Teknologi Robot Mampu Perbaiki Diri Mereka Sendiri

231

Grafin telah menjadi penyelesaian ajaib untuk menghasilkan bateri yang lebih baik, perisai yang lebih kuat, elektronik yang lebih fleksibel serta banyak lagi. Sekarang, grafin sembuh sendiri (self-healing) dapat melakukan lebih banyak lagi.

Pasukan penyelidik dari Tsinghua University telah menghasilkan gel grafin yang kuat apabila kering tetapi mampu renggang dan sembuh sendiri apabila basah. Mereka mencapurkan beberapa helaian grafin kemudian ditambah dengan asid poliakrilik yang mempunyai penyerapan air yang bagus. Cantuman ini kemudiannya ditambah dengan kalsium karbonat.

Gel yang stabil ini dibentuk apabila basah menjadikannya ia cukup lembut untuk dipancut dari pencetak 3D dan dibelitkan menjadi tali. Ia menjadi keras seperti grafin yang lebih kuat daripada keluli apabila kering. Paling menarik, apabila bahan ini dibelah dua, ia mudah untuk bercantum semula.

Gel seperti pernah dihasilkan sebelum ini, tetapi sifat grafin adalah bonus. Grafin mempunyai pengaliran elektrik dan haba yang menjadikan gel ini dapat membangunkan pelbagai teknologi. “You can change the shape, you can wet it and dry it, break it apart and stick it back together, you can do interesting things with it.” – Marek Urban dari Clemsan University.

Menurut Hongwei Zhu, ketua pasukan penyelidik tersebut, bahagian robot dapat dihasilkan daripada gel ini yang mampu sembuh sendiri apabila dilontarkan ke dalam air.

RUJUKAN:

  1. Lin, S., Zhong, Y., Zhao, X., Sawada, T., Li, X., Lei, W., … & Zhu, H. (2018). Synthetic Multifunctional Graphene Composites with Reshaping and Self‐Healing Features via a Facile Biomineralization‐Inspired Process. Advanced Materials30(34), 1803004.
  2. https://www.newscientist.com/article/2175225-self-healing-graphene-could-make-robots-that-fix-themselves-with-water/
  3. New Scientist ISSUE 3189 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.