Sebut saja tempat paling sejuk di dunia, ramai membayangkan Antartika dan Artik. Tetapi tempat paling sejuk di dunia terletak di Yakutsk dan Oymyakon, Rusia. Justeru, usah terkejut sesetengah lokasi paling sejuk di angkasa lepas sebenarnya lebih hampir daripada apa yang kita sangka.

Secara dasarnya, angkasa lepas memang tempat yang sejuk dengan suhu asasnya ialah 2.7 kelvin. Jika ditukar dalam unit Fahrenheit atau Celsius, ia bersamaan dengan -454.81 darjah Fahrenheit atau -270.45 darjah Celsius. Tetapi tidak semua tempat mempunyai suhu yang sama.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Di sesetengah ceruk angkasa lepas, sesetengahnya mempunyai suhu jauh lebih sejuk daripada planet, bulan dan asteroid. Ini kerana ruang ini tidak mempunyai kapasiti untuk menyerap tenaga yang datang daripada bintang/matahari.

Dan satu hakikat yang perlu diterima komuniti saintifik ialah suhu hanyalah anggaran sahaja. Menurut Profesor Don Pollaco dari Universiti Warwick, ia dipengaruhi oleh betapa bagusnya anggaran yang dibuat dan apakah model fizikal yang dihasilkan terperinci atau tidak. Dua faktor ini menentukan sama ada suhu sesebuah tempat di angkasa lepas itu tepat atau tidak.

Jadi, di mana lokasi tempat paling sejuk di angkasa lepas? Mungkin ada menyangka gelaran itu digondol oleh Neptun atau Pluto. Hakikatnya, lokasinya lebih dekat daripada apa yang disangka – kawah bulan yang terletak di kutub selatan satelit semulajadi bumi itu.

Kawah-kawah di kutub selatan bulan.

Perkara ini telah dicanang menerusi data yang dikutip oleh robot angkasa lepas NASA pada 2009. Dan ia diperkukuhkan lagi menerusi penemuan yang dibuat oleh pelajar Patrick O’Brien dan penasihatnya Shane Byrne, seorang penyelidik planet dari Universiti Arizona.

Mereka mencadangkan kawah di kutub selatan bulan sebagai tempat paling sejuk di angkasa lepas. Ini kerana kawasan kawah berkenaan bukan saja terlindung daripada cahaya matahari yang diterima terus. Malah, ia juga terlindung daripada pantulan radiasi haba dari kawasan cerah berhampiran dan radiasi termal yang keluar daripada permukaan bulan yang panas.

Disebabkan lokasi kawah ini terlindung daripada matahari, ia menghasilkan perangkap sejuk mikro yang bukan saja memerangkap air dalam bentuk ais. Malah, ia turut memerangkap elemen-elemen lain seperti argon, karbon dioksida, karbon monoksida dan dinitrogen. Ia berupaya mencapai suhu 25 kelvin (-414.67 F atau -248.15 C).

Tetapi pengiktirafan ini boleh saja berubah sekiranya kita mengiktiraf awan Oort sebagai sebahagian daripada sistem suria. Awan Oort ialah cangkerang serpihan ais angkasa lepas yang terletak di luar jangkauan orbit Neptun.

Awan Oort

Namun begitu, masalahnya di sini ialah wujud perdebatan sama ada awan ini sebahagian daripada sistem suria atau tidak. NASA menganggapnya sebagai ya tetapi ahli komuniti saintifik lain menolak ia dimasukkan dalam model sistem suria.

Mengikut data yang diambil Universiti Northwestern di Illinois, suhu awan Oort boleh mencapai lima kelvin atau -450.67 F atau -268.15 C. Dengan membandingkannya dengan suhu di kawah kutub selatan bulan, ia jauh lebih sejuk daripada suhu yang direkodkan di sana.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Jadi, terdapat dua jawapan kepada tempat paling sejuk di angkasa lepas. Jika anda menolak awan Oort dalam model sistem suria, maka kawah di kutub selatan bulan jawapannya. Tetapi jika anda cenderung menyertakannya dalam model sistem suria, maka awan Oort merupakan tempat paling sejuk di angkasa lepas.

RUJUKAN

Phelan, J. (2022, 16 April). What is the coldest place in the solar system?. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply