Teknologi perfileman semakin canggih sampai begitu susah sekarang untuk membezakan kebenaran dalam video-video DeepFake. Untuk pengetahuan kalian, DeepFake ialah suatu jenis suntingan video yang etimologinya datang daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu “deep learning” dan “fake”. Konteksnya begini: gambar atau video seseorang digantikan dengan iras orang lain (Cole, 2018).

Kalau dalam dunia perfileman, teknologi ini sangatlah berguna. Bayangkan ada seorang pengarah yang ingin buat filem T3rmin4t0r pada tahun 2040. Ketika itu, logiknya Arnold Schwarzenegger sudah pergi buat selamanya ataupun berusia 93 tahun. Jadi pembikin filem hanya perlu mengupah seseorang yang badan sepertinya (contohnya Brett Azar dan Roland Kickinger sekarang). Bill Hader boleh meniru suara Schwarzenegger untuk memberikan sentuhan bunyi. Dengan imej-imej Internet, wajah pelakon fizikal boleh digantikan dan disunting begitu kemas.

Contoh Sebelum dan Selepas: Kiri Brett Azar dan Kanan Schwarzenegger

Teknologi serupa digunakan untuk menghidupkan semula T-101 yang dilakonkan Schwarzenegger pada tahun 1991. Bukan Dark Fate sahaja yang menggunakan pendekatan ini. Dalam Solo: A Star W4rs Story, muka Harrison Ford yang muda disunting masuk secara DeepFake (Radulovic, 2018). Masih dalam siri Star W4rs, pem3rgi4n Carrie Fisher pada tahun 2016tidak menjadi masalah untuk melengkapkan babak Leia Organa dalam Rogue One (Winick, 2018).

Namun jika filem sedemikian boleh jadi sempurna, risiko-risiko berbangkit agaknya boleh difikirkan sendiri. Teknologi DeepFake telah disalahguna sampai timbulnya video-video p0rn0grafi palsu melibatkan selebriti. Dan perancang tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar. Dengan hanya peranti FakeApp, sesiapa pun boleh meletakkan muka orang untuk menggambarkan adegan s3ks misalnya. Salah seorang mangsa ialah Daisy Ridley, pelakon Star Wars 7-9.

Malah wajah Gal Gadot, Masie Williams dan Taylor Swift pun telah berjaya dilekatkan pada badan pelakon video p0rn0grafi untuk menjayakan suatu video begitu kemas seolah-olah memang mereka yang berlakon. Padahal dalam gambar (daripada video bergerak sebenarnya) bukannya Ridley pun. Dengan bekalan selfie dalam Google sahaja mencecah 24 bilion gambar, DeepFake boleh buat apa sahaja. Malah wajah Ridley juga dimasukkan dalam video-video lain yang jauh lebih berp0rn0grafi lagi. Jangankan muka – suaranya pun ditiru pelakon lain dengan ketebalan British yang jelas.

Dengan perkembangan sebegini, DeepFake sebenarnya boleh merosakkan dunia pun. Malah bukan sahaja perkahwinan boleh diruntuhkan, teknologi DeepFake jika dikuasai boleh membuatkan sesiapa pun meniru dengan tujuan tidak elok. Pengumuman syarikat boleh disuntingkan terutamanya dalam mesyuarat yang menggunakan panggilan video seperti Skype dan FaceTime.

Gambar berkenaan ialah tangkapan layar daripada video bergerak yang menunjukkan teknologi DeepFake digunakan. Wajah Amy Adams dan Nicholas Cage ditukarkan sampai pergerakan mata, hidung, bibir dan seluruh kepala menjadi simetri. Jadi bayangkanlah – jika seorang lelaki marhaen yang tidak mengetahui apa-apa tentang teknologi ini tiba-tiba mendapat video pengani4yaan bahawa isteri yang terlalu taat setia telah berlaku curang.

RUJUKAN:

Cole, S. (2018, January 25). We Are Truly (ditapiskan): Everyone Is Making AI-Generated Fake (ditapiskan) Now. Vice. Retrieved from (Request Link).

Radulovic, P. (2018, October 17). Harrison Ford is the star of Solo: A Star (ditapiskan) Story thanks to deepfake technology. Polygon. Retrieved from https://www.polygon.com/2018/10/17/17989214/harrison-ford-solo-movie-deepfake-technology

Winick, E. (2018, October 16). How acting as Carrie Fisher’s puppet made a career for Rogue One’s Princess Leia. Technology Review. Retrieved from https://www.technologyreview.com/s/612241/how-acting-as-carrie-fishers-puppet-made-a-career-for-rogue-ones-princess-leia/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.