Tenggelamnya Kapal Flor De La Mar

900

https://bit.ky/kombowww

Flor de la Mar atau Flor do Mar (Bunga Lautan) merupakan sebuah kapal jenis karak seberat 400 tan milik Portugal dan berpetualangan di samudera luas pada awal 1500an. Kapal ini mengangkut rampasan p3rang yang banyak semasa karam di pantai Sumatera, mungkin di penghujung utara Selat Melaka, ketika sedang dalam perjalanan pulang ke Portugal.

Sejak sekian lama, cubaan demi cubaan dilakukan untuk mencari bangkai kapal dan harta kekayaan yang karam itu, namun tiada yang membuahkan hasil. Apapun, ada juga pihak yang mendakwa telah menemukannya walau  tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh. Justeru sehingga kini, kapal Flor de la Mar dan segala khazanah yang diangkutnya masih dianggap hilang di dasar lautan.

Replika Flor de la Mar di Bandar Melaka

FLOR DE LA MAR SEBELUM PEN4KLUKAN MELAKA

Menurut rekod sejarah, Flor de la Mar dibina di Lisbon pada tahun 1502. Kapal ini merupakan salah sebuah kapal jenis karak yang paling besar dan paling indah rekaannya pada waktu itu.

Pada tahun sama itu juga, Flor de la Mar melakukan perlayaran pertamanya ke India di bawah kepimpinan Estevao da Gama dan pulang ke Portugal dengan membawa rempah-ratus India pada tahun berikutnya.

Dua tahun kemudian, iaitu pada 1505, Flor de la Mar sekali lagi berlayar ke India, kali ini di bawah pimpinan Joao da Nova. Dalam perjalanan pulang pada tahun berikutnya, kapal itu terpaksa berlabuh di Mozambique selama hampir setahun untuk menjalani pembaikpulihan.


Joao da Nova (1460-1509)

MENYERTAI PENJ4JAHAN NEGARA-NEGARA TIMUR

Tidak hanya digunakan sebagai kapal dagang, Flor de la Mar juga terlibat dalam pertempuran laut. Pada tahun 1507, ia menyertai pen4klukan Ormuz dan tahun berikutnya pula hadir dalam pertempuran Diu. Begitu juga dengan pen4klukan Goa pada tahun 1510.

Setahun kemudian, Portugis menumpukan sepenuh perhatian kepada Kesultanan Melaka yang mana ibu kotanya, Melaka, merupakan salah sebuah kota paling kaya di dunia pada masa itu. Berangkat dari Goa, kapal-kapal p3rang Portugis yang salah sebuahnya adalah Flor de la Mar, berlayar menuju Melaka dengan diketuai oleh Afonso de Albuquerque.

Kota Melaka berjaya dikuasai dan banyak penjarahan dilakukan. Segala rampasan p3rang kemudian dimuatkan ke dalam Flor de la Mar memandangkan ia mempunyai ruangan yang besar. Namun, kondisi Flor de la Mar ketika itu bukanlah pada tahap terbaik lebih-lebih lagi apabila sebelum ini ia pernah mengalami beberapa kerosakan.

Peta menggambarkan penjaj4han Goa oleh Portugis


KARAMNYA FLOR DE LA MAR

Selain perbendaharaan Melaka yang dirampas, Flor de la Mar juga membawa pemberian ufti dari Raja Siam untuk Raja Manuel I di Lisbon, di samping harta peribadi milik Albuquerque. Secara ringkas, bolehlah dianggap khazanah yang dibawa oleh Flor de la Mar ketika itu adalah antara yang terbesar pernah didapatkan oleh Portugal. Cuma tuah enggan mengizinkan harta kekayaan itu sampai ke Lisbon. Pada bulan November 1511, Flor de la Mar memulakan keberangkatan pulang dan kira-kira sebulan kemudian, ia karam dan tenggelam ke dasar lautan.

Menurut catatan oleh penulis sezaman, kapal itu dibadai ribut semasa berlayar di pantai Sumatera. Anak-anak kapalnya sempat membawa kapal menghampiri pantai, namun tidak berhasil mengelakkannya dari karam di lautan. Bersama badan kapal, segala khazanah yang diangkutnya habis disapu gelora laut. Ada juga laporan yang mendakwa sebahagian daripada harta tersebut sempat dikutip oleh anak-anak kapal yang terselamat.

Flor do Mar

KHAZANAH MELAKA YANG HILANG

Walau apapun jua kebenarannya, cubaan demi cubaan telah pun digerakkan demi mencari bangkai kapal Flor de la Mar. Sebahagian pihak, seperti seorang pemburu harta karun bernama Bob Marx (1992), mendakwa kononnya bangkai kapal itu berjaya ditemui, namun tiada yang mengedepankan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

Berikutan keadaan laut di kawasan itu yang bergelora dengan kuat dan berlumpur pula bahagian dasarnya sehingga menyukarkan kerja-kerja penyelaman, maka ramai yang berpendapat kapal itu masih belum ditemui.

Namun, ramai juga yang beranggapan harta-harta yang diangkut oleh Flor de la Mar telah pun diambil oleh anak-anak kapal yang terselamat atau masyarakat tempatan yang hidup pada masa itu, memandangkan ia dicatatkan karam di pantai dan bukannya di tengah-tengah laut. Apapun, dakwaan ini juga hanya sebuah andaian semata-mata.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (5 Julai 2016). The Lost Treasure of Flor de la Mar, Flower of the Sea. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history/lost-treasure-flor-de-la-mar-flower-sea-006236

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.