Teka-Teki Seekor Sphinx

0
1706
views
Full Sphynx Profile Pyramid Giza Egypt

“Apakah yang berjalan empat kaki pada pagi hari lalu berjalan dengan dua kaki pada waktu tengahari dan berjalan dengan tiga kaki pada petang hari?”

Kepada sesiapa yang pernah mendengar soalan ini dimana-mana, maka ketahuilah bahawasanya ayat ini merupakan sebuah teka-teki yang diambil daripada sebuah kisah mitos dari Greek kuno yang mengaitkan dengan legenda monumen berkepala manusia berbadan singa yang terkenal di seluruh dunia iaitu Sphinx.

Diambil daripada kisah mitos Greek, Sphinx merupakan seekor makhluk yang berbadan singa, berwajah wanita, berambut panjang dan mempunyai dua belah kepak seakan burung dan bersemayam di sebuah lokasi berdekatan dengan laluan utama ke kota kuno Dinasti Mesir, Thebes. Tugasnya adalah menyebarkan kehancuran dan menurunkan bala atau nasib yang buruk.

Mengikut daripada pelbagai kisah, makhluk Sphinx ini akan berada di luar kota Thebes. Dia akan menunggu ketibaan para pengembara atau sesiapa pun yang ingin bertandang ke kota itu.

Apabila para pengembara ini ditahan oleh Sphinx, maka mereka harus menjawab teka-tekinya dengan jawapan yang benar. Sekiranya jawapannya itu salah, maka riwayat hidup pengembara itu akan berakhir di dalam tangan Sphinx dengan dihukum dengan sumpahan mati dalam keadaan yang sadis.

Ya. Tinggalkan mayat yang menarik untuk kepuasan seekor Sphinx.

Waqaf Saham

Kejahatan Sphinx yang semakin menjadi-jadi ini tidak boleh dibiarkan, maka datanglah seorang pahlawan mitos Greek pula iaitu, Oedipus.

(Oedipus ini digambarkan juga sebagai salah seorang raja Greek mitos yang terkenal dengan kebijakkannya yang luar biasa).

Oedipus menyahut cabaran ini dengan pergi seorang diri berjalan di laluan yang dijaga oleh Sphinx. Tatkala Sphinx bertanya soalan yang sama ini kepada Oedipus, maka teka-teki permainan si Sphinx ini dijawab oleh Oedipus dengan jawapan yang pendek sahaja berserta dalil-dalil yang menguatkan keutuhan jawapannya itu.

Sphinx yang kecewa kerana soalannya dapat dirungkaikan dengan mudah tanpa kesalahan yang sedikitpun dari Oedipus, maka tanpa membuang masa (kerana masa itu emas), dia mengambil keputusan terakhir untuk membunuh diri dengan melompat dari sebuah gunung batu yang tinggi.

Dengan terungkainya sebuah teka-teki sumpahan ngeri ini dan kematian Sphinx secara sukarela, akhirnya kota Thebes menjadi selamat selamanya dari segala ancaman makhluk jahat buat selama-lamanya.

Jadi, apakah sebenarnya jawapan Oedipus kepada Sphinx tersebut?

Anda tahu?

P/S: Sesiapa yang menjawab salah, aku sumpah dia jadi batu giling dapur