Ais datang dalam pelbagai bentuk dan saiz – dari pergunungan ais sehinggalah ais sehalus salji. Namun, jarang dalam kalangan kita yang menjumpai telur ais bersaiz bola sepak.

Ketika Risto Matilla, fotografer amatur pergi pantai Marjaniemi di Pulau Hailuoto, Finland baru-baru ini, beliau telah menjumpai telur ais tersebut. Dia tangkap gambar telur ais itu dan sebarkannya di media sosial. Sepanjang sekitar 30 meter persegi pasir pantai dilimpahi telur ais yang mempunyai pelbagai saiz dari saiz bola golf sehingga saiz bole sepak.

Pemandangan ini agak lazim apabila keadaan persekitarannya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu berangin. Pertama sekali, perlu ada kawasan air yang tenang. Persekitaran perlu kesejukan yang cukup untuk terbentuknya ais.

Peluang macam ini menuntut air beku yang cukup kecil untuk membolehkan kristal ais terbentuk. Hujan batu salji akan terbentuk apabila air tersejat dan beku menjadi zarah yang tertiup masuk ke dalam awan ribut. Dalam awan, batu salji itu akan bergerak sana sini sehinggalah pelbagai lapisan ais terbentuk pada batu tersebut sehinggalah ia menjadi berat, akhirnya jatuh ke bawah, turun dari awan.

Telur ais tidak terbentuk melalui proses yang huru-hara seperti itu. Ia terbentuk melalui arus air yang lembut yang ditiup oleh angin bayu. Kemudian, angin bayu bercampur dengan air membantu pembentukan lapisan ais pada batu-batu yang bergerak di sekitar pantai. Batu itu pula bergerak kerana angin bayu yang sejuk itu – freezing current. Berikan masa yang cukup, batu yang beku itu akan terbentuk menjadi seperti telur ais. Hal yang sama pernah berlaku di Siberia ketika tahun 2016.

Telur ais bukan suatu kelaziman yang dapat kita lihat apabila berjalan-jalan pada musim salji di tepi pantai ataupun di tebing sungai. Namun, Matillah bukanlah satu-satunya tempat yang dapat menghargai fenomena alam semula jadi ini.

RUJUKAN:

  1. Hundreds of Mysterious ‘Ice Eggs’ Have Washed Up on a Finland Beach.

    https://www.sciencealert.com/hundreds-of-rare-ice-eggs-washed-up-on-a-finland-beach-thanks-to-weird-weather

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.