Telur Ais Misteri Terdampar di Pantai Finland

441

Ais datang dalam pelbagai bentuk dan saiz – dari pergunungan ais sehinggalah ais sehalus salji. Namun, jarang dalam kalangan kita yang menjumpai telur ais bersaiz bola sepak.

Ketika Risto Matilla, fotografer amatur pergi pantai Marjaniemi di Pulau Hailuoto, Finland baru-baru ini, beliau telah menjumpai telur ais tersebut. Dia tangkap gambar telur ais itu dan sebarkannya di media sosial. Sepanjang sekitar 30 meter persegi pasir pantai dilimpahi telur ais yang mempunyai pelbagai saiz dari saiz bola golf sehingga saiz bole sepak.

Pemandangan ini agak lazim apabila keadaan persekitarannya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu berangin. Pertama sekali, perlu ada kawasan air yang tenang. Persekitaran perlu kesejukan yang cukup untuk terbentuknya ais. Peluang macam ini menuntut air beku yang cukup kecil untuk membolehkan kristal ais terbentuk. Hujan batu salji akan terbentuk apabila air tersejat dan beku menjadi zarah yang tertiup masuk ke dalam awan ribut. Dalam awan, batu salji itu akan bergerak sana sini sehinggalah pelbagai lapisan ais terbentuk pada batu tersebut sehinggalah ia menjadi berat, akhirnya jatuh ke bawah, turun dari awan.

Telur ais tidak terbentuk melalui proses yang huru-hara seperti itu. Ia terbentuk melalui arus air yang lembut yang ditiup oleh angin bayu. Kemudian, angin bayu bercampur dengan air membantu pembentukan lapisan ais pada batu-batu yang bergerak di sekitar pantai. Batu itu pula bergerak kerana angin bayu yang sejuk itu – freezing current. Berikan masa yang cukup, batu yang beku itu akan terbentuk menjadi seperti telur ais. Hal yang sama pernah berlaku di Siberia ketika tahun 2016.

Telur ais bukan suatu kelaziman yang dapat kita lihat apabila berjalan-jalan pada musim salji di tepi pantai ataupun di tebing sungai. Namun, Matillah bukanlah satu-satunya tempat yang dapat menghargai fenomena alam semula jadi ini.

RUJUKAN:

  1. Hundreds of Mysterious ‘Ice Eggs’ Have Washed Up on a Finland Beach. https://www.sciencealert.com/hundreds-of-rare-ice-eggs-washed-up-on-a-finland-beach-thanks-to-weird-weather

 

Ruangan komen telah ditutup.