Srikandi diberi maklumat awal, “…bahawa tapak 26 Bukit Meriam diratakan untuk projek paragliding di atas tanah persendirian dan ditaja satu persatuan. Penduduk ada yang menegur kemudian mereka berjanji tidak meneruskan namun seminggu lepas itu ‘mari pulak depa tarah habih lagi teruk’.

Semua batu bata candi dan tapak yang masih belum diekskavasi ditolak dan di ‘level’ dengan tanah habis. Seorang penduduk tempatan tidak berdaya buat apa lagi lalu apa yang dia buat hanyalah boleh minta budak-budak kutip sisa bata untuk disusun di rumahnya. Pihak warisan atau muzium katanya ada turun tapi dah terlambat dan tidak diketahui apa tindakan susulan.”

Bayangkan… Bukit Meriam. Tempat bersejarah. Sultan Mudzafar Shah I dikatakan mangkat pada 1179 dan disemadikan di Makam Kota Bukit Meriam. Ada pula Prasasti Bukit Meriam. I. H. N. Evans dan James Low antara orang yang ghairah mengkaji di sini dan jumpa pelbagai penemuan dan artifak. Sejarah Bukit Meriam antara tempat raja-raja Kedah purba bersemayam lebih tua dari Grand Palace di Bangkok, tempat raja-raja Siam Chakri tidoq.

Jadi, kepada pihak berwajib dalam hal-hal sejarah dan warisan tolong SIASAT isu ni.

Bukit Meriam ni kot. Kerajaan Thailand gigih dok jaga tempat sejarah raja-raja dia macam di Ayutthaya dan Sukhotai, sampai berjuang siang dan malam masukkannya ke senarai UNESCO, puing-puing ‘Grand Palace’ raja-raja Kedah pulak kena tarah habih takdak siapa peduli.

Lepas Srikandi suarakan isu ni, pihak-pihak tertentu bertindakbalas dan ada menyatakan bahawa tapak yang diratakan itu bukan tapak 26. Ia adalah tapak yang tidak diwartakan lagi. Masalahnya, tapak itu diakui ada struktur binaan! Apa struktur binaan itu? Jawapan yang diberi boleh menimbulkan banyak persoalan di mana tahap kesedaran kita kepada nilai sejarah.

Pihak-pihak terbabit juga menyatakan bahawa mereka tidak ada kuasa kerana ia dalam tanah persendirian. Malah ada beralasan tentang ‘fatwa’ mufti yang menghalang tapak itu dikaji.

Srikandi syorkan buat peruntukan undang-undang untuk jaga artifak atau premis sejarah walau dalam tanah persendirian. Untuk melindungi artifak sejarah, protect your national treasure walau dalam tanah persendirian. Susahlah kalau buat alasan tanah persendirian.

Susah kalau hasil warisan sejarah bangsa kita diratakan dan dihancurkan atas nama tanah persendirian. Kita tak tahu ada berapa banyak artifak yang dicuri geng pencari harta karun. British lagi dah kebas awal-awal dulu.

Srikandi belum lagi suruh buat ‘RECONSTRUCTION’ macam Korea Selatan bina balik istana-istana raja mereka. Ni nak suruh siasat je kesan sejarah kena tarah… fuh… mungkin lagi gempar dunia sejarah. Bayangkan pembinaan semula Istana Melaka, kapal Mendam Berahi dan seumpama dengannya digerakkan? Tetapi untuk itu berlaku, perkara sekecil tinggalan sejarah di Bukit Meriam ini harus dititikberatkan.

Sebab itu apa yang penting, yang kita kena fokus sekarang ialah tapak-tapak sejarah yang tak diwartakan, yang duduk dalam tanah-tanah persendirian. Cer pikio… macam mana nak selamatkan ‘national treasure’ kita yang dalam situasi macam ni?

Ada tak peruntukan undang-undang yang bagi kuasa kepada jabatan warisan, muzium atau sebagainya untuk menyita atau mengutip artifak di dalam tanah persendirian yang boleh dianggap sebagai warisan negara atau artifak sejarah?

Sebabnya persatuan sejarah sendiri pun mengaku tak boleh buat apa. ‘It doesn’t sound good’. Jadi, perlu ada tindakan lebih lanjut bagi memberi kuasa kepada pihak berautoriti dalam bidang sejarah.

Fikirkan tapak yang diwartakan berapa kerat. Mungkin dipantau. Tapak yang tak diwartakan berapa luas pulak. Tak dipantau. Sebagai contoh, sebuah bukit digazet pusat pemerintahan sebuah kerajaan purba zaman Langkasuka. Biasanya dia akan ada state temple. Kalau masuk peralihan ke zaman Islam, state temple tu masjidlah.

Cuma mungkin masa tu binaannya masih seni bina macam candi. Rumah ibadat itu biasa dibuat dengan batu-bata, dan di sekelilingnya adalah rumah penduduk yang biasanya dibuat dengan kayu-kayan. Macam Angkor Wat, teknologi imbasan satelit tunjuk keliling dia ada kesan penempatan, sebuah bandar yang berpenduduk padat. Tapi yang tinggal hanya Angkor Wat sebab bertahan, buat dari batu.

Sebab, kalau dok biar orang awam pi tarah bata-bata purba, kesan-kesan candi atau puing-puing tu semua, kita tidak ada bukti di sana ada kesan binaan lagi. Kita tiada ada bukti dan rekod pembuatan batu-bata untuk tujuan pembinaan.

Kita tidak ada bukti di sana pernah ada kota pemerintahan. Tidak hairanlah generasi akan datang tak percaya moyang kita mampu buat apa-apa binaan pakai batu. Pakar sejarah pun ada yang tak percaya Kota Melaka ada bangunan tertentu dibuat pakai batu.

Contoh lagi, diorang jumpa serpihan atap genting di Sungai Batu. Dan ini ‘totally baffle’ orang-orang yang percaya nenek moyang kita hanya mampu duduk atas pokok atau duduk rumah kayu atap rumbia saja. Ade ke rumah kayu dinding mengkuang pakai atap genting? Atap genting biasa untuk premis berbatu-bata.

Sebab tu, apa akan jadi kalau semua serpihan atap genting, tuyere (alat peniup angin) ni kena tarah kena sodok habih?

Jadi tolong… bersama Srikandi perjuang tapak-tapak sejarah. Suarakan terus. Bukan nak pergi berperang pun. Kongsikan artikel ini. Viralkan. Kita kena tunjuk yang orang Melayu sangat cakna tinggalan tamadun mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.