Tarian Haka Dalam Piala Dunia Ragbi

1,066

Sebenarnya, bukan semua tarian perang yang kau tonton dalam Ragbi Piala Dunia 2019 ni namanya ‘Haka’. Tarian perang Maori dengan nama ‘Haka’ ni unik hanya untuk All Blacks dari New Zealand sahaja.

Dalam Ragbi Piala Dunia kali ni, selain ‘Haka’, semalam dapat tengok gak Fiji punya ‘Cibi’, (disebut ‘thimbi’), Tonga denga ‘Sipi Tau’ dan baru kejap tadi ni Samoa punya ‘Siva Tau’ sebelum start game lawan Russia ni.

Dalam banyak-banyak ‘war dance’ ni, tetap Haka jugalah yang paling sedap dan menaik sekali. Meremang bulu roma bila tengok. Haka ni pun yang paling kita biasa tengok, ada macam-macam versi, dan ada untuk versi wanita juga. Malah Haka juga ada banyak kontroversi yang jadikan tarian perang Maori ini sangat popular.

Ragbi Piala Dunia kali ini menyaksikan kapten All Blacks, Kieran Read sendiri yang lead ritual ‘Haka’ sebelum mula perlawanan bersama dengan ‘Haka’ leader mereka yang biasa iaitu TJ Perenara.

Kedua sedap, dan kedua paling awal ditarikan dalam perlawanan ragbi selepas Haka ialah ‘Cibi’ oleh Fiji, tapi Fiji ni ada tarian perang mereka yang lebih agresif iaitu ‘Bole’.

Bezanya dengan ‘Cibi’ selain dari segi lirik, gaya dan gerakan persembahan, ‘Bole’ dipersembahkan sebelum bermulanya perang dan bukan seperti ‘Cibi’ yang ditarikan selepas memenangi perang. Pasukan Fiji selalu selang seli antara ‘Cibi’ dengan ‘Bole’ ni, tak tetap pendirian betul.

Jadi begitulah, penat hakak tulis ni, sekarang kau dah tahu, jangan pulak semua tarian perang tu kau main petik nama dia ‘Haka’ nokk.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.