Teknik Yang Diharamkan Dalam MMA

1,854

Untuk pengetahuan anda, Mixed Martial Art atau yang lebih dikenali sebagai MMA merupakan sejenis sukan perlawanan yang membolehkan kedua-dua pihak lawan menyerang dengan pelbagai cara. Daripada menvmbuk, meny3pak, grappling dan lain-lain untuk kedua-dua peserta sama ada dalam posisi berdiri mahupun berbaring.

Untuk kejohanan sukan ini, kita dapati pelbagai pertandingan wujud pada ketika ini termasuk Ultimate Fighting Championship (UFC), ONE Championship, K1 dan lain-lain kejohanan yang dilangsungkan di seluruh dunia. Walaupun sukan ini masih belum diperkenalkan dalam Olimpik, tetapi, Ianya masih lagi dikenali sebagai sejenis sukan.

Disebabkan itu, pastilah ada peraturan-peraturannya yang tersendiri. Pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan peserta didiskualifikasikan (DQ), kehilangan satu mata untuk pusingan dan juga amaran yang akhirnya akan membawa kepada kemenangan pihak lawan ataupun tiada pemenang, yang dipanggil sebagai no contest.

Kejohanan ini sudah lama diperkenalkan, dan membawa kita seawal tahun 1900 lagi. Justeru, untuk sukan yang berkembang ini, pastilah ada beberapa kejadian yang tak diingini yang berlaku kepada peserta pertandingan ini seperti kematian, kec4catan kekal mahupun koma. Sebuah committee ditubuhkan bagi setiap kejohanan untuk membincangkan peraturan demi peraturan, dan peraturan serta larangan ini adalah untuk kebaikan para peserta juga sebenarnya, dan menjadikan sukan yang sememangnya amat berbahaya ini kurang bahayanya.

Di sini, saya senaraikan 10 jenis S3rangan yang diharamkan atas beberapa sebab seperti keselamatan, profesionalisme dan juga memudahkan juri untuk membuat keputusan:

  1. S3RANGAN PADA KEMALUAN

Baik lelaki mahupun wanita, S3rangan ke kawasan ini akan menyebabkan kes4kitan yang sangat teruk untuk peserta. Namun, itu bukanlah sebab utama mengapa S3rangan ke bahagian ini diharamkan, sebaliknya, pengharaman ini adalah untuk kesan jangka masa panjang seorang atlet ini. Komplikasi yang timbul daripada S3rangan pada kemaluan ini termasuklah menyebabkan seseorang itu mandul dan sexual dysfunction.

Sekiranya seseorang peserta itu didapati tertumbuk, atau ters3pak pada kemaluan pihak lawannya, masa selama 5 minit akan diberikan untuk pihak lawannya itu recover. Akan tetapi, setelah selepas 5 minit berlalu, dan peserta tersebut masih lagi tidak boleh recover, perlawanan ini akan ditamatkan dengan cara DQ ataupun diisytiharkan sebagai No Contest.

  • MENG0R3K MATA

Sekiranya seseorang peserta itu didapati dengan sengaja meng0r3k mata pihak lawannya, perlawanan boleh dihentikan serta merta, ataupun satu point ditolak untuk si pelaku. Untuk pengetahuan anda, dalam situasi peperangan juga, senjata yang boleh menyebabkan kec4catan pada mata atau buta ini diharamkan sepenuhnya.

Hal ini adalah kerana kec4catan pada visual ini menyebabkan pengurangan kualiti hidup yang agak teruk kepada peserta. Bukan itu sahaja, kehilangan penglihatan juga akan menyebabkan kesan jangka masa panjang yang lebih buruk kepada seseorang.

Ironinya, S3rangan yang menyebabkan kec3der4an pada bahagian tubuh badan yang lain, iaitu yang diterima secara perlahan-lahan seperti bahagian otak dan hati tidak diharamkan kerana mana-mana kajian klinikal masih lagi tidak dapat membuktikan mengenainya setakat ini.

Jika berlaku sekalipun, hal ini dikira sebagai satu jenis risiko yang terpaksa ditanggung oleh peserta yang menceburkan diri mereka dalam arena sukan ini. Juga, ianya menjadi sebab mengapa bayaran yang sangat tinggi diberikan kepada pelawan-pelawan ini yang bertaraf profesional.

  • H3NTAKAN MENGGUNAKAN KEPALA

Bahagian dahi manusia merupakan satu kawasan yang amat keras dan kuat sifatnya pada tengkorak berbanding dengan bahagian tepi dan belakang. Akan tetapi, terdapat risiko yang amat tinggi kerana S3rangan h3adbutting ini amat sukar dikawal kekuatannya memandangkan otot leher manusia ini amat sukar dikawal berbanding dengan bahagian tangan dan kaki.

Sekiranya seseorang itu melakukan h3adbutting dengan terlalu kuat, risiko untuk kedua-dua peserta ini untuk rebah dan mengalami keret4kan pada tengkorak kepala amat tinggi. Untuk pengetahuan anda, seni untuk mendapatkan knock-out atau KO ini adalah untuk meletakkan bahagian tengkorak pada momentum yang amat tinggi, di mana konkusi akan berlaku dan menyebabkan seseorang itu pengsan, dan bukannya dengan cara mer3takkan tengkorak kepala seseorang itu.

Keret4kan pada tengkorak kepala akan menyebabkan risiko kematian yang amat tinggi untuk peserta-peserta yang boleh mendapat pendarahan dalam otak.

  • S3RANGAN DI BELAKANG KEPALA

Tumbukan di belakang kepala sebenarnya tidak memerlukan daya yang tinggi untuk menyebabkan seseorang itu c3der4 parah. Hal ini adalah kerana berbeza dengan bahagian tepi dan hadapan kepala, bahagian belakang kepala ini adalah tempat di mana dua jenis tulang iaitu tengkorak kepala dan tulang belakang bersambung.

Apabila terdapat bahagian yang bersambung ini, maka, daya yang kuat akan menyebabkan keret4kan pada tulang belakang. Keret4kan cervical vertebra ini kesannya hampir sama dengan kec3der4an yang didapati oleh pesalah yang dihukum gantung sampai mati. Juga, kawasan ini menempatkan bahagian otak yang amat penting untuk mengawal fungsi asas badan yang dipanggil sebagai brain stem.

Kec3der4an pada cervical vertebra boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh, manakala kec3der4an brain stem boleh menyebabkan seseorang itu mengalami brain dead. Apakah itu brain dead? Anda boleh klik pautan di bawah kepada video di mana saya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan brain dead ini.

  • S3PAKAN KETIKA PIHAK LAWAN SEDANG BERADA DI ATAS LANTAI DALAM KEADAAN TERDUDUK ATAU TERBARING

Mana-mana peserta yang berada di atas gelanggang yang berada dalam posisi grounded, yang bermaksud mana-mana bahagian badan selain dariapda tapak tangan dan tapak kaki yang menyentuh lantai gelanggang tidak dibenarkan untuk diserang menggunakan kaki seperti meny3pak dan memijak pada kepala.

Hal ini adalah kerana dalam keadaan kepala manusia yang lebih rendah daripada pinggang seseorang yang sedang berdiri, kekuatan s3pakan yang diterima pada bahagian kepala menjadi sangat tinggi sehinggakan boleh membunuh pihak lawan secara serta-merta.

Dalam street fight atau pergaduhan yang berlaku di luar, s3pakan inilah yang mampu membunuh seseorang, walaupun yang meny3paknya itu tidak menerima apa-apa latihan di dalam seni mempertahankan diri. Justeru, S3rangan seperti ini diharamkan sepenuhnya.

  • MENGH3MPAS MUSUH KE ATAS LANTAI DI BAHAGIAN KEPALA TERLEBIH DAHULU

Untuk peminat WWE, anda pasti pernah melihat undertaker melakukan gerakan smackdownnya yang dipanggil sebagai t0mbstone. Pergerakkan tersebut merupakan pergerakkan yang diubahsuai daripada gerakan yang dipanggil sebagai pil3 driv3r atau sp!king.

Terdapat beberapa kes di mana hempasan di atas lantai ini menyebabkan peserta mengalami kep4tahan tengkuk, dan mengakibatkannya lvmpuh seumur hidup. Terdapat juga kes yang menyebabkan kem4tian akibat pergerakkan ini. Justeru, untuk menjaga keselamatan agar perkara ini tidak berlaku, mereka membuat keputusan untuk mengharamkannya sahaja.

  • MENARIK RAMBUT PIHAK LAWAN

Tidak banyak boleh saya katakan di sini yang mana secara mudahnya, menarik rambut musuh ini adalah sesuatu yang nampak tidak profesional, dan untuk tahap MMA, mereka bimbang akan kekuatan atlet ini bakl mengoyakkan kulit kepala pihak lawannya.

Sebenarnya, untuk mana-mana pergerakkan yang bertujuan untuk mengoyakkan kulit ini diharamkan kerana ianya tidak akan menyebabkan seseorang itu mengalami KO, akan tetapi kes4kitan dan kengerian boleh terjadi menyebabkan MMA kehilangan ramai daripada penontonnya.

Ala, senang cerita, kalau anda menonton MMA contohnya perlawanan di antara Connor McGregor dengnan Khabib sekalipun, takkanlah anda nak melihat mereka menarik rambut atau janggut antara satu sama lain kan?

  • S3RANGAN SIKU 12-6

12-6 elbow adalah salah satu S3rangan di mana seseorang pihak lawan menyerang lawannya yang sedang grounded daripada posisinya yang sedang berdiri, menggunakan daya berat badannya untuk menyerang secara langsung kepada pihak musuh dalam pergerakkan vertikal ini.

12-6 ini merujuk kepada nombor jam analog yang akan membentuk garis lurus menegak sekiranya anda melukis satu garisan menyambungkan kedua-dua nombor ini untuk menerangkan bagaimana gerakan ini dilakukan.

Menyiku musuh dibenarkan, tetapi, 12-6 elbow ini memang langsung tidak dibenarkan memandangkan kecenderungannya untuk memberikan kec3der4an yang terlalu teruk kepada pihak lawan terutama sekali di bahagian kepalanya.

  • MENARIK MANA-MANA RONGGA TERBUKA

Sama seperti menarik rambut pihak lawan, perbuatan seseorang itu menyerang dengan pergerakkan untuk meng0yakkan rongga pihak lawan yang terbuka, seperti lubang hidung, mulut dan juga dubur ini diharamkan atas sebab yang sama. Mana-mana peserta yang berbuat demikian secara sengaja akan dibatalkan perlawanannya serta-merta.

Takkanlah anda nak lihat peserta MMA yang meng0yakkan lubang dubur pihak lawanya pula kan?

  1. MENGG!GIT MANA-MANA ANGGOTA PIHAK LAWAN

Hal ini memang terang-terangan bukan? Kajian menunjukkan sekiranya anda digig!t oleh anjing, kucing atau manusia, risiko yang paling tinggi untuk anda mendapat pelbagai jenis kuman yang berbahaya, yang akan menyerang bahagian organ dalaman yang lain seperti jantung adalah paling tinggi sekiranya anda digig!t oleh seorang manusia.

Mana ada orang yang berselera untuk mengg!git pihak lawannya, tambahan lagi peserta ini semuanya memakai mouth guard untuk melindungi rahang dan gigi mereka, kecualilah jika anda bernama Suarez mahupun Mike Tyson.

EXTRA 1 – MEMEGANG PAGAR PADA GELANGGANG PERLAWANAN

Ini adalah extra pertama memandangkan memegang pagar ini bukanlah dikira sebagai S3rangan. Akan tetapi, ini boleh menyebabkan sedikit unfair advantage kepada satu pihak lawan, dan oleh yang sedemikian, pergerakkan ini tidak dibenarkan, dan mana-mana peserta yang berbuat sedemikian akan menerima amaran dan juga penolakkan satu mata dalam pertandingan ini andai kata ianya tidak berakhir dengan DQ, KO atau TKO

EXTRA 2 – S3RANGAN KATA-KATA MENGHINA YANG MELAMPAU

Kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang. Justeru, ianya diharamkan, lagipun, anda akan kelihatan tidak profesional sekiranya anda tak habis-habis men’taunting’ musuh anda secara berlebihan, walaupun ianya digunakan sebagai satu strategi untuk menyebabkan kemarahan pada pihak lawan,dan akhirnya akan mmempunyai kecenderungan untuk dia melakukan kesilapan.

Terdapat juga beberapa S3rangan yang tidak dapat saya masukkan ke dalam senarai kerana ketiadaan gambar, seperti memaniuplasikan sendi-sendi jari, memegang kurang daripada 4 jari pihak lawan, membaling pihak lawan keluar dariapda gelanggang dan lain-lain. Justeru, saya harap perkongsian ini dapat menambahkan seditkit ilmu pengetahuan anda dalam bidang sukan MMA ini.

RUJUKAN:

  1. UFC Rules of MMA https://www.ufc.com/unified-rules-mixed-martial-arts
  2. MMA Rules for Dummies https://www.dummies.com/sports/mixed-martial-arts/rules-of-mixed-martial-arts-fighting/

Artikel berkaitan sukan perlawanan https://www.thepatriots.asia/perlawanan-yang-mengubah-dunia/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.