Tekanan Kesempurnaan Punca Pembvnuhan Diri Selebriti Jepun

934

https://bit.ky/kombowww

Bagi peminat Miss Sherlock yang pernah ditayangkan di HBO Asia, pasti ramai mengagumi watak Sara Shelly Futaba yang dibawa oleh Yuko Takeuchi. Tetapi tiada siapa pun menyangka pada akhir bulan lepas, pelakon drama Asuka itu memilih mengambil ny4w4nya sendiri.

Tahun ini saja, Jepun menyaksikan empat selebriti terkenal mengambil ny4w4 mereka sendiri iaitu Takeuchi, pelakon Sei Ashina dan Haruma Miura serta bintang realiti Hana Kimura.

Rajah 1: Yuko Takeuchi

Selain Kimura, ketiga-tiga bintang ini tidak pernah menunjukkan mereka mengalami tekanan emosi. Malah, bagi sesiapa yang mengenali Takeuchi, mereka mengenalinya sebagai seorang yang profesional, mempunyai hubungan baik dengan semua orang termasuk krew penggambaran dan gembira dengan perkahwinan keduanya bersama pelakon Taiki Nakabayashi, 35.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan pada Januari lepas selain seorang anak lelaki daripada perkahwinan pertama Takeuchi. Tetapi bagi pemerhati statistik kes bvnvh diri Jepun, kes sebegini memperlihatkan pertambahan kes yang ketara dengan peningkatan kes sebanyak 16% pada Ogos tahun ini berbanding Ogos tahun lepas.

Rajah 2: Yasuyuki Shimizu. Sumber: https://www.japantimes.co.jp/news/2016/03/30/national/social-issues/landmark-new-laws-put-suicide-prevention-front-center/

Dan bila dipecahkan statistik kes mengikut julat umur dan kumpulan jantina, kumpulan remaja wanita dan wanita muda berusia 20-an hingga 30-an mencatat pertambahan sebanyak 74%. Bagi pengarah Pusat Promosi Tindak Balas Bvnvh Diri Jepun, Yasuyuki Shimizu, situasi ini dianggap menyedihkan. “Sebagai masyarakat, kami tidak boleh menunjukkan kelemahan, kami perlu menahan daripada mendedahkannya,” ujarnya.

“Ini bukan sebab mereka tidak boleh berjumpa pakar terapi atau kaunselor tetapi mereka merasakan mereka tidak boleh sama sekali menunjukkan kelemahan mereka kepada orang yang mereka sayang,” tambahnya. Bagi ramai warga Jepun, kes-kes sebegini dikaitkan dengan nilai gaman yang bermaksud ketabahan atau menafikan apa yang berlaku kepada diri.

Penulis pernah menyentuh secara panjang lebar perihal gaman dalam buku Dasar Pandang ke Jepun. Bagi mereka, mereka bergelut menyembunyikan kelemahan diri atau masalah peribadi daripada diketahui orang lain. Bagi para selebriti, tekanannya berlipat kali ganda kerana mereka perlu menunjukkan imej sempurna di depan khalayak awam.

Perkara ini tidak dibantu dengan kehadiran laman media sosial. Bohonglah jika ada selebriti tidak tertekan dengan kemahuan para peminat sentiasa kepinginkan berita figura pujaan mereka menonjolkan naratif kejayaan dan kegembiraan yang berterusan.

Dan apa saja perasaan bersifat negatif, walaupun ia jelas memerlukan bantuan pakar, ia perlu disembunyikan atau dianggap perkara peribadi.

Bagi orang awam, perkara sebegini dianggap lumrah dan memberi tekanan. Tetapi untuk para selebriti Jepun, tekanan yang dialami mereka amat tinggi lebih-lebih lagi bila ia turut dipengaruhi oleh jangkaan ratusan ribu atau jutaan peminat.

Dan mereka cuba berbicara hal sebegini secara terbuka, maka label pesakit mental akan melekat pada diri mereka sekaligus menjejaskan karier mereka sebagai selebriti.

Penerbit televisyen Tamaki Tsuda berkata, “Sekiranya anda seorang figura terkenal dan media mendapat tahu anda mendapatkan bantuan kesihatan mental, mereka akan memberi publisiti buruk sekaligus menjejaskan karier anda.

Jika anda pernah mendedahkan anda berdepan isu kesihatan mental, imej itu akan melekat pada jenama anda selama-lamanya. Dan bila itu berlaku, tawaran kerja yang diterima akan berkurangan.”

Isu pandemik Covid-19 secara tidak langsung turut memberi kesan kepada industri hiburan terutama di Jepun. Banyak urusan penggambaran membabitkan produksi filem dan televisyen terpaksa ditangguhkan atau diubah disebabkan protokol perlindungan Covid-19 yang dikeluarkan kerajaan.

Tsuda menambah, “Ramai penggiat industri hiburan kehilangan kerja mereka selepas pandemik Covid-19, jadi ia merupakan satu tamparan yang hebat. Kebanyakan pelakon diberi jadual kosong oleh agensi-agensi pengurusan mereka sejak beberapa bulan lepas.”

Rajah 3: Yoshihide Suga berjanji mahu menangani masalah kadar bvnvh diri Jepun tetapi tidak menyatakan apa rancangan untuk menanganinya terutama dalam situasi Covid-19.

Bagi Perdana Menteri baru Yoshihide Suga, isu selebriti mengambil nyawa mereka sendiri merupakan sesuatu yang serius. Mereka bimbang ia boleh memberi inspirasi kepada peminat-peminat mereka terutama yang mempunyai isu kesihatan mental melakukan perkara sama.

Justeru, tidak hairanlah mengapa ketua setiausaha kabinet Suga, Katsunobu Kato mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas kem4t1an Takeuchi, “Bagi memastikan masyarakat merasa tidak terasing dengan kebimbangan mereka, kita harus bekerjasama untuk membina masyarakat yang menyokong dan membantu antara satu sama lain.”

Tetapi bagi ramai pakar psikologi dan aktivis anti-bvnvh diri, janji sebegini bersifat kabur. Atau lebih tepat, sekadar menanam tebu di bibir. Profesor Michiko Ueda, pakar sains politik dari Universiti Waseda berkata, “Mereka kata kita patut mewujudkan masyarakat di mana tiada siapa pun patut merasa kesunyian. Tetapi tipikal dengan kerja perancangan kerajaan Jepun, tiada sebarang rancangan. Kita tidak boleh mengubah masyarakat dalam satu hari.”

RUJUKAN:

Hida, Hikari dan Rich, Motoko. (2020). The Pressure to Be Perfect Turns Deadly for Celebrities in Japan. New York Times. https://www.nytimes.com/2020/10/05/world/asia/japan-suicide-celebrities.html

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.