Telefon Pintar: Sebuah Gangguan Mutlak

0
824
views

Masyarakat moden terlalu gantung kepada telefon pintar. Apabila membuka tajuk perbincangan tentang ketagihan masyarakat kepada telefon pintar, sering dijadikan bahan lawak. Isu ketagihan ini masih dipandang enteng dan gagal untuk menyedarkan bahawa ketagihan telefon pintar sebenarnya merupakan masalah yang sangat nyata, realiti dan kian merebak mempengaruhi ribuan individu di seluruh dunia.

Ketagihan terhadap telefon pintar telah membuatkan manusia berubah watak dan sikap tanpa sedar. Perubahan ini bermula dari individu ke individu berjangkit perlahan-lahan menjadi sebuah kelompok masyarakat. Apabila sesebuah perkara yang tidak positif diterima dan diamalkan beramai-ramai, dengan tidak sengaja ianya akan menjadi sebahagian perkara norma dalam kehidupan seharian.

Penggunaan telefon pintar yang berlebihan antara sebab ketagihan. Ketagihan ini telah menjadi satu unsur gangguan. Gangguan secara fizikal dan mental diexpresskan oleh mereka yang ketagih akan telefon pintar.

Ketika interaksi bersemuka sedang berlangsung, anda memohon untuk menarik diri sementara untuk menjawab panggilan telefon atau membalas pesanan. Situasi ini memperagakan bertapa kuatnya godaan yang ditonjolkan oleh telefon pintar. Kenapa kita mempercayai bahawa intervensi akan menjadi pilihan yang lebih baik daripada perbualan sebenar yang sedang berlangsung? Mengapa perlu menjawab panggilan telefon atau membalas pesanan jika tidak penting atau kecemasan?

Hal ini memberi kesan kepada pihak kedua iaitu individu yang kita berinteraksi secara nyata terasa dikecualikan. Pihak kedua mungkin merasakan tidak mengapa atau bertolak ansur. Jika bertolak ansur kepada perkara yang penting atau kecemasan tidak mengapa. Tetapi ini sesuatu yang boleh diketepikan sementara dan fokus kepada keutamaan iaitu realiti yang berlangsung di depan mata. Keadaan ini didorong oleh kesanggupan untuk berhubung dan kekal berhubung, mencari peluang terbaik, aktiviti dan kenalan dalam usaha untuk tidak terlepas apa-apa yang sedang berlaku di dunia maya (Continuous partial attention).

Tindakan ini (Continuous partial attention) memberikan tahap tekanan yang lebih tinggi di dalam otak, menghalang refleksi, renungan dan keputusan yang bijak. Malahan menumpulkan fokus untuk memberi tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang berlangsung (tidak dapat berfikir matang dan berlaku rasional pada keadaan sekeliling dengan berkesan kerana sering beralih dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain). Keterkaitan yang berterusan ini juga menjejaskan hubungan yang nyata dan merendahkan tahap produktiviti, justeru menyebabkan terlalu banyak rangsangan berlebihan dan kekurangan dalam memenuhi kepuasan peribadi.

Orang yang mempunyai kecenderungan untuk memeriksa telefon mereka tanpa sebarang sebab, terutamanya apabila mereka ketagih. Walaupun telah memeriksa telefon mereka misalnya kira-kira dua saat lalu, mereka cenderung mempunyai nafsu untuk menyemaknya sekali lagi. Situasi lain, terdapat juga orang yang hanya akan memegang telefon bimbit mereka di tangan mereka dan terus menghidupkan skrin untuk memastikan bahawa mereka tidak terlepas apa-apa pemberitahuan(notification), panggilan, atau mesej. Pada sesetengah keadaan, mereka akan terus menghidupkan skrin demi mengelakkan kebosanan atau kebiasaan tanpa disengajakan.

Lebih tepat mengapa mereka terus menyemak adalah kerana sindrom Phantom vibration ; bererti kepercayaan atau anggapan yang salah bahawa telefon anda berdering atau telah menerima pemberitahuan(notification), walaupun sebenarnya tiada sebarang input pun masuk. Terma lain yang digunakan sama maksud adalah ringxiety, fauxcellarm dan phantom ringing. Ini membuktikan peranti moden bertindak aktif sebahagian daripada otak yang hendak mahu diserap sepenuhnya. Manakala anda tidak dapat menahan diri anda dari menjawab peranti anda sebaik sahaja ia berdering, justeru otak mengalami gangguan beban lampau.

Perkara ini menghantui hampir setiap manusia yang mempunyai telefon pintar. Menghantui pada setiap masa tidak kira masa dan tempat. Antara yang telah menjadi kebiasaan kita adalah ketika berjumpa atau pertemuaan apa-apa. Kita kerap melihat telefon pintar kita menjangkakan ada notification akan masuk. Selang beberapa minit lagi kita akan masih melihatnya semula tanpa ada notification yang masuk. Perkara ini kadang-kala umpama fokus kita lebih kepada menanti orang yang jauh untuk bertegur sapa atau menyampaikan maklumat berbanding memberikan fokus sepenuhnya kepada pertemuan atau masa melepak dengan kawan-kawan.

Berlaku juga ketika kita bertemu janji. Masing- masing kerap mengemas kini sama ada terdapat notification masuk atau tidak. Lebih tidak enak dilihat apabila apabila masing-masing melayan telefon pintar mereka tidak kiralah apa-apa pertemuan. Maka, mengapa perlu bertemu kalau masing-masing melayan telefon pintar? Kita bertemu untuk mengexpresskan sesuatu secara suai muka. Bertemu kerana terdapat sesuatu yang penting untuk dimaklumkan, dikongsikan dan mungkin cuba mendapatkan serta menguatkan chemistry perhubungan.

Fenomena yang dilihat sebagai perkara norma oleh sebahagian majoriti tetapi dianggap satu keruntuhan common sense oleh minoriti. Kita perlu fokuskan dan utamakan apa yang di depan mata terlebih dahulu. Tetapi kita sibuk untuk menjaga hati yang jauh tanpa sedar mengguris dan mengecualikan yang berada di sekitar kita terlebih dahulu. Telefon pintar memang menghubungkan yang jauh tetapi memutuskan yang berdekatan.

Waqaf Saham

Telefon pintar tidak lagi asing dalam pendidikan. Phantom syndrom boleh berlaku ketika di dalam kuliah. Kata lain juga boleh menjadi pemulaan sebagai gangguan untuk minda. Pemulaan gangguan boleh menyebabkan dari menumpukan perhatian dalam kelas hingga menjadi satu tanggapan negatif bahawa kuliah ini membosankan. Apabila bosan, tidak lain telefon pintar menjadi pilihan untuk mengisi kekosongan itu.  Kekosongan itu diisi sama ada bermain permainan video di telefon pintar atau melayari laman sosial. Apabila fokus beralih ke peranti, masa berlalu dengan pantas. 30 minit berlalu seperti 5 minit. Semasa terjaga dari  kealpaan, kuliah bakal berakhir.

Masa hilang dengan begitu pantas ketika terikat dengan peranti dengan begitu lama. Perkara ini menjadi kebiasaan dalam bentuk mahu hilang kebosanan sementara atau take 5, tetapi akhirnya berlarutan hingga berjam-jam. Boleh berlaku walaupun seseorang itu sedang berkerja, belajar, di dalam perbincangan mengulang kaji, melakukan kajian atau hanya mahu mengfokuskan sesuatu sahaja tetapi menjadi gangguan mutlak yang membuatkan masa anda dibuang begitu sahaja dengan sengaja kepada perkara yang bukan keutamaan.

Dalam bab ini, kita sering mengutamakan perkara yang tidak penting. Menggunakan peranti ketika memandu. Penggunaannya sebagai GPS dikecualikan. Memeriksa notification atau membalas pesanan ketika memandu adalah perbuatan yang mengundang maut. Secara teknikalnya, otak manusia tidak mampu untuk melakukan dua kerja yang berat dalam satu masa. Tetapi keengganan untuk berfikiran lebih waras dan mengutamakan keghairahan telah banyak mengorbankan nyawa. Persoalan yang bermain di sini adalah soal keselamatan. Keselamatan yang sedikit sebanyak sangat mempengaruhi sama ada hidup atau mati seseorang, sayang sekali dipandang enteng oleh masyarakat kita. Kemudian diambil mudah, umpama manusia punya nyawa kedua.

Kita terlalu sibuk mengejar dunia maya dan realiti. Menganggap dunia maya adalah kehidupan. Likes dan follower yang ramai adalah satu kejayaan dan satu kehidupan. Lagi banyak adalah lagi bagus kerana ianya satu kepuasan. Malah ia membenarkan dan membuka pintu agar kita kurang berfikir dan melakukan apa sahaja agar mendapat kedua-duanya dengan banyak. Kita muat naik hampir segala perkara yang berlaku dalam kehidupan kita tanpa mengimplikasikan adakah perkara itu betul atau salah, adakah satu keperluan atau tidak? Kita sudah biasa hidup di dalam dunia maya. Hidup dalam persekitaran likes dan followers.

Masyarakat memandang itu sebagai satu berita untuk oleh seseorang apa yang dia lakukan terkini. Satu journal peribadi yang awam, setiap orang perlu melihat untuk mengetahui berita terbaru seseorang itu. Jika tidak, orang itu boleh pertikaikan kenapa tidak update tentangnya? Ini seharusnya tidak menjadi isu, malah tidak tahu itu sepatutnya menjadi topik perbualan ketika bertemu sua muka. Bukanlah satu kewajipan untuk mengetahui segala perkara tentang siapa yang kita follows. Masa yang ada lebih untung jika melaburkan ke aktiviti yang lebih layak(utama & penting) mendapat perhatian. Tambahan, lagi kita memerlukan kedua-dua itu, lagi ia menyuap akan ego kita.

Apabila berita perkhabaran tentang keluaran iPhone terbaharu, ramai mengidamkannya. Walaupun harganya tidaklah berbaloi jika dibandingkan dengan pilihan yang lebih ekonomi, tetap menjadi pujaan ramai. Bukan kerana speksifikasinya, tetapi rasa ghairah yang nampak mewah di mata orang ramai. Mengikut treding dan rasa akan post-pemodenan. Menggunakan telefon pintar bukan pada tahap optimum, lantas apa guna melabur ribuan hanya untuk menampakkan mewah dibandingkan dengan pilihan yang lebih murah dan ideal untuk kegunaan harian?

Kita juga sering menghabiskan ribuan untuk membeli alat peranti. Kita mahukan lebih dan banyak agar cepat dan segera. Beranggapan bahawa lebih mampu menolong kita lebih efektif dan cepat. Memenuhi kehendak yang mahukan segera dan cepat. Lebih mengalakkan pembaziran ke arah memenuhi keperluan nafsu berbanding keperluan hidup.

Apabila teknologi menyediakan satu medan segera dan cepat, secara separa-sedar; sifat itu menyerap  menjadi karakter dalam diri kita kerana telah merasuk menjadi karakter norma masyarakat. Lapar mahukan makanan; makanan segera, perlukan jawapan cepat; layari Google dan lain-lain bentuk segera dan cepat. Impaknya, masyarakat mengalami kehakisan sifat kesabaran,  kemampuan berfikir, dan fokus yang lebih effektif.

By product, sifat marah, kejahilan, malas berfikir, tidak sabar, malas dan prejudis melonjak di dalam masyarakat. Kegilaan ini lagi menjadi-jadi apabila telefon pintar lebih pintar dan teguh berpendirian daripada pemiliknya. Segala perkara(maya) lebih kuat daripada perkara yang lain(nyata).

Tidak mengasingkan atau menyediakan masa khas untuk berfikir dan menyusun prasangka(mindset) agar berfikir dengan kualiti dan rasional walau kecil sekalipun. Pemikiran kecil sama penting seperti yang besar. Kadang-kadang pemikiran kecil ini yang membawa perubahan kecil lantas perkara yang luar biasa berlaku. Berfikir itu percuma. Untuk menjadi manusia yang baik juga percuma. Menjadi manusia yang berfikir sudah terangan percuma. Walau bagaimanapun, masyarakat gagal untuk berfikir sepenuhnya dengan bersabar.

Masyarakat gagal keluarkan diri mereka dari perhatian dan fokus berterusan dari teknologi. Masyarakat mati lebih cepat daripada berfikir, maka kita boleh menganggap dengan munasabah bahawa ramai orang berfikir tidak suka melakukannya(berfikir). Rantaian yang berterusan ini menyebabkan mereka hilang locus kawalan dalaman iaitu kepercayaan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka(secara individu) dan bertindak sewajarnya untuk berusaha membentuk takdir. Kegagalan untuk berfikir telah mengakibatkan individu keliru yang mana keutamaan, yang mana perlu didahulukan, yang mana penting dan mengenal mana satu adalah masalah. Justeru, tanpa elemen ini, produktiviti berada pada tahap yang rendah.

Rujukan:-

  1. How to Tame Technology and Get Your Life Back terbitan Teach Yourself karya Kevin Duncan
  2. Laporan kajian The Impact of Technology on Social Behavior karya Ceulemans, Pauline, W. dari University of Wisconsin-Stout.
  3. Jurnal Students’ Cell Phone Addiction and Their Opinions karya Tessa Jones, Elon University.
  4. Thesis Living with Technology; An investigation into young adults challenge to prevent digital dementia, MAID – Master of Arts in Integrated Design; Master Thesis Project Summer 2015 karya Mai Yun Shelley Woo terbitan
  5. Projek graduasi Linking Psychological Attributes to Smart Phone Addiction, Face-to-Face Communication, Present Absence and Social Capital oleh Bian Mengwei Casey(Master of Science in New Media) dari School of Journalism and Communication, The Chinese University of Hong Kong, May 2012