Baru-baru ini, aktivis pemuliharaan haiwan liar Australia bergembira apabila seekor Tasmanian devil berjaya melahirkan tujuh ekor anak di Taman Negara Barrington Tops di New South Wales. Kelahiran ini merupakan yang pertama disaksikan di tanah besar Australia sejak 3,000 tahun yang lalu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Haiwan ini merupakan sebahagian daripada projek perintis untuk mengembalikan Tasmanian devil ke habitat semulajadinya di tanah besar Australia. Pada tahun lepas, 26 ekor spesies haiwan itu termasuk tujuh devil betina diperkenalkan di Barrington Tops yang berkeluasan 988 ekar. Usaha pemuliharaan spesies Tasmanian devil membabitkan beberapa pihak iaitu Aussie Ark, Re:wild dan WildArk.

Program pemuliharaan Tasmanian devil bukan saja untuk memeliharanya daripada an.ca.man kepupusan tetapi untuk memastikan populasi kucing liar dan musang daripada bertambah. Tasmanian devil kini hanya boleh dilihat di Tasmania selepas ia diburu sehingga pupus di tanah besar Australia. Kepupusan ini didorong oleh pemburu Aboriginal yang bersaing dengan dingo yang memburu secara berkumpulan.

Dan terkini mengikut data Aussie Ark, populasi haiwan itu turut dian.ca.m oleh penyakit kanser muka yang mengakibatkan 90% spesies haiwan berkenaan ma.ti. Walaupun Tasmanian devil sudah boleh beradaptasi dengan se.ra.ngan penyakit itu, ia masih lagi berdepan an.ca.man kepupusan. Mengikut Senarai Merah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), ia disenaraikan sebagai haiwan yang hampir pupus dengan 25,000 ekor spesies ini masih wujud hari ini.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tujuh ekor anak devil ini dilahirkan selepas ibu mereka mengandung selama tiga mi3nggu. Kesemua anak devil ini kemudiannya akan diletakkan dalam kantung ibu mereka dengan tumbesaran anak-anak haiwan ini akan dipantau oleh aktivis. Menurut Presiden Aussie Ark, Tim Faulkner, ia dilihat satu permulaan baik kepada projek ini dan diharap dapat membuka jalan kepada Tasmanian devil kembali berkeliaran di tanah besar Australia.

RUJUKAN:

Dvorsky, G. (2021). For the First Time in Millennia, Tasmanian Devils Have Given Birth in Australia. Gizmodo.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.