Kamurang tahu tak, bahawasanya Hiroshima dan Nagasaki bukanlah satu-satunya tempat yang kena ledakan senjata atomik. Selepas tamat Perang Dunia, ujian senjata atomik dan senjata nuklear diteruskan oleh negara kuasa besar.

Ujian senjata nuklear diteruskan selepas perang oleh Amerika Syarikat dengan kegusaran pemimpin dan masyarakat dimana negara seteru seperti Kesatuan Soviet juga dikatakan telah memiliki senjata super tersebut. Jadi ujian dibuat untuk tentukan tahap ledakan dapat dihasilkan.

Amerika menjalankan ujian keatas senjata mereka dilokasi seperti gurun pasir Nevada, di selatan Lautan Pasifik seperti di terumbu yg menjadi milik Amerika selepas tamat perang. Ujian yang paling terkenal adalah Castle Bravo yang dikatakan antara terkuat hasil ledakannya.

Tapi sebelum Operasi Castle, Amerika melaksanakan ujian melalui Operasi Crossroad. Ujian dibuat di Terumbu Bikini di Kepulauan Marshall. Penduduk terumbu dipindahkan sepenuhnya sebelum dua ujian dilaksanakan. Ujian pertama pada 1946 melibatkan bom yg sama digunakan di Nagasaki.

Ujian pertama dipanggil Able, menggunakan bom yang bernama Gilda, dilancarkan dari pesawat pengebom strategik B-29 Superfortress tetapi tersasar 649m dari titik asal. Sasaran melibatkan sejumlah 95 buah kapal dan bom ini hasilkan 23 kiloton ledakan.

Menariknya, sasaran yg terdiri dari kapal perang milik Amerika, Jerman dan Jepun dijadikan sbg penanda aras ketahanan binaan kapal terhadap ledakan senjata nuklear. Antara kapal perang yang terlibat adalah Nagato, Arkansas, Nevada kapal pengangkut pesawat Saratoga dan Independence.

Dari 95 buah kapal, hanya 2 yang karam 1 terlingkup dan 18 lagi rosak teruk dimana yang karam adalah kapal penjajap dan kapal pengangkut tentera. Kapal lain mengalami kerosakan teruk tetapi tidak karam. Lihat bagaimana kapal perang diperbuat dari keluli ranap akibat ledakan.

Ujian ini turut melibatkan penggunaan haiwan sbg galang ganti subjek manusia. Haiwan ini diletakkan dibahagian kapal yg biasa dikendali oleh anak kapal. 35% dari haiwan ini mati selepas 3 bulan, 10% mati akibat ledakan 15% mati akibat radiasi. Selebihnya mati ditangan penyelidik

Hasil dari ujian ini memperlihatkan, jika anak kapal ada semasa ujian atau dlm senario perang, walaupun dilindungi jauh didalam kapal, setiap dari mereka akan menerima dos radiasi sebanyak 1000 rems. Ini merujuk kepada kapal perang Nevada yg berada setengah batu dari titik sasar.

Jadi walaupun kapal tersebut terselamat dari ledakan dan tidak tercemar dengan radiasi, sinaran yg dihasilkan cukup utk membuatkan semua krew maut serta merta.

9 buah kapal karam serta merta selepas ledakan Baker. Kapal yang berada 1000m dari titik ledakan mengalami kerosakan teruk dan radiasi tinggi. Kapal yang terselamat dalam ujian Able dan Baker dikaramkan di Hawaii atau dibawa pulang ke Amerika untuk ujian kaedah nyahradiasi.

Ujian Crossroad telah menyebabkan pencemaran radiasi dikawasan terumbu Bikini dan perairan sekitar. Ledakan Baker turut menghasilkan curahan nuklear di terumbu berdekatan. Walaubagaimanapun ia tidak seteruk Castle Bravo.

Selepas Crossroad, ujian ketiga yang dipanggil Operation Sandstone dilaksanakan oleh agensi atomik Amerika Syarikat. Ujian ini melibatkan kajian terhadap rekabentuk bom baharu. 3 ujian dibuat di Terumbu Enewatak – Sandstone Xray, Sandstone Yoke dan Sandstone Zebra.

Rekabentuk baru bom nuklear ini memperlihatkan penggunaan teras komposit terampai, yang terdiri dari bom Mk3 yang diubahsuai. Ia juga menguji teras uranium235, plutonium dan pencucuh polonium kelas A dan B. Ujian dibuat pada bulan April dan Mei 1948.

Ujian ini juga melibatkan pemindahan penduduk asal Eniwetak seramai 140 orang. Hasil kejayaan ujian Sandstone menjurus kepada pembuatan bom nuklear Mk4 untuk kegunaan tentera pada skala besar. Penggunaan bahan lakur scr efisien membolehkan stok simpanan senjata nuklear meningkat.

Pada tahun 1948, Amerika memiliki 56 bom nuklear dan jumlah ini bertambah kepada 169 pada Jun 1949 ekoran kejayaan ujian Sandstone. Tetapi ini tidak menghentikan ujian nuklear seterusnya seperti Operation Ranger, Operation Greenhouse dan Operation Buster-Jangle pd 1951.

Tiga ujian ini memperlihatkan objektif yang berbeza. Ranger melibatkan kajian penghasilan senjata generasi kedua dengan menggunakan bahan nuklear yang sedikit. Greenhouse adalah ujian termonuklear pertama. Buster-Jangle adalah ujian yg melibatkan aturgerak tentera dlm serangan nuklear.

1952, Amerika Syarikat menjalankan ujian nuklear skala multi-megaton pertama mereka. Ivy Mike, ujian pertama dalam siri Ivy menghasilkan 10.4 megaton ledakan, 1000 kali lebih berkuasa dari ledakan Nagasaki. Ujian kedua, Ivy King menghasilkan 500 kiloton.

Ivy Mike telah melenyapkan keseluruhan terumbu Elugelab, Kepulauan Marshall dan menjadikan ia senjata hidrogen skala penuh pertama diuji oleh Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun radas Ivy Mike tidak praktikal sebagai senjata. Beratnya sahaja 82 tan dibina setinggi 4 tingkat.

Lagipula Ivy Mike menggunakan bahan deuterium cecair, menyukarkan pembuatan dan penyimpanan, apatah lagi untuk pengangkutan sebagai senjata. Maka ujian dan kajian lanjut dibuat untuk menghasilkan radas dengan bahan deuterium pepejal yg lebih praktikal.

Sepertinya ujian2 ini takkan berhenti. 1953 Amerika melaksanakan 11 ujian ledakan melalui Operation Upshot-Knothole. 1954, siri ujian ledakan melalui Operation Castle dilaksanakan. 6 ujian ledakan dibuat di Terumbu Bikini dan Castle Bravo menjadi nama yang tidak asing lagi.

Castle Bravo merupakan ujian yg melibatkan penggunaan bahan deuterium pepejal. Ujian ini adalah utk hasilkan ledakan maksimum. Asalnya saintis menjangka ledakan sekitar 6 megaton tetapi atas sebab penghasilan tritium berlebihan hasil lakuran lithium-6 dan lithium-7.

Castle Bravo menghasilkan 15 megaton ledakan, bebola apinya dapat dilihat sejauh 400km di kepulauan Kwajelein, manakal asap ledakan menjulang sehingga 14000m dgn ukurlilit 11km dlm masa 1 minit kemudian 40km tinggi dan 100km ukurlilit dlm masa 10 minit. Kesan radiasinya mengunjur sejauh 18000km persegi.

Ledakan Castle Bravo juga menghasilkan kawah sedalam 76m dgn ukurlilit 2km. Penduduk sekitar mengalami keracunan radiasi sehingga sekarang. Kepulauan Marshall, khususnya terumbu Bikini masih lagi belum pulih akibat ujian nuklear ini setelah lebih 65 tahun.

Tapi bukan Amerika saja yang buat ujian senjata nuklear ni. Kesatuan Soviet juga tak ketinggalan. Britain dan Perancis juga turut serta. Tahu tak, Britain buat ujian senjata nuklear dekat Australia? Britain menjalankan siri ujian di Australia sekitar tahun 1952 hingga 1963.

Ujian pertama, Operation Hurricane melibatkan penggunaan peranti plutonium. Ia diledakkan pada 1952 di Pulau Monte Bello, Australia Barat. Peranti tersebut menghasilkan ledakan berukuran 25kT TNT. Ujian ini menjadikan UK kuasa nuklear ketiga.

Setelah itu, ujian kedua melibatkan ledakan peranti nuklear di atmosfera yg dijalankan di Australia Selatan pada 1953. Ujian yg digelar Operation Totem menyaksikan dua ledakan. Ujian ini bertujuan mengesahkan tahap maksimum plutonium-240 yg boleh digunakan dlm bom atom.

Selepas ujian di pulau Montebello, pihak British melaksanakan ujian demi ujian di Maralinga, Australia Selatan. Tapak mengendali ujian-ujian skala kecil dan besar sepanjang 1956 hingga 1963. Breakaway adalah ujian paling besar yang menghasilkan kekuatan ledakan 15kT TNT.

Ini diikuti ujian senjata termonuklear Operation Grapple. Ujian dilaksana di Pulau Krismas, dan kemudian di Pasifik Selatan. Semasa ujian, kalangan tentera dipindah ke kawasan selamat, tapi tidak memakai pakaian perlindungan. Bom dijatuhkan dgn pesawat.

Kalangan anggota tentera ini disuruh menekup muka/menutup mata semasa letupan berlaku. Tiada cermin mata diberikan. Ujian-ujian Grapple yang kebanyakkan diletupkan di udara menghasilkan kesan curahan radioaktif tinggi yg meluas. Ramai mengalami kecacatan genetik dan menuntut ganti rugi.

Selepas ledakan, ada diantara mereka mengalami kelecuran. Ada yang jatuh sakit semasa berada di Pulau Krismas. Mereka makan dan minum dari sumber sekitar pulau yg terdedah kepada sinaran radioaktif menyebabkan ramai dari mereka menghidap kanser. Ada yang melaporkan isteri mereka alami keguguran.

Veteran dari ujian nuklear Pasifik Selatan ini mengadu/mendesak kebertanggungjawab pihak kerajaan tapi diabaikan. Jelas mereka dijadikan tikus makmal semasa siri ujian nuklear itu. Ramai yang sakit kanser selepas berpuluh tahun dan mereka mengaitkannya dengan ujian-ujian tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.