Ada sebab kenapa British dikatakan kaki goreng. Dari dulu lagi memang fitrah British ialah cari helah. Sepertimana kita nampak dalam politik tempatan Tanah Melayu, bagaimana British masuk jarum, macam tu lah p3rangai mereka sebelum itu pun. Dalam lembaran sejarah, dulu dan sekarang, jarang sekali semboyan peper4ngan ditiup tanpa sebarang sebab. Cuma munasabah atau tak suatu sebab itu kadangkala dipersoalkan. Kalau ikut naratif politik, sebab untuk berper4ng digelar justifikasi.

Setiap negara ada pendekatannya. Amerika Syarikat pernah membawa Nayirah al-Sabah untuk menipu di khayalak ramai agar Per4ng Teluk boleh dijustifikasikan. Seorang remaja perempuan bernama Nayirah dalam satu sidang media menjadi saksi kek3jaman tentera Iraq terhadap rakyat Iraq. Siasatan demi siasatan dilakukan, penipuan ini terbongkar.

Dalam abad ke-20, British sudah kurang menyertai medan peper4ngan sebab kuku mereka pun sudah tumpul selepas 1940-an. Namun kalau nak tengok p3rangai sebenar mereka, seharusnya belek balik sejarah sejauh abad ke-18.

Pada masa itu, permintaan pasaran Amerika Tengah memberikan rezeki ekonomi untuk Empayar Sepanyol. Mereka siap ada koloni di rantau itu dengan pengaruh merentasi Laut Pasifik sampai ke Filipina. Jadi British kerap fikir helah dan muslihat untuk cari pasal dengan Sepanyol.

Puas mereka menggoreng justifikasi untuk cuba pecahkan monopoli ini. Akhirnya jalan terbuka luas apabila seorang individu dikasari. Biasanya kalau nak kata pasal peper4ngan, seorang rajalah yang patut dikasari sampai boleh menggerakkan aset ketenteraan. Tak pun seorang putera, ataupun penganiayaan terhadap rakyat.

Liciknya British masa ni, semboyan yang nak dibunyikan pada tahun 1739, mereka ungkit cerita basi yang berlaku lapan tahun sebelumnya.

Tahu apa yang jadi pada tahun 1731?

Katanya April tu, ada seorang kapten bernama Robert Jenkins sedang berlayar dengan HMS Rebecca sebelum diserbu kapal lanun bernama La Isabela milik Sepanyol. Komander Sepanyol Juan de Leon Fandino mengikat Jenkins pada tiang, memotong telinganya dan mengatakan, “benda sama akan kami buat kat raja kalian kalau ditangkap melakukan perkara sama.”

British bertegas bahawa Jenkins difitnah sedang menyeludup.

Tiba saja di Britain, Jenkins sampaikan maklumat ini kepada Duke Newcastle yang merupakan Setiausaha Koloni Selatan. Laporan disampaikan pada tangan Komander Besar dan seterusnya Gabenor Havana. British tidak membesarkan hal ini sampailah pada tahun 1939 yang mana Parlimen Britain mengatakan tindakan terhadap Jenkins ialah suatu penghinaan besar kepada kedaulatan raja.

Maka semboyan pun akhirnya berbunyi. Pep3r4ngan pun berlaku buat beberapa tahun, yang dua empayar ini bertempur di sekitar Lautan Carribean. Eropah pula pada masa itu sudah menjalinkan pakatan dan sekutu p3r4ng. Kacau negara ini, negara itu akan masuk campur. Dan P3r4ng Telinga Jenkins menjadi P3r4ng Warisan Austria pula yang meletvpkan dan mengh4ncurkan kestabilan politik di seluruh Eropah. Kerana telinga seorang kapten, negara Perancis, Prussia, Sepanyol dan banyak negara bawahan bersatu untuk berlawan dengan Britain, Habsburg, Belanda dan Rusia selama tujuh tahun.

Cerita panjang berkaitan Austria boleh dipendekkan dengan kejayaan bercampuran.

Agaknya apa yang akan berlaku kalau Kapten Jenkins tutup mulut saja? Itupun kalau betulah Juan Fandino mengugut keselamatan dan maruah Raja Britain. Pertempvran- pertempvran demi telinga Jenkins hanya disertai proksi British iaitu Sir Robert Walpole, Lord Wilmington dan Henry Pelham. Namun peper4ngan besar angkara Austria disertai Putera Mahkota Frederick yang bermasalah dengan ayahandanya Raja Britain.

Frederick anehnya tidak mangkat di medan pep3r4ngan. Sebaliknya, baginda tersungkur dan men!nggal dvnia kerana masalah paru-paru.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.