Tenangan Berpandu Teknologi

0
513
views

Teknologi persenjataan menyaksikan perkembangan pesat yang kadangkala tidak terjangkau oleh masyarakat umum. Pertamanya,kerana ia kebiasaannya dijalankan secara sulit – jauh daripada pandangan mata,dan keduanya,kerana ia bukan satu isu pop yang memerlukan publisiti murahan seperti kisah-kisah rumahtangga atau kontroversi artis yang memerlukan respon khalayak.

Kepada sesetengah orang,perkembangan teknologi persenjataan bukanlah sesuatu yang boleh diterima positif – lebih tinggi kemajuannya,lebih kalut jadinya percaturan perebutan kuasa. Senjata adalah satu keburukan – guna buat mengambil nyawa tidak berdosa dalam konflik yang tiada kesudahan. Kepada yang lain pula,perkembangan teknologi sebegini membuahkan kebaikan yang tidak mampu dihadam semua orang.

Dalam dunia di mana makin ramai manusia sadis yang sanggup memilih keganasan sebagai jalan utama mencapai tujuan,sesuatu harus dilakukan bagi mengekang mereka. Dek kepesatan perkembangan otak manusia (mungkin),khalayak sadis ini ada saja caranya untuk menimbulkan huru -hara bagi mencipta suasana kondusif agar mereka mampu meraih keuntungan dan laba.

Suka atau tidak,terima atau tidak,kenyataannya,bagi pasukan keselamatan – terutamanya yang berada di barisan hadapan,teknologi persenjataan merupakan satu kelebihan strategi yang sangat diperlukan,terutama dalam senario yang menyaksikan garis di antara jenayah dan keganasan telah menjadi semakin kabur.

Kalau dinilai pada analisa dan data,banyak faktor menyumbang kepada meningkatkan pelbagai ancaman yang tak kelihatan di mata umum,yang mana mereka terpaksa hadapi. Secara logiknya,kita harus sentiasa selangkah di hadapan pada setiap masa. Insiden Lahad Datu sedikit-sebanyak menjadi satu petanda aras tentang tahap kebersediaan dan kesiagaan pasukan kita. Pelajaran yang pedih kita perolehi,bahawa dalam ketika ada di antara masyarakat yang angkuh melaung

“Tak perlu senjata banyak-banyak,cukup sekadar iman di dada buat bekal melangkah ke zon perang”,mereka enggan mengakui bahawa Tuhan tidak pernah mengatakan kita hanya perlu berserah kepada takdir semata. Usaha dan tawakkal adalah bekal ampuh yang tidak patut dinafikan.

Ketika ada yang berkata “Zaman Nabi dulu..mereka tidak memerlukan bekal senjata-senjata ampuh,namun tetap mendapat pertolongan Tuhan juga”,tidak pula mereka meneliti dan menganalisa bagaimana Nabi dulu sendiri menggunapakai teknologi yang relevan dan kontemporari ketika itu – daripada busur dan panah,ke pedang dan baju zirah. Dek kerana pelaung-pelaung ini memesong perhatian masyarakat daripada isu keperluan memperlengkapkan pasukan kita,beberapa orang anggota pasukan keselamatan kita sudahnya tumbang di medan berdarah itu.

“Masanya sudah sampai..”,kata mereka. Semudah itu memberi jawapan. Konflik ketika itu – meski tidak berlarutan seperti di tempat-tempat lain seperti Marawi,menyaksikan kuasa tembakan personel kita secara relatifnya adalah rendah berbanding kuasa tembakan musuh. Dek insiden itu,kita sekarang aktif menjalankan pemantapan kuasa tembakan berlandaskan teknologi persenjataan yang makin maju. Kita berbuat begitu bukan untuk berperang,tapi ia adalah keperluan demi mempertahankan kedaulatan negara.

Antara teknologi yang digunapakai adalah apa yang dianggap sebagai tenangan berpandu teknologi (Tech assisted aiming) yang dibangunkan sebagai nilai tambah kepada teknik tenangan secara manual. Tujuannya adalah untuk membantu tembakan dilakukan dengan lebih berkesan yang disertakan bersama kemampuan pemantauan yang lebih tinggi. Antara teknologi yang digunakan oleh pasukan kita dizahirkan oleh penggunaan sistem PROMS dan BORS,yang dimiliki pasukan khas negara.

Waqaf Saham

PROMS

Portable Rapid deployment Observation Monitoring System (PROMS) direka untuk penggunaan pemantauan bandar atau desa. Ia membekalkan Surveillance Target Acquisition (pemerolehan sasaran dipantau) dalam jarak yang sangat jauh menggunakan kombinasi teknologi sensor siang dan malamnya,yang memberikan pembesaran imej yang lebih berkali-ganda berbanding skop biasa sedia ada.

Bersifat mudahalih dan mampu dipasang dalam masa singkat,ia membekalkan pasukan dan anggota dengan kemampuan untuk memantau dan merekod sasaran daripada jarak yang sukar dikesan. Justeru,ia meletakkan mereka dalam keadaan kerja yang lebih selamat dan membolehkan juga pemantauan semata dijalankan walaupun tiada keperluan untuk tembakan dilepaskan. Baru saja memasuki inventori pasukan khas sekitar tahun 2013-2014,ia dikeluarkan oleh syarikat Pyser-SGI limited.

Senjata sniper International Accuracy Model 95 dgn kelengkapan sistem BORS yang dimiliki pasukan kita.

Barrett Optical Ranging System (BORS) adalah satu komputer balistik berintegrasi dikeluarkan oleh firma Barrett Firearms yang membantu seseorg penembak tepat bg mendapatkan tembakan yang tepat dan jitu. Sistem ini dipasangkan terus kpd skop rifel dan dipadankan dgn tombol pengangkat. dengan bantuan BORS penembak dgn pantas mampu mengira suhu,tekanan barometric dan sasaran pd sudut condong ke atas atau ke bawah.

Komputer yang dibina ke dalam sistem secara berterusan mengira faktor2 ini yang berubah sepanjang masa. Barrett mengatakan yang BORS ini “dengan segera menguruskan kerja2 data supaya penembak dpt memberikan perhatian penuh kpd tugas meledakkan sasaran.”ia mengambil data drpd beribu jadual dan mengambilkira beberapa faktor luaran dan secara automatik memberikan penembak jarak tepat dr mana peluru mampu menumbangkan musuh.

memandangkan BORS dipasang terus pd skop dn dipadankan dgn tombol penaik,komputer mampu berinteraksi dgn skop tersebut dgn cara tombol tersebut dipusingkan sehingga paparan LCD memaparkan jarak sasaran tersebut.

Kit ini turut disertakan dgn Barrett Ballistic Software yang telah di pra-programkan dgn senarai data yang telah dipilih oleh Barrett. Ia juga termasuk dgn kabel yang membenarkan pengguna utk memuatkan program sendiri pd komputer dn kemudian memindahkannya terus kpd BORS. ia dijual dgn harga sekitar USD2000 seunit…=WRA=

Nota Editor: Setiap klik pada setiap iklan dalam instant article akan membantu kelangsungan kami untuk kekal relevan menulis di internet. Terima kasih.