Ya anda tak silap, 8D itu bermaksud 8 Dimension. Bukan sekadar One Direction ?

(Ketika artikel ini ditulis, penulis sedang menikmati halwa telinga dari lagu Yes or Yes oleh Twice dalam bentuk 8D)

Kalau anda seorang yang rajin mentatal video-video di Youtube, pastinya anda terperasan, ada satu dua cadangan (suggestion) dari pelayan (server) Youtube berkenaan lagu-lagu popular dalam bentuk 8D. Disertakan bersama, peringatan untuk memakai peranti dengar (earphone), agar audio itu benar-benar dinikmati deria pendengaran anda.

https://youtu.be/embuXYLVyio – Hymn for The Weekend oleh Coldplay

8D di sini bermaksud, audio yang diperdengarkan kepada liang telinga anda datang dari pelbagai arah, hasil dari teknologi terkini yang menuai melodi dan muzik dari lagu dan seterusnya mengolah arah dan tujuan lagu tersebut diperdengarkan, dan hasilnya terciptalah 8D audio (atau juga dikenali sebagai ambisonic).

Jika anda mahu menikmati lagu yang telah dimodifikasi ke bentuk 8D, anda perlu memakai peranti dengar (earphone) di kedua-dua telinga anda dan boom!

Bolehlah dikatakan bahawa ia seakan-akan anda berada di dalam konsert, filharmonik ataupun nyanyian langsung dari penyanyi kesukaan anda berada di hadapan mata. Bunyian datang dari pelbagai arah, seakan berpusing-pusing di sekeliling anda, seterusnya menyampaikan halwa telinga pada tahap kepuasan maksimum.

https://www.youtube.com/watch?v=6-CPbCh3JlY – All Falls Down oleh Alan Walker

Tidaklah diketahui siapakah orang pertama yang memuat naik audio 8D ini ke internet, tetapi merujuk kepada Eddie Kim, penulis bagi jejaring MelMagazine (Kim, 2018), antara lagu yang paling awal diolah menjadi audio 8D adalah Faded oleh Alan Walker. Selepas itu, banyak lagu lain telah diolah dan anda boleh lihat hasilnya sendiri di aplikasi Youtube di peranti masing-masing.

Pengolah audio 8D ini sebenarnya mencuba untuk ‘menggerakkan’ audio ke sekeliling anda, dengan keupayan rakaman stereo dari pelbagai arah serta modifikasi menggunakan aplikasi dan perisian (software) yang ada, seterusnya mengambil kira keupayaan deria pendengaran manusia dan hasilnya terciptalah audio 8D seperti yang ada.

Dari kemahiran amatur, muzik yang terhasil amatlah mengasyikkan. Tidak terjumpa lagi komen-komen negatif berkenaan audio 8D tertulis di ruangan komen, adapun kebanyakan komen ialah perasaan teruja dan permintaan banyak lagu lain kepada sang pemuatnaik.

https://www.youtube.com/watch?v=8aTEOE-w-hg Again (FMA OP1)

Begitupun proses modifikasi ini bukanlah semudah menekan butang-butang semata. Pemilik akaun Aviion Music (https://www.youtube.com/channel/UCQ6_NxBsYjMRs_ENuOVkpTg) mengatakan audio 8D yang sempurna bukanlah sekadar mendengar lagu tersebut dimainkan dari hadapan dan belakang sahaja, tetapi muzik termain di sekeliling anda, seperti mengikut ke mana sahaja otak anda ingin memainkan lagu tersebut, kiri kanan mahupun dari arah atas kepala.

Asasnya, teknologi audio 8D ini tidak lain adalah percubaan untuk menambah baik teknologi rakaman binaural, yang bermaksud meletakkan  bunyi dan suara dalam ruang relatif kepala manusia. Rakaman binaural tercipta dari rakaman dua mikrofon yang diletakkan pada orientasi yang sama dengan telinga anda, di mana fasa atau delay ketika bunyi tersebtu dimainkan semula mencipta ilusi audio berarah (directional audio), seterusnya memberi gambaran kepada pendengar seakan berada di dalam bilik atau konsert. Rakaman binaural ini paling jelas dirakam pada pautan berikut:

https://youtu.be/IUDTlvagjJA – Virtual Barber Shop.

Kini anda tidak lagi perlu menghadiri konsert artis kesayangan anda, dengan tiket beratus ringgit, hanya untuk menikmati muzik terbaik untuk telinga anda. Cukuplah sekadar layaran internet yang laju, dan sepasang peranti dengar di telinga.

Nikmatilah!

Rujukan:

1.      Eddie Kim (2018). Why Are So Many Dudes Losing Their Shit Over 8d Audio?: https://melmagazine.com/en-us/story/why-are-so-many-dudes-losing-their-shit-over-8d-audio


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.