Artikel kali ini daripada saya agak santai sedikit, tetapi kita tetap akan belajar sesuatu daripadanya. Sengaja saya memilih topik berkaitan dengan hantu, tetapi cuba mengaitkannya dengan sejarah yang sebenar untuk turut menarik ramai pembaca halaman Patriots menjadi pencandu sejarah seperti saya. Jadi, ini ialah 7 tapak perang berhantu berserta fakta ringkas mengenainya untuk menambahkan lagi pengetahuan am kita.

1. Muzium Perang Batu Maung, Pulau Pinang

Encik Johari, individu yang bertanggungjawab membuka muzium perang berkongsi cerita dengan admin kami ketika lawatan kami ke-sana pada 2016

Sebagai rakyat Malaysia yang sangat patriotik dan sayangkan negara, saya mengatakan bahawa yang perlu mendahului artikel ini adalah tapak perang di Malaysia. Selepas memikirkan tapak perang yang paling perlu dimasukkan ke dalam artikel ini, maka saya datang dengan Muzium Perang Batu Maung.

Muzium Perang ini dibina di atas sebuah tapak kubu British yang dibina ketika 1930 dahulu dan berfungsi sebagai sebuah kubu tentera buat British sebelum jatuh ke tangan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Kubu itu dijadikan sebagai tempat memenjarakan, menyeksa dan membunuh tentera British dan bersekutu oleh Jepun. Apabila perang dunia kedua tamat, kubu dan bukit yang juga dikenali sebagai Bukit Hantu ini ditinggalkan orang.

60 tahun kemudian, datang Encik Johari (dalam gambar) yang merancang untuk membuka semula tapak perang ini untuk dijadikan muzium. Pelbagai cabaran dihadapi oleh beliau ketika membuka tapak ini, salah satu daripadanya ialah pekerjanya dikacau oleh makhluk halus. Tidak hairanlah tapak peperangan ini dinobatkan sebagai salah satu daripada 7 lokasi paling berhantu di Asia!

2. Tapak Pertempuran Gettysburg, Amerika Syarikat

Gettysburg kini menjadi salah satu daripada tempat tumpuan pelancong di USA

Lokasinya di USA. Ia adalah tapak pertempuran paling berdarah ketika Perang Saudara Amerika suatu masa dahulu. Dan sehingga hari ini, tapak ini dikenali sebagai tapak peperangan paling berdarah di USA. Ia berlaku antara tentera Konfederasi (Selatan) melawan Union (Utara). Dianggarkan nyawa yang gugur berjumlah dalam 50, 000 orang.

Legenda yang tersebar berkaitan dengan tapak peperangan itu biasanya melibatkan kisah seperti bangunan, sebagai contoh Ladang Lady Daniel, yang dijadikan sebagai tapak hospital ketika peperangan. Kononnya roh-roh tentera yang gugur yang pernah mendiami tapak sementara hospital peperangan masih menghantui bangunan berhampiran dengan Gettysburg. Atau tidak lupa juga di Cashtown Inn, di mana tempat pertama pembunuh berlaku, yang di mana pemilik Inn tersebut mendakwa memiliki bukti bergambar mengenai penampakkan makhluk halus.

3. Pertempuran Passchendaele, Perang Dunia Pertama

Salah satu tapak Perang Dunia Pertama dahulu yang melibatkan antara Kuasa Bersekutu dan juga Kuasa Tengah. Dalam perang ini, pasukan Kuasa Bersekutu dianggotai oleh British, Kanada, New Zealand, Afrika Selatan menyerang tentera Jerman. Korban yang terjadi dalam perempuran yang teletak di Belgium memakan nyawa sehingga 400, 000 orang daripada kedua-dua pihak. Dikatakan juga hampir 100, 000 nyawa yang gugur tidak dapat dibezakan lagi. Tambahan ketika pertempuran berlaku, hujan lebat dan lumpur benar-benar memainkan peranan, menambahkan lagi kerosakkan pada mayat.

Muzium memorial mengenai Pertempuran Passchendaele

Hari ini, kampung yang berdekatan dengan tapak perang ini seringkali menjadi tempat angker yang menarik pelbagai aktiviti paranormal seperti bunyi yang selalu menjadi latar hiasan peperangan seperti tembakan, jeritan, tangisan dan pelbagai lagi bunyi-bunyi menarik, tetapi menyeramkan.

4. Pertempuran Stalingrad

Lebih dua juta nyawa gugur dalam pertempuran ini, menjadikan Stalingrad sebagai salah satu pertempuran paling berdarah dalam sejarah dunia. Sehingga hari ini, kita masih mengenangkan betapa pertembungan antara Soviet dan juga Nazi yang berebutkan penguasana mereka ke atas kota ini yang berlangsung selama lebih lima bulan.

Hari ini, hampir semua bahagian kota yang menjadi tapak peperangan ini dikatakan seringkali dihantui oleh pelbagai nyawa yang gugur ketika itu. Banyak juga kisah-kisah seram berkaitan dengan Stalingrad yang berkaitan dengan hantu-hantu tentera yang mati ini meneruskan hidup mereka seperti biasa, di tempat yang mereka biasa hidup, seolah-olah tidak pernah menyedari bahawa mereka sudahpun mati.

5. Perang Mawar, England

Salah satu babak menarik dalam perang Eropah dikenali sebagai Perang Mawar. Salahg satu tapak pertempuran dalam Perang Mawar ialah di Towton yang berlaku pada tahun 1941. Dalam pertempuran ini, betapa 30, 000 orang gugur. Kisahnya, setiap 7 tahun pekan Towton akan berhadapan dengan ribut salji yang sangat lebat. Barangsiapa yang keluar dari rumah ketika ribut salji itu, mereka akan melihat halunisasi seolah-olah Perang Mawar masih berlaku, dan pertempuran masih lagi berterusan sehingga ke hari ini.

6. Tapak Battleship Island

Kalau kita sinonim dengan filem Korea Selatan tentang Battleship Island yang memaparkan tentang keadaan diktatorial Jepun yang menyeksa tawanan-tawanan Korea ketika Perang Dunia Kedua untuk melakukan aktiviti mengorek arang arang, kita tentu tahu bahawa betapa banyak nyawa yang melayang. Hari ini, tapak pulau ini dikenali sebagai salah satu tempat berhantu di Jepun, di mana kononnya nyawa-nyawa yang melayang ketika dipaksa menjadi buruh paksa di sini masih menghantui pulau ini.

7. Victoria Institution

Di Malaysia ini, sekolah-sekolah berasrama penuh atau biasa, seringkali dikaitkan dengan urban legend bahawa sekolah mereka dikaitkan dengan tapak peninggalan tentera Jepun. Tetapi kebanyakannya adalah khabar angin yang disebarkan oleh senior. Namun, terdapat sebuah sekolah yang memang dikaitkan dengan peninggalan Jepun dahulu. Victoria Insitution, kerana sejarahnya yang panjang, sekolah ini dilabelkan sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan.

Pada 13 September 1945, sekolah ini menjadi tempat menyerahkalah Tentera Imperial Jepun ke-29 kepada British. Oleh kerana usianya yang mencecah ratusan tahun dan dijadikan tapak dan markas tentera Jepun, betapa sekolahnya ini menyimpan urban legend-nya tersendiri yang berkaitan dengan entiti yang dikaitkan dengan peperangan. Contohnya seperti tandas sekolah merupakan tempat Jepun memancung tawanannya atau juga kononnya terdapat jalan bawah tanah yang dibina oleh Jepun untuk melarikan diri ketika diserang oleh musuh.

Penyerahan loceng HMS Malaya kepada TLDM pada tahun 2005

Sekolah ini juga terkenal dengan menyimpan artifak berserjarah, yang juga terdapat kisah hantunya yang tersendiri. Sebuah loceng yang asalnya dari Kapal HMS Malaya yang pernah digunakan semasa perang Dunia ke-2 disimpan di Sekolah Menengah Victoria. Kononnya, selalu sangat loceng ini berbunyi dengan sendiri pada setiap malam. Bahkan, salah satu kepercayaan karut berkaitan dengan loceng ini adalah pernah sekali loceng ini berbunyi dengan sendiri, maka Kuala Lumpur dilanda banjir besar. Pada tahun 2005, loceng ini diserahkan kepada TLDM oleh pihak bersekolah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply