Tumbuhan mempunyai kemampuan untuk menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga tanpa memerlukan usaha yang banyak. Saintis telah menghasilkan peranti prototaip yang mampu memproses fotosintesis seperti daun hijau.

Peranti tersebut mengambil karbon dioksida, air dan cahaya matahari sebagai bahan untuk hasilkan oksigen dan asid formik yang boleh disimpan sebagai bahan bakar (fuel). Asid tersebut dapat digunakan secara terus ataupun ditukarkan kepada hidrogen – satu lagi tenaga yang mesra alam sekitar.

Anda bayangkan daun menerima cahaya matahari, lalu melalui proses fotosintesis, cahaya matahari itu bertukar menjadi tenaga untuk kegunaan daun. Peranti ini mempunyai proses yang sama. Ia dapat hasilkan proses fotosintesis buatan yang mampu menukarkan bukan sahaja cahaya matahari tetapi air dan karbon dioksida menjadi tenaga.

Walaupun prototaip ini masih kecil yang hanya mampu menerima bahan seluas 20 cm persegi, ia dapat dijayakan menjadi sebesar ladang suria (solar farm). Paling menarik, asid formik yang terhasil dapat disimpan dalam bentuk cecair dan daripada situ dapat ditukar menjadi pelbagai bentuk bahan bakar apabila diperlukan.

Peranti ini juga tidak menghasilkan sisa buangan yang mampu menjejaskan alam sekitar. Ia dapat menghasilkan tenaga yang bersih dan efisyen. Walaupun peranti ini kelihatannya berjaya, ia masih belum bersedia untuk masuk ke dalam dalam pemasaran kerana saintis berhasrat untuk melakukan lebih banyak penambahbaikkan supaya peranti tersebut dapat menerima pelbagai jenis pemangkin (catalyst) yang mungkin dapat hasilkan bahan bakar yang suria yang berbeza.

Menghasilkan teknologi yang bersih dan mesra alam sekitar merupakan keperluan mendesak untuk memeliharan kesihatan Bumi yang semakin panas dan nazak. Kita berharap teknologi-teknologi ini dapat digiatkan lagi di masa hadapan.

RUJUKAN:

  1. Wang, Q., Warnan, J., Rodríguez-Jiménez, S., Leung, J. J., Kalathil, S., Andrei, V., … & Reisner, E. (2020). Molecularly engineered photocatalyst sheet for scalable solar formate production from carbon dioxide and water. Nature Energy, 1-8.
  2. https://www.sciencealert.com/new-artificial-photosynthesis-device-creates-energy-from-co2-water-and-sunlight

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.