Teknologi Ini Dapat Mengecas Kereta Elektrik 10 Minit Saja

504

Range Anxiety” ialah ketakutaan bahawa bateri kereta elektrik tidak cukup untuk membawa kita ke destinasi yang kita mahukan. Pada hari ini, pengecas bateri kereta elektrik mengambil masa sehingga satu jam, malah lebih lama untuk bateri itu betul-betul penuh. Ini menjadikan penggunaan kereta elektrik tidak begitu berkesan.

Masalah ini mungkin dapat diselesaikan dengan kemunculan teknologi bateri baru yang dihasilkan oleh saintis dari Penn State University. Bateri ini dapat menggantikan bateri terkini yang mampu mengecas penuh 100% hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Menurut Chao Yang Wang, jurutera kimia menyatakan mereka dapat mengecas kenderaan elektrik dalam tempoh 10 minit untuk jarak 200 hingga 300 batu. Bateri EV – sama seperti bateri yang digunakan untuk laptop dan telefon pintar – merupakan bateri ion-litium yang mempunyai batas kitaran cas/nyahcas sebelum prestasinya menjadi rendah dan tidak efisyen untuk digunakan.

Salah satu faktor menurunnya prestasi tersebut adalah disebabkan oleh haba. Sebab itulah kita selalu dipesan supaya jangan membiarkan bateri peranti elektronik yang kita gunakan dibiarkan terlalu panas kerana ia akan menurunkan tempoh hayatnya. US Department Energy cuba untuk mencapai “extreme fast charging” (XFC) yang mana bateri EV dapat cas dengan penuh untuk perjalanan 200 batu kurang dari 10 minit. Pasukan saintis dari Penn State University menyatakan mereka mampu mencapai matlamat ini.

Antara halangan besar untuk mencapai XFC ialah penyaduran litium yang biasanya berlaku ketika kadar cas yang tinggi dan hayat bateri jatuh secara drastik. Penyaduran litium berlaku apabila deposit litium terbentuk di sekitar anod sewaktu bateri sedang di-cas. Walaupun haba yang tinggi tidak bagus untuk bateri litium, meninggikan suhu untuk jangka masa yang pendek dapat mengurangkan penyaduran litium. Sebelum ini, ramai telah berpegang bahawa bateri litium patut dielakkan beroperasi dalam suhu yang tinggi, namun menaikkan suhu untuk jangka masa yang pendek lebih memberikan kelebihan kepada bateri itu berbanding kesan negatifnya apabila panas untuk jangka masa panjang.

Bateri litium yang dipanaskan sekejap sekitar 60 darjah Celsius ketika dicas akan mampu mencapai XFC dan dapat mencapai 1,700 kitaran jangka hayat. Sebaliknya, haba yang tidak terkawal hanya mempunyai 60 kitaran jangka hayat. Sekarang, mereka telah mencapai XFC. Mereka mahu mencari apa bahan yang sesuai untuk cepatkan lagi tempoh mengecas iaitu dari 10 minit hingga ke 5 minit.

RUJUKAN:

  1. https://news.psu.edu/story/594641/2019/10/30/research/and-out-10-minute-electrical-vehicle-recharge
  2. https://www.sciencealert.com/this-new-technology-can-fully-charge-an-electric-car-in-just-10-minutes
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.