Tempoh Peralihan Brexit – Fakta Yang Perlu Anda Tahu

806

Dengan kemenangan besar Parti Konservatif pimpinan Boris Johnson dalam pilihan raya Disember yang lepas jelas memberi isyarat bahawa rakyat United Kingdom secara umumnya tetap mahukan UK berpisah dari Kesatuan Eropah (EU) dan perlu kembali bersatu untuk menyelesaikan kemelut Brexit. Parti Konservatif meendapat mandat yang besar melebihi majoriti 326 kerusi dengan memenangi 368 kerusi berbanding hanya 191 kerusi dimenangi Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbin. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan terbesar yang diperolehi oleh Parti Konservatif sejak zaman kegemilangan Margaret Thatcher pada 1980-an.

Usai kemenangan bergaya Boris Johnson terus mengusulkan Bil Persetujuan pengunduran atau Withdraw Bill Agreement (WBA) untuk menetapkan polisi atau undang-undang bagi menghadapi proses Brexit. WBA merangkumi jumlah yang perlu dibayar oleh UK setelah keluar dari EU untuk beberapa tahun yang akan datang, menetapkan dan mengkaji bidang kuasa Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) ke atas kedaulatan UK, tatacara untuk menguruskan sempadan Ireland Utara dan Great Britain serta mengawalan kemasukan imigran.

PROSES PERALIHAN BREXIT

Setelah UK secara rasmi berpisah dari EU pada tanggal 31 Januari 2020, ia tidak bemakna UK terus tidak terikat dengan undang-undang atau polisi EU kerana masih perlu melalui proses peralihan atau Transition Period. Jadi apakah itu tempoh peralihan Brexit? Tempoh peralihan Brexit berlansung selama 11 bulan dari tarikh Brexit dan berakhir pada 31 Disember 2020.

Ya, selepas 31 Januari 2020 UK bukan lagi dianggap sebagai anggota EU tetapi masih perlu mengikut peraturan EU sehingga tempoh peralihan tamat. Penduduk UK dan EU masih boleh menikmati kebebasan untuk keluar masuk tanpa sempadan, UK masih berada di dalam kesatuan kastam (Custom Union) dan pasaran tunggal (Single Market).

UK juga masih terikat dengan undang-undang EU dan bidang Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) dan hak rakyat UK di Negara EU masih terjamin di bawah tempoh peralihan. Tetapi di dalam tempoh ini tiada lagi wakil ahli Parlimen British di dalam Parlimen Eropah dan Suruhanjaya Eropah.

MENGAPA PERLU TEMPOH PERALIHAN ??

Tahun 2020 mungkin tahun yang kemenangan bagi pejuang Brexit tapi merupakan tahun yang paling genting untuk menentukan hala tuju UK selepas Brexit terutama di dalam konteks hubungan UK-EU pasca Brexit.

Tempoh peralihan membolehkan UK tidak mengalami kejutan dari segi kestabilan ekonomi dan yang paling utama untuk menentukan peraturan perdagangan bebas yang baru antara UK dan EU serta antara UK dan Negara-negara yang lain.

Jika rundingan perdagangan (Trade Deal) antara UK dan EU masih menemui jalan buntu, UK akan terikat dengan peraturan Badan Perdagangan Antrabangasa (WTO) menyebabkan barangan UK yang memasuki pasaran EU mungkin dikenakan tariff sehingga persetujuan baru dicapai.

PROTOKOL IRELAND UTARA BAGI MENGGANTIKAN “BACKSTOP DEAL” THERESA MAY 

Salah satu sebab rudingan bekas Perdana Menteri UK, Theresa May gagal ialah kerana gagal di dalam menangani isu sempadan Ireland Utara dan Republik Ireland. Justeru, Boris Johnson mengusulkan idea “dua sempadan,empat tahun’. Ini bermakna sempadan Ireland kekal terbuka sehingga tahun 2025 walaupun tempoh peralihan berakhir.

Perkara itu terus menimbulkan perbincangan mengenai pergerakan barangan  perdagangan antara sempadan Ireland Utara dan UK sekiranya sempadan Ireland Utara dan Republik Ireland kekal terbuka. Menurut Michael Barnier yang mengetuai EU di dalam urusan Brexit (EU’ Chief Brexit Negotiator) mengatakan barangan yang memasuki Ireland Utara dari Britain perlu melalui pemeriksaan dan dikawal. Tetapi ia tidak melibatkan barangan dari Britain memasuki Ireland Utara. Hal  ini mungkin menyebabkan Ireland Utara masih terikat dengan peraturan EU berbanding Negara anggota UK yang lain.

Masalah sempadan Ireland perlu ditangani dengan bijak oleh Boris Johson bersama-sama dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland (DUP). Seperti yang kita tahu, isu sempadan Republik Ireland dan Ireland Utara merupakan isu yang sangat sensitif di mana konflik antara dua negara telah meragut ribuaan nyawa setelah beberapa dekad.

RUJUKAN

1)  Tom Edgington, (2020), Brexit: What is the transition period?

https://www.bbc.com/news/uk-politics-50838994

2) Haydon Etherington, (2020), Brexit transition period

https://www.instituteforgovernment.org.uk/explainers/brexit-transition-period

3) Brian Daly, (2019), The Withdrawal Agreement and Northern Ireland Protocol : Implications for Business

https://home.kpmg/ie/en/home/insights/2019/12/brexit-northern-ireland-protocol-impact-on-business.html

4) Jess Sargeant, (2020), Why this Irish border protocol could see the UK face infringement proceedings

https://www.prospectmagazine.co.uk/politics/brexit-if-the-northern-ireland-protocol-is-not-ready-by-new-years-eve-2020-the-uk-could-face-infringement-proceedings-at-the-european-court-irish-border

Artikel dikirimkan oleh Ashraf Hadi untuk The Patriots. 

Ruangan komen telah ditutup.