Tempat Yang Paling Selamat Sekiranya Wabak Zombie Melanda

1,338

Sekiranya tercetusnya wabak Zombie, tentu anda telah mula merancang untuk menyelamatkan diri. Sekiranya anda dipengaruhi oleh filem, tentu ada mempunyai kecenderungan untuk berlindung di pasaraya dalam usaha untuk berlindung daripada serangan zombie. Pasaraya biasanya lengkap dengan pelbagai keperluan yang kita perlukan. Makanan, pakaian, tandas serta peralatan-peralatan yang sesuai untuk membunuh zombie. Tambah lagi, pada saat-saat inilah anda mampu merasai guna barang-barang dan makan makanan yang mahal-mahal dengan percuma.

Pada tahun 2015, sebuah pasukan statistik dari Cornell University telah membentuk sebuah model bagi menggambarkan bagaimana wabak zombie merebak ke seluruh U.S. bagi memahami penyebaran wabak tersebut. Menurut mereka, tempat yang paling selamat untuk berlindung adalah di kawasan yang kurang penduduknya – Pergunungan Northern Rocky di sekitar Montana atau Kanada berkemungkinan tempat yang paling  terbaik untuk bersembunyi.

Wabak zombie mengambil masa sekitar sebulan untuk merebak pada skala yang besar di seluruh New York. Maka, dalam tempoh tersebut, anda mempunyai masa yang cukup untuk merancang perjalanan anda untuk menyelamatkan diri.

Menurut mereka, berdasarkan dinamik penyakit zombie tersebut, wabak zombie akan lebih perlahan penularannya apabila zombie mula menceroboh kawasan yang sikit populasinya kerana mereka tiada manusia untuk digigit. Kawasan yang padat dengan penduduk seperti bandar kota adalah tempat yang paling cepat runtuh dilanda wabak zombie. Model tersebut meramalkan, wabak zombie mengambil masa hanya seminggu untuk menular di kawasan yang tinggi populasinya dan mengambil masa sebulan untuk menular ke pergunungan utara.

Anda kena pertimbangkan juga jenis-jenis zombie yang dihadapi. Tidak semua zombie itu sama. Ada yang mampu berlari dengan laju dan ada yang hanya mampu bergerak dengan perlahan. Ada yang mempunyai kemampuan memanjat, ada yang tidak dan sebagainya.

Simulasi yang dijalankan mengambil kira anggaran 300 juta manusia dan setiap orang dianggap sedang berada dalam 1 daripada  4 keadaan, sama ada manusia, dijangkiti, zombie atau zombie mati. Simulasi ini menjejak penyebaran wabak berdasarkan interaksi rawak antara 300 juta manusia ini. Interaksi tersebut termasuk zombie menggigit manusia ataupun manusia membunuh zombie. Akhirnya, penyelidik dapat menetapkan tempat yang paling lambat untuk wabak ini menular.

Simulasi yang dilakukan ini mungkin nampak kolot tetapi Pentagon dan U.S. Centres for Disesease Control telah menggunakan senario wabak zombie ini sebagai model untuk membantu mereka membangunkan program latihan persediaan menghadapi wabak penyakit.

RUJUKAN:

  1. Here’s The Safest Hideout in a Zombie Apocalypse, According to Statistics. https://www.sciencealert.com/there-s-actually-a-safest-hideout-in-a-zombie-apocalypse-according-to-statistics
  2. Alemi, A. A., Bierbaum, M., Myers, C. R., & Sethna, J. P. (2015). You can run, you can hide: The epidemiology and statistical mechanics of zombies. Physical Review E92(5), 052801.
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.