Jika tiap-tiap ahli UMNO buta sejarah bangsanya, maka perjuangan mereka akan menjadi perjuangan Koba, si beruk Bonobo yang berjuang untuk kepentingan dirinya sendiri dek kerana tidak mengambil peduli tentang sejarah manusia yang musnah kerana tangan-tangan mereka sendiri.

Nasionalisme Melayu yang tidak khatam sejarah Melayu bila-bila masa saja boleh bertukar menjadi si Kitul bersongkok. Sebabnya asal-usul sendiri tidak faham bagaimana nak diharapkan memperjuangkan marhaen Melayu?

Berapa kerat ahli UMNO yang tahu tentang sejarah Kedatuan Srivijaya, strategi bisnes maritimnya dan taktik rangkaian perdagangannya?

Berapa kerat ahli UMNO yang tahu tentang negarakota Melayu “ξαξξοναγαρα” yang tercatat dalam mahakarya ahli geografi Greaco-Roman, Claudius Ptolemy ΓεωγραφικὴὙφήγησις seawal abad ke-2 Masehi?

Berapa kerat ahli UMNO yang tahu tentang ‘ anak wanua’, ‘aki,eiki,aiki’ atau ‘lima, mata & ikan’? Berapa kerat tahu pantang larang orang Melayu ada persamaan dengan pantang larang orang Maori? Berapa kerat dari mereka tahu tentang budaya dan bahasa Malayo-Polinesia, dari Madagaskar hinggalah ke Lautan Pasifik? Sejarah Orang Laut, Orang Selat dan ‘Aborigine Malay’?

Berapa kerat dari mereka yang tahu tentang kajian DNA di mana analisis filogenetik menggunakan penanda SNPs yang telah meletakkan Orang Asli Semang dan orang Melayu pada cabang yang lebih awal berbanding populasi di Asia Timur yang secara langsung menunjukkan bahawa Orang Asli Semang dan Melayu adalah satu populasi yang lebih “awal” berbanding populasi di China dan Taiwan?

Berapa kerat dari mereka yang tahu tentang penemuan-penemuan menakjubkan di Tapak Arkeologi Lembah Lenggong dan bukti tamadun tertua Asia Tenggara di Tapak Arkeologi Sungai Batu dengan industri perkilangan besi purba yang dieksport ke luar negara kira-kira 500 tahun Sebelum Masehi?

Tanpa sejarah, perjuangan UMNO akan menjadi perjuangan basi dan poyo, penuh retorik. Apabila basi dan poyo, perjuangannya akan mengarah kepada perjuangan mengisi perut masing-masing dan merebut kuasa untuk dubur sendiri – ke arah perjuangan Koba.

Koba: Koba fight for apes!

Caesar: Koba fight for Koba. 

(Dawn of the Planet of the Apes)


Tengok senjata api di atas. Beritahu presiden kamu bahawa orang-orang Melayu Melaka bukan kalah berperang sebab pakai keris tombak bagai tetapi mereka tewas sebab adanya beruk-beruk ‘culprit’ serupa si Koba yang pentingkan diri sendiri melebihi orang lain di sekelilingnya.

Untuk memperjuangkan Melayu, mesti khatam sejarahnya. Mesti sebati roh dan jiwanya. Faham masalahnya. Jika tidak, berjuanglah dengan segenap kepura-puraan dan penuh ‘awkward’.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply