Telefon Pintar Pertama Dalam Sejarah

1,127

Tika dan saat ini penggunaan telefon pintar menjadi seakan-akan satu keperluan bagi setiap individu di dunia.

Kemampuan telefon pintar menggabungkan fungsi telefon, komputer, kamera, permainan video dan sebagainya menjadikan ianya semakin relevan untuk digunakan oleh homo sapien moden.

Kehadiran telefon pintar juga telah mengubah banyak kehidupan seharian manusia. Kepelbagaian aplikasi yang wujud dalam telefon pintar juga semakin memudahkan manusia untuk bergerak serta beraktiviti.

Sebagai contoh, aplikasi waze sangat memudahkan manusia untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain berbanding penggunaan peta pada zaman dahulu.

Dengan itu, pasti kita ingin mengenali siapakah nenek moyang telefon pintar yang wujud pada hari ini. Adakah bentuk dan rupa sama seperti cucunya sekarang ataupun seakan-seakan telefon berantena yang popular ketika itu? Ayuh soroti artikel ini.

Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila sebuah syarikat yang bernama IBM Simon berjaya menghasilkan sebuah telefon yang melangkaui fungsi telefon bimbit biasa yang wujud pada ketika itu.

Telefon ini telah diberi nama Simon Personal Communicator (SPC) dan mulai temui pengguna dua tahun selepas itu iaitu pada 1994.

SPC boleh dianggap sebagai nenek moyang telefon pintar ataupun prototaip terlengkap bagi generasi awal telefon pintar.

Hal ini demikian kerana SPC ini sudah dilengkapi dengan skrin sesentuh monokrom LCD yang berukuran 4.5 inci dan 1.4 inci. SPC juga memiliki keupayaan untuk menghantar dan menerima kedua-dua e-mail serta faks.

Bukan itu sahaja, ianya juga dilengkapi dengan kalendar, nota, buku alamat dan papan kekunci input piawai. Ciri-ciri ini adalah sangat futuristik bagi masyarakat awam pada era tersebut.

SPC telah dilancarkan dengan harga dan ia dilancarkan dengan tanda harga $ 899 dengan kontrak perkhidmatan ($ 1,435 dalam dolar hari ini).

Ianya berjaya terjual sebanyak 50,000 unit walaupun sambutannya tidaklah sehebat iPhone ataupun telefon pintar android. Namun begitu, SPC berjaya bertahan selama enam bulan lantas bukan jalan bagi produk lain untuk berkembang.

Memasuki tahun 1996, Nokia telah memperkenal produk Nokia 9000 Communicator yang dianggap sebagai salah satu telefon pintar pertama di pasaran.

Ianya dikuasakan oleh GEOS 3.0 dengan memiliki beberapa aplikasi. Reka bentuknya yang seakan-akan kerang telah menguasai pasaran dengan pengenalan papan kekunci QWERTY penuh.

Bukan itu sahaja, syarikat Ericsson pada akhir tahun 1999 telah mengeluarkan produk telefon pintarnya sendiri iaitu Ericsson R380. Produk ini dikuasakan oleh sistem peranti OS Symbian dan terus bertahan sehingga suku terakhir tahun 2010.

Selepas itu semuanya telah menjadi sejarah apabila Apple telah memperkenalkan iPhone pada tahun 2007 yang terus menjadi perintis kepada kewujudan telefon pintar maha canggih.

Telefon pintar semakin menjadi pilihan sehingga dianggap sebagai keperluan bagi sesetengah individu. Natijah, siapalah kita tanpa telefon pintar yang maha canggih.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.