Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA bukan lagi satu jasad asing bagi masyarakat Islam khususnya di Nusantara. Beliau merupakan sosok yang membawa umat kepada pandangan sebenar mengenai kehidupan, khususnya dalam pandangan manusia mengenai Islam. HAMKA banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang membawa masyarakat untuk mengenal dan menilai sendiri kehidupan ini dan antara mahakarya beliau yang menuju maksud tersebut ialah Tasawuf Moden.

Karya Tasawuf Moden ini lebih kepada bercerita kepada umum mengenai bahagia dan kebahagiaan, sesuai dengan tajuknya; Tasawuf Moden: Menuju Kebahagiaan Yang Hakiki. HAMKA memulakan penyelidikan mengenai bahagia kerana beliau menyedari bahawa setiap manusia mempunyai pandangan berlainan mengenai makna bahagia. Ada yang mengandalkan bahagia kepada harta dan kekayaan, namun tidak kurang yang mempasakkannya pada kemuliaan masyarakat terhadap individu tersebut kerana baginya, harta tidak dapat dibawa kemati namun nama yang baik tetap diingat orang. Maka, HAMKA telah berjaya mengutip pendapat-pendapat tokoh mengenai bahagia.

  • Yahya Bin Khalid Al-Barmaky, seorang wazir terkenal Daulah Abbasiyah berpendapat bahawa kebahagiaan akan dikecapi oleh seseorang itu melalui sentosa perangai, kuatnya ingatan, bijaksana akal serta tenang dan sabar menuju maksud.
  • Seorang penyair Rasullah S.A.W, Zaid Bin Thabit pula berpendapat bahawa jika petang dan pagi seorang manusia telah beroleh aman sentosa daripada gangguan manusia, maka itulah dia orang yang bahagia,
  • Ahli sejarah Islam, Ibnu Khaldun berpendapat bahawa bahagia ialah tunduk dan patuh atas garis-garis yang ditetapkan Allah SWT dan garis-garis perikemanusiaan.
  • Ar-Razi, seorang tabib Islam terkenal mengatakan bahawa kebahagiaan seorang tabib ialah apabila dia dapat mengubati pesakit tanpa menggunakan ubat, namun dengan hanya mengawal cara pemakanannya.
  • Imam Al-Ghazali yang merupakan seorang ulama tasawuf berpendapat bahawa bahagia dan kelazatan sejati ialah apabila dapat mengingati Allah SWT. Beliau juga membahagikan elemen-elemen kesempurnaan bahagia kepada tiga iaitu : (i) kekuatan marah, (ii) kekuatan syahwat, dan (iii) kekuatan ilmu. Ketiga-tiga elemen ini harus berada pada tahap yang optimum, tidak boleh terkurang dan terlebih.
  • Sayyidina Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah telah membahagikan akal kepada tiga bahagian, siapa yang mempunyai ketiga-tiga bahagian itu, maka sempurnalah akalnya, kalau kekurangan walau sebahagian, tidaklah dia dikira berakal.” Baginda bersabda bahawa ketiga-tiga bahagian tersebu ialah makrifat kepada Allah, taat kepada Allah dan sabar atas ketentuan Allah. HAMKA menyimpulkan sabda tersebut bahawa kepada kesempurnaan akallah kesempurnaan bahagia tersebut.

Selesailah kepada kutipan-kutipan pandangan daripada tokoh-tokoh Islam, maka beralih kepada pendapa-pendapat daripada ahli-ahli dari belahan dunia Barat.

  • Aristotles berpendapat bahawa bahagia bukanlah suatu perlakuan untuk manusia namun berbeza menurut corak dan ragam orang yang mencari. Kebahagiaan itu kesenangan yang dicapai oleh setiap orang mengikut kehendaknya.
  • Ada juga golongan yang berputus asa dalam mencari kebahagiaan, sebagai contoh Hendrik Ibsen, seorang penggiat seni dari Norway berkata bahawa mencari kebahagiaan itu hanya menghabiskan umur sahaja kerana semakin kita berusaha mendekati kebahagiaan, semakin jauh kita dari kebahagiaan itu. Pandangan ini disokong oleh Thomas Hardy, seorang penyair United Kingdom.
  • Namun, seorang penulis Rusia, Leo Tolstoy menyanggah dan menuduh kenyaraan Ibsen dan Hardy sebagai orang-orang yang berputus asa. Tolstoy berpendapat bahawa mereka berasa berputus asa mencari bahagia kerana mereka mengkehendakkan kebahagiaan tersebut hanya untuk diri sendiri, bukan untuk maslahat banyak orang. Pandangan ini juga dipegang oleh Bertrand Russel (kalau-kalau nonton filem “The Man Who Knew Infinity, dia ada dalam filem dan kawan kepada GH Hardy.)
  • George Bernard Shaw menanmbah pada pendapat Leo Tolstoy tersebut bahawa kita harus mempelajari segala apa yang sudah terjadi daripada golongan-golongan yang sesat dan jatuh sebelum ini dalam mencari kebahagiaan. Kita harus mencari jalan yang lain. Beliau juga mempunyai firasat pada abad ini, dunia akan menumpu pada Islam sebagai wadah pencarian kebahagiaan tersebut.

Sebegitulah pandangan-pandangan tokoh dan ilmuwan dari Timur dan Barat mengenai bahagia dan kebahagiaan. Dapatlah disimpulkan bahawa kebahagaiaan merupakan sesuatu benda yang subjektif. Erti kebahagiaan tersebut kembali kepada diri sendiri dan harus bertanyakan mengenai kehendaknya dalam menuju kebahagiaan tersebut.

Artikel disumbangkan oleh NZ Tjokroaminoto untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.