Saya terpanggil untuk menulis tentang teleskop angkasa ini yang sejak ia mula beroperasi telah memberikan banyak imejan yang menggagumkan para ahli astronomi dan kalangan penggemar cerapan jasad samawi.

Ada yang bertanya, bagaimana foto galaksi lain boleh didapati?
Bagaimana imejan jasad samawi seperti nebula dan bintang-bintang di perolehi..?

Soalan ini akan terjawab diakhir artikel ini.

Sejak ribuan tahun manusia mencerap samawi, mata kasar dan kemudian teleskop adalah antara alatan yang paling meluas digunakan untuk tujuan cerapan.

Tetapi manusia mengambil satu tapak lebih jauh kerana terlalu kagum dengan keindahan angkasaraya. Teleskop yang ada di Bumi mempunyai kekangan tertentu yang menyebabkan satu-satu cerapan itu berjaya atau tidak.

Teleskop memerlukan keadaan atmosfera yang tidak berawan, bebas dari pencemaran cahaya (seperti sinaran lampu kotaraya), serta keadaan atmosfera itu sendiri menyebabkan berlakunya pembiasan pada imej, menyukarkan ahli astronomi untuk mendapatkan imej resolusi tinggi.

Jadi satu teleskop angkasa yang dipanggil Hubble Space Telescope telah diluncurkan ke atmosfera tertinggi, terletak di orbit rendah Bumi lengkap dengan aparatus cermin teleskop dan kamera yang mampu menangkap sinaran cakerawala dan membentuk imejan ultra lembayung, imejan infra merah dan spektrum hampir infra merah. Namun ini bukanlah teleskop angkasa lepas yang pertama, tetapi tidak berlebihan jika dikatakan, ia adalah teleskop paling cemerlang dan sehingga hari ini, masih memancarkan kembali pelbagai imejan disetiap sudut dan juzuk samawi yang teramat luas dan masih belum tentu habis diterokai.

Hubble diluncurkan pada tahun 1990 dan telah menyumbang bakti kepada sains angkasa lepas selama 25 tahun dan masih beroperasi sehingga hari ini, tidak gagal mehantar kembali imejan angkasaraya yang pelbagai ragam.

Ketika pertama kali teleskop angkasa lagenda ini beroperasi, ia tidak memberikan imejan yang baik kerana terdapat kecacatan pada cermin teleskopnya, menjadikan ia bahan cercaan untuk tujuan politik. Walaubagaimanapun, imej nya adalah lebih baik dari kebanyakan imej cerapan teleskop di Bumi.

Tetapi selepas pembetulan dibuat, imejan seterusnya yang dihantar kembali menutup mulut kalangan pengkritik dan ia membuka lembaran baharu aspek cerapan angkasa dimana, imej dan foto dalam cahaya nampak (atau visible light) yang ditangkap adalah sangat jitu dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.

Teleskop angkasa Hubble ini mempunyai 5 alatan saintifik utama yang terdiri dari Kamera Medan Luas dan Kamera Planetari [Wide Field and Planetary Camera (WF/PC)},Spektrograf Resolusi Tinggi Goddard [ Goddard High Resolution Spectrograph (GHRS)],Fotometer Kelajuan Tinggi [High Speed Photometer (HSP)],Kamera Objek Kabur [Faint Object Camera (FOC)] dan Spektrograf Objek Kabur [Faint Object Spectrograph (FOS)].

Kesemua alatan kamera ini mengalami naik taraf dan digantikan dengan alatan yang lebih baik dengan misi Shuttle sepanjang hayat teleskop ini, memberikan lebih banyak imejan angkasaraya yang sangat jitu dan tepat dengan variasi spektrum yang berbeza.

Dari imej ribut polar di Planet Marikh, bayangan bulan-bulan Jovian di Planet Musytari,letusan supernova,imejan pulsar dan quarsar, lubang hitam Supermasif di tengah-tengah galaksi Bimasakti, hingga objek Kuiper, cakera proto-planetari dan nebula-nebula gas, galaksi-galaksi terluar, semuanya berjaya di abadikan teleskop dan kamera Hubble dan menjadikan ia satu alatan saintifik yang paling disayangi samada kalangan pencerap angkasa amatur, kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah hinggalah para ahli astronomi dan ahli politik yang sangat teruja dengan imejan demi imejan yang di tangkap dan dihantar kembali untuk tatapan umum dan kalangan komuniti saintifik.

Dari imejan-imejan inilah, baru kita tahu betapa kecilnya manusia ini di cakerawala ciptaan Tuhan, dan betapa luasnya samawi ini sehinggakan jangka hayat manusia biasa tidak mampu menerokainya sehingga habis, walaupun di teruskan oleh generasi-generasi kita yang akan datang.

Jadi, foto galaksi Andromeda, foto awan gas Eagle Nebula, Crab Nebula, foto hentaman komet Shoemaker-Levy 9 yang diabadikan dalam buku-buku astronomi ketika kita tatapi ia di pusat sumber sekolah dahulu kebanyakannya datang dari teleskop angkasa lepas Hubble ini. Sehingga artikel ini ditulis, terdapat perancangan untuk meluncurkan teleskop angkasa lepas yang baharu pada tahun 2018 tetapi dijangka Hubble akan kekal diorbit melangkaui 2020.

Tidak keterlaluan jika mengatakan, Hubble adalah cermin mata manusia kerdil yang mana ia menggunakan akalnya untuk mencipta dan melihat lebih jauh ke alam cakerawala yang sangat luas dan tidak berpenghujung, yang mana alam semesta, segala isi langit dan cakerawala ini adalah satu ciptaan Tuhan yang sangat menggagumkan dan membuktikan akan wujudnya Sang Pencipta alam semesta ini.

Ia masih tidak dapat ditandingi walau dengan ciptaan manusia, dan kita akan tetap kerdil di mata Sang Pencipta.

p/s – anda boleh layari laman sesawang berikut untuk melihat lebih banyak imej-imej angkasaraya yang sangat menggagumkan

http://hubblesite.org/
https://www.facebook.com/HubbleTelescope/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply