Tapak Istana Sultan Ali ini terletak dalam kebun kelapa sawit di Parit Karang Laut, Kesang Laut, Ledang. Kedudukannya berdekatan aliran anak sungai Kesang. Justeru, dahulu rakyat yang mahu ke Istana boleh mudik ke anak sungai hadapan Istana.

Sultan Ali Iskandar ibni Sultan Hussein Shah (1824-1877) adalah Sultan Johor ke – 19. Terlibat dalam Perjanjian 10 Mac 1855 dimana baginda telah menyerahkan keseluruhan Johor kepada Temenggung Seri Maharaja DaengIbrahim ibni Temenggung Abdul Rahman kecuali Muar – Kesang bawah takluk baginda.

Baginda mangkat tahun 1877 dan rentetan kemangkatan baginda, jajahan Muar – Kesang telah diserahkan kepada Maharaja Abu Bakar (kemudian Sultan). Ini menyebabkan berlaku perang saudara iaitu dikenali sebagai Perang Jementah 1879 antara Tengku Alam ibni Sultan Ali dan Maharaja Abu Bakar. Tengku Alam bertindak menuntut haknya keatas Muar – Kesang.

Istana ini telah diserahkan kepada Penghulu Ibrahim bin Daeng Kasang (Tg Gading) dan sehingga kini masih dimiliki tanahnya oleh waris Penghulu Ibrahim. Katanya, barang-barang peninggalan Sultan Ali seperti tombak, keris, cop & langsir dan beberapa yang berharga telah hilang atau dicuri.

Koleksi gambar adalah seperti dibawah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang anak jati Muar yang amat mencintai sejarah, warisan dan budaya. Aktif dalam menulis artikel sejarah tempatan walaupun kini sedikit menyepi kerana menumpukan dahulu pada kerjaya hakiki. Telah menubuhkan Persatuan Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (PASEM) pada 16.11.16 sebagai medium memupuk minat terhadap Sejarah terutama sejarah ketenteraan serta minat menulis dalam kalangan ahlinya. Penulis juga merupakan AJK Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Muar dan Penasihat 2 Persatuan Sejarah UPNM (PASEM) . Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi dari UPNM.

Comments are closed.