Teguran Untuk Malay Mail – Melayu Bukan Asal Indonesia

36552
views

Aku triggered sikit dengan laporan Malay Mail ini.

Tak, tiada masalah dengan laporan Bangsar South dinamakan semula sebagai Kampung Kerinchi, cuma penyifatan suku Kerinchi sebagai “Indonesian migrants” tidak tepat kerana:

Pertama, negara “Indonesia” tidak wujud pada waktu itu, yang ada hanya “Dutch East Indies” (Hindia Timur Belanda) yang wujud sejak 1800. Suku Kerinchi berasal dari Kesultanan Jambi di Sumatra yang dikuasai oleh Belanda sekitar 1850-an. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu untuk mengelak pemerintahan Belanda yang zalim.

Orang yang hidup di Prague sekitar tahun 1800 tidak dinamakan “Czech” kerana Czech Republic belum wujud, yang ada hanya Bohemia. Orang yang lahir di Berlin sekitar 1700 ialah “Prussian”, bukan “German” kerana waktu itu tak ada Germany. Hanya selepas German Confederation ditubuhkan pada tahun 1815, baru wujud identiti German.

Jadi perkataan yang lebih tepat “migrants from present-day Indonesia”. Kalau nak selamat, guna istilah geografi bukan politik: “Sumatran”. Macam kalau nak rujuk orang Turki di zaman kuno, kita panggil “Anatolian”. Orang Sepanyol sebelum ada Spain, kita panggil “Iberian” kalau kau pening kepala dengan sejarah Granada, Castille dan Aragon semua tu.

Kalau tak tau nak guna istilah apa, jangan malu bertanya orang sejarah, mereka mesti ada perkataan yang sesuai. Jarang ada sejarawan tulis “Prophet Muhammad was born in Mecca, Saudi Arabia” kerana Arab Saudi hanya wujud sejak 1932 sedangkan Rasulullah lahir 570. Yang tepat ialah “Mecca, Arabia” atau “Mecca, Hejaz”.

Kedua, tiada perlunya menekankan “Indonesian migrants” kerana Kerinchi dianggap sebagai orang Melayu (anak dagang) bersama-sama suku-suku dari Sumatra seperti Minangkabau, Batak dan Rawa. Orang yang bernama “Nasution” ni ialah keturunan Mandailing/Batak yang berasal dari utara Sumatra. Tapi kau tak perlu panggil mereka sebagai “Indonesian descendant”.

Semenanjung Melayu dan Sumatra merupakan “Malay homeland” untuk beribu tahun sebelum dipisahkan melalui Anglo-Dutch Treaty 1824. Jadi orang free to move here and there tanpa restriction. Sang Nila Utama berhijrah dari Palembang ke Singapura, Parameswara dari Singapura ke Melaka, tak ada orang panggil mereka pendatang atau penjajah.

Mungkin orang kata “lah hal kecil je pun, asal orang faham sudah”.

Tapi orang dalam bidang sejarah dan sains sosial memang particular sikit dengan benda-benda macam ini sebab ia ada kesan terhadap pemahaman kita tentang identiti kenegaraan dan kebangsaan.

Tindakan mengkategorikan orang Kerinchi, orang Minangkabau, orang Jawa, orang Bugis sebagai “Indonesian” ini yang membawa kepada polemik “Melayu pun pendatang”. Then start lah orang pertikai ini itu. Buang masa.

Orang Melayu yang terima dakyah “kita semua pendatang” tanpa usul periksa akan ada rasa inferior “lah aku pun pendatang je”, dan mulalah hilang semangat untuk pertahankan jati diri.

Orang bukan Melayu pula jadi semakin sukar untuk berlapang dada menerima asas-asas kebangsaan seperti Raja-raja Melayu, kedudukan “indegeneity” Melayu dan sebagainya. Bagi mereka, “lah Melayu pun pendatang macam kami, kenapa mereka ada keistimewaan”?

Akhirnya kita hari-hari berpolemik tentang identiti, tak boleh fokus benda yang lebih tinggi. Orang Perancis, Jerman, Jepun, Korea, hatta Indonesia boleh maju ke depan sebab mereka dah settle dan move on bab identiti.

Kajilah sejarah negara dan bangsa dengan lebih mendalam dan guna istilah yang lebih tepat untuk berlaku adil kepada generasi lepas, generasi semasa dan generasi akan datang.