Tempat Paling Selamat Sewaktu Menularnya Wabak Penyakit

950

Apakah strategi terbaik apabila merebaknya wabak penyakit? Apakah jalan keluar terbaik sekiranya wabak itu mampu gengancam kelangsungan hidup manusia?

Berita buruknya ialah, apabila terjadinya hal tersebut, tiada tempat untuk anda melarikan diri. Namun, sekiranya anda berada di tempat yang betul seperti di pulau yang terpisah daripada penyebaran wabak, anda mungkin akan selamat dapat membina semula kelangsungan manusia.

Saintis telah mengenalpasti dan meletakkan kedudukan pulau perlindungan yang berpotensi dalam menghadapi krisis tersebut. Pulau yang dapat memastikan kemandirian manusia dalam tempoh yang panjang. Hal ini mungkin nampak seperti fiksyen sains distopia, tetapi sebahagian saintis memberikan amaran bahawa perkara ini tidak mustahil.

Dalam menentukan pulau yang efektif sebagai tempat perlindungan, mereka tidak pertimbangkan pulau-pulau yang kecil. Walaupun pulau yang kecil dapat menempatkan manusia untuk terus bermandiri, populasi yang kecil tanpa pelbagai pakar teknikal tidak akan membantu manusia untuk membangunkan semula tamadun manusia. Maka, saintis hanya pertimbangkan negara berdaulat yang tidak mempunyai sebarang kekuasaan di darat, tidak mempunyai jambatan yang berhubung dengan daratan dan mempunyai populasi seramai 250,000 orang.

Selain daripada ini, mereka mempertimbangkan ciri-ciri populasi, geografi, sumber alam semulajadi, sistem politik dan sistem sosial masyarakat. Selepas membuat penapisan, mereka telah menyenaraikan 20 lokasi yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pulau perlindungan. Markah pula diukur dari 0 – 1.

Tiga buah pulau gergasi yang paling cemerlang dan efektif sebagai tempat perlindungan ialah Australia (0.71), diikuti dengan New Zealand (0.68) dan Iceland (0.64). Selain daripada tiga pulau, pulau-pulau lain mendapat markah kurang daripada 0.50 iaitu Jepun, Barbados, Cuba, Fiji dan Jamaica. Kemudian, banyak lagi yang kurang sesuai sebagai tempat kemandirian manusia. Negara yang mempunyai GDP yang tinggi, iaitu negara yang dapat mengekalkan saluran makanan dan tenaga adalah negara yang efisyen sebagai tempat perlindungan.

Sesetengah negara mungkin dapat memperbaiki kedudukan mereka sekiranya mereka dapat meningkatkan produksi makanan dan tenaga. Sesetengah pulau mendapat kedudukan yang tidak beberapa baik kerana mempunyai situasi politik yang tidak stabil ataupun mudah terdedah dengan bahaya alam sekitar yang mana tidak sesuai untuk membangunkan tamadun manusia.

Sekumpulan saintis tersebut akur bahawa kaedah kajian mereka dapat diperbaiki di masa hadapan dengan memasukkan sekali faktor perubahan iklim. Mereka berharap, mereka tidak perlu bergantung pada analisis yang mereka keluarkan. Seperti insuran, kita harap kita tidak akan gunakan insuran tersebut. Tetapi apa-apa yang terjadi, kita harus bersedia.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/if-an-extreme-global-pandemic-hits-these-are-the-safest-places-you-can-be
  2. Boyd, M., & Wilson, N. (2019). The Prioritization of Island Nations as Refuges from Extreme Pandemics. Risk Analysis.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.