Teknik-Teknik Asas Permainan Video Bola Sepak FIFA

523

https://bit.ky/kombowww

Di dalam dunia bola sepak sebenar, banyak pertembungan taktikal-taktikal di antara pengurus pasukan yang ternama. Pada era bola sepak moden ini, nama seperti Jurgen Klopp, Zidane dan Pep Guardiola bukan lagi asing.

Taktikal yang sukar dibaca lawan ini yang memberi pelbagai kejuaraan kepada mereka sejak musim 2010. Ramai yang masih tidak mengetahui bahawa di dalam permainan video FIFA juga, pemilihan taktikal sangat penting selain daripada penggunaan formasi yang betul.
Hal ini akan membantu anda untuk mengesan kelemahan lawan dengan cara lebih cepat.

Custom Tactic paling asas di dalam FIFA.
Defensive style: Balanced
Width: 3 bars
Depth: 3 bars

Tujuan untuk meletakkan jumlah 3 bar untuk width dan depth adalah untuk memastikan kesemua pemain bertindak pantas untuk ke posisi menyerang apabila melakukan transisi dari bertahan ke menyerang.

Jadi dengan pemilihan taktikal ini, secara tidak lansung akan membantu pasukan untuk mengekalkan formasi yang kompak semasa diasak dan bergerak dengan serangan apabila menyerang.

Offensive Style: Balanced
Widths: : 4 bars
Players in a box: 4 bars

Penggunaan taktikal menyerang ini boleh dikatakan agak seimbang kerana dengan width yang diletakkan hanya 4 bar, keadaan di sisi padang susah untuk dikawal oleh pasukan lawan.

Selain itu, pemain yang berada di dalam kotak penalti juga tidak terlalu ramai supaya dapat mengelakkan pasukan terkena serangan balas pantas.

Set-piece
Corners: 4 bars
Free kick: 4 bars

Bagi taktikal bola mati pula, 4 bar yang diberikan ini untuk memastikan bilangan pemain yang berada di posisi menyerang dan juga posisi bertahan seimbang. Taktikal ini penting apabila skor semasa masih lagi terikat dengan jaringan seri.

Kedudukan pemain-pemain akan disusun secara automatik untuk memastikan serangan boleh dibina, dan juga pintu gol sendiri boleh dipertahankan. Di dalam permainan video FIFA, custom tactics merupakan perkara yang paling banyak dibiarkan tanpa diusik oleh pemain-pemain kasual ataupun amatur.

Mereka beranggapan taktikal asal pasukan yang dipilih mereka sudah memadai jika ingin bermain.

Pada hemat pemain-pemain profesional, mereka akan menyediakan sehinga 4 taktikal untuk satu perlawanan. Setiap taktikal ini akan digunakan bergantung mengikut situasi yang dihadapi.

Membiasakan diri dengan pelbagai jenis taktikal akan membantu anda menjadi pemain FIFA yang lebih baik.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.