidup begitu lama, hingga kepalanya menjadi bagaikan “sunnah” pula kepada orang terdahulu.

Apa-apa pun sebabnya – mungkin ada manfaat besar tradisi ini sudah berhenti. Tidak boleh bayang jika ada pengumuman COVID-19 yang dibuat orang yang rupa kepalanya begini. Benda serius boleh jadi bahan lawak pula nanti.

RUJUKAN:

Linduff, K., & Rubinson, K. (2008). Are all warriors male? Gender roles on the ancient Eurasian Steppe. AltaMira Press. Halaman 132.

Zimmer, C. (2018). She Has Her Mother’s Laugh: The Powers, Perversions and Potential of Hereditary. Pan MacMillan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.