Tapak Berkaitan Hawariyun (Sahabat) Nabi Isa Ditemui?

466

Gereja Kristian berusia 1400 tahun yang ditemui berhampiran Laut Galilee di utara Israel berkemungkinan besar adalah ‘Gereja Hawari’, gereja legenda yang dibina di atas rumah Peter dan Andrew, iaitu dua orang pengikut awal Jesus, menurut para arkeologis.

Penemuan ini dilakukan selepas sepasukan arkeologis dari Amerika Syarikat dan Israel meluangkan masa lebih empat tahun menjalankan kerja-kerja penggalian tapak berkenaan yang terletak tidak jauh dari pantai Laut Galilee, yang sebenarnya adalah sebuah tasik air tawar di sepanjang Sungai Jordan.

Ahli geografi-sejarah yang bernama Steven Notley dari Kolej Nyack di New York berkata bahawa pasukan arkeologis tersebut percaya bahawa kerja-kerja yang mereka jalankan itu adalah melibatkan penggalian tapak memancing kuno masyarakat Yahudi di Bethsaida, yang kemudiannya menjadi Julias, sebuah kota Rom.

Penemuan ini dianggap sebagai suatu yang kontroversi memandangkan para arkeologis telah menaikkan sebuah tapak lain yang didakwa sebagai kampung Bethsaida sejak penghujung tahun 1980an di et-Tell yang terletak sekitar satu batu ke arah pedalaman dari tapak baharu di tepi tasik Beit Habek, yang juga dikenali sebagai El Araj.

Tapak arkeologi di sebelah Laut Galilee ini diperkirakan melibatkan kampung nelayan Yahudi kecil di Bethsaida, yang disebutkan di dalam Perjanjian Baru

Tetapi, Notley berkata bahawa pasukannya itu kini yakin bahawa mereka telah menemukan kedudukan tepat bagi kota kuno Bethsaida – dan bahawa gereja era-Byzantine yang ada di sana merupakan gereja yang dirincikan oleh seorang jemaah Kristian kurun ke-8M sebagai binaan yang didirikan di atas rumah Hawariyun Nabi Isa, iaitu dua beradik yang bernama Peter dan Andrew.

“Kami berupaya membuat dakwaan sebegitu hanya setelah tiga atau empat tahun penyelidikan,” Notley memaklumkan kepada Live Science. “Kami mempunyai banyak bukti untuk menyokong dakwaan bahawa tapak ini adalah Bethsaida.”

GEREJA HAWARI


Bethsaida pernah disebutkan beberapa kali di dalam Perjanjian Baru: Jesus dikatakan pernah menyembuhkan seorang lelaki buta di sana, dan di kawasan berhampiran pula baginda pernah memberi makan lima buku roti dan dua ekor ikan kepada 5000 orang. Baginda juga dikatakan pernah berjalan di atas permukaan Laut Galilee.

Kerja-kerja ekskavasi di tapak berkenaan pada musim panas lalu menemukan lantai mozek berhias dari gereja era-Byzantine ini, yang diperkirakan sebagai ‘Gereja Hawari’ yang dibina di Bethsaida di atas rumah pengikut Jesus yang bernama Peter dan Andrew

Kampung nelayan kecil tersebut dicatatkan pernah menjadi tempat kediaman kepada sekurang-kurangnya tiga orang pengikut awal Jesus – iaitu Peter, Andrew dan Philip. Selepas Jesus disalib, Peter dikatakan menjadi ketua atau pope pertama bagi gereja di zaman awal Kristian.
Tradisi Gereja Hawari ini boleh dijejak sehingga tahun 725 Masehi, iaitu masa di mana seorang paderi Bavaria yang bernama Willibald melawat Bethsaida dan menulis catatan berkenaannya, menurut Notley.

Pasukan arkeologi ini telah pun mengetahui buat kesekian lamanya bahawa sebuah gereja bakal ditemukan di tapak berkenaan berikutan penemuan batu marmar dan kepingan hancur dinding mozek. “Kami pernah mempunyai bukti tentangnya, dan hanya menunggu masa sehingga kami benar-benar menemukannya,” kata Notley.Lantai mozek dan pelbagai barangan arkeologi lain dari gereja tersebut akhirnya ditemui semasa kerja-kerja eksakvasi terkini yang dijalankan pada musim panas lalu.

Ahli-ahli arkeologi dari Amerika Syarikat dan Israel telah menjalankan kerja penggalian di tapak Beit Habek sejak tahun 2016, berjaya menemukan lantai mozek dari gereja era-Byzantine ini pada musim panas yang lalu

Pasukan arkeologis tersebut kini cuba menaikkan tinggalan-tinggalan dari seluruh gereja itu sebelum mengambil keputusan sama ada untuk menggali lebih dalam ataupun tidak, jauh ke dalam sehingga mencapai binaan keagamaan yang lebih awal ataupun bahkan rumah tradisional si hawari itu sendiri.

“Sebahagian dari kami memikirkan bahawa kalau gereja ini dibina di atas sebuah sinagog Yahudi – iaitu tempat suci yang telah dipelihara buat sekian lama – maka kejadian lapisan-lapisan sebegini boleh mungkin berlaku,” kata Notley.

TAPAK-TAPAK YANG DIPERDEBATKAN


Ahli-ahli arkeologi dari Kolej Nyack dan Kolej Kinneret di Laut Galilee telah pun menjalankan kerja-kerja penggalian di tapak Bet Habek sejak tahun 2016. Setahun kemudian (2017), mereka mengumumkan bahawa mereka berjaya menemui sisa runtuhan sebuah kota Rom di tapak berkenaan, berusia di antara abad pertama Sebelum Masehi dan abad ke-3M sebagaimana yang dilaporkan oleh The Jerusalem Post.

Notley berkata bahawa kampung nelayan kecil Yahudi di Bethsaida telah mengalami pembesaran lalu menjadi sebuah kota Rom yang dikenali sebagai Julias, seperti mana yang dinyatakan oleh sejarahwan Yahudi yang bernama Josephus pada abad pertama.Kota Rom tersebut kemudiannya hilang daripada catatan-catatan kontemporari selama sekitar 200 tahun selepas abad ke-3M – mungkin akibat dibanjiri Sungai Jordan yang terletak berhampiran, ujar Notley.

Penemuan-penemuan dari gereja era-Byzantine di Beit Habek ini melibatkan salib Kristian yang diukir pada batu ini.

Tetapi, kerja-kerja penggalian ini menunjukkan bahawa tapak berkenaan sekali lagi dihuni pada zaman Byzantine, dari abad ke-6. Tapak itu kelak menjadi petempatan Kristian – termasuklah di dalamnya itu Gereja Hawari – iaitu tapak yangd isebutkan oleh Willilbald pada abad ke-8.
Penempatan Byzantine itu kemudiannya ditinggalkan pada zaman Islam dan setelah itu sebahagian kawasannya diduduki oleh tentera-tentera Salib pada abad ke-12 dan 13 Masehi.

Menurut Notley, tapak alternative yang dikaji di Bethsaida, berhampiran et-Tell itu terletak begitu jauh dari tasik sekaligus tidak memungkinkannya sebagai sebuah kampung nelayan dan ia diyakini telah mengalami masa-masa keruduman semasa Josephus menulis bahawa Bethsaida dibina untuk kelak menjadi kota Julius.

“Saya rasa tapak ini merupakan sebuah tapak yang cantik, lebih-lebih lagi tinggalan-tinggalan Zaman Logam yang ada di sana… Saya cuma tidak rasa yang tapak ini sesuai dengan perkara-perkara yang kami jangka untuk ditemukan,” kata Notley.

SUMBER:

Tom Metcalfe. (1 Ogos 2019). Early Christian ‘Church of the Apostles’ Possibly Unearthed Near Sea of Galilee. Live Science.
https://www.livescience.com/66074-church-of-apostles-found-sea-of-galilee.html


Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.