Ada pendapat yang berbau inferior yang menyatakan mengapa Perak perlu menggunakan British untuk mendapatkan wilayah-wilayah jajahan Siam dari tahun 1884 sehingga 1909 padahal ‘Siam berperang dengan kekuatan sendiri’ untuk menakluk negeri-negeri Melayu terutamanya Kedah. Ini adalah bullshit kerana hakikatnya, Siam juga bergantung pada British.

Siam adalah oportunis dan raja-rajanya bersikap manipulasi dan cenderung mengeksploitasi kuasa-kuasa Eropah untuk melindunginya. Contoh yang paling jelas ialah ketika Perang Kedah-Siam sepanjang 1821 sehingga 1838, pihak Kompeni Inggeris tampil dengan tanpa segan silu apatah lagi tanpa maruah, berperang menentang para pejuang Kedah demi Siam yang dilindunginya, padahal Pulau Pinang dah dibagi, Seberang Perai dah dapat. Hakikatnya Siam berjaya menjajah Kedah selama 20 tahun adalah hasil bantuan pihak Inggeris. Pihak Inggeris telah menggunakan kapal-kapal perangnya untuk mengepung, menghambat serta membedil para pejuang Kedah yang bermati-matian mempertahankan tanahair mereka.

Bayangkan…dengan tekanan dari dua kuasa tentera Siam dan Inggeris, para pejuang Kedah masih mampu mara dengan gagah berani sehingga ke Terang (Trang) dan Singgora (Songkhla) dan merancang untuk mara hingga ke Cahaya (Chaiya). Apa akan jadi jika Siam dan Kedah berperang satu lawan satu tanpa campurtangan pihak Inggeris?

Serangan 1821 adalah serangan mengejut dengan sebahagian pertahanan Kota Kuala Kedah telahpun disabotaj awal-awal dan dalam suasana terdapat majlis perkahwinan. Apa akan jadi jika tentera Siam dan tentera Kedah berhadapan satu sama satu dalam keadaan kedua-dua pihak bersedia untuk meledakkan meriam,membidik senapang dan merodok parang dan keris masing-masing?

Mungkin pejuang Kedah mampu mara hingga ke pintu Grand Palace dan tanya apa kabar!

“From our long ignorance of the Siamese nation, we have probably been led to over rate its power and strength. The possession of a wide range of fertile territory affords indeed a comparatively numerous population, and such financial resources as enable the Siamese without any military superiority, to hold in subjection their poor and thinly people tributary states. Their own military character is extremely low.

The whole population of the country, contrary to the practice of the western nations of Asia, is unarmed, and thus being totally unused to every species of military exercise, and cowed by an exquisite system of tyranny, the Siamese are necessarily a cowardly and a timid people. It is from a population of this character that their force is levied by an indiscriminate muster and the rabble of peasantry so raised, with old or bad arms put into their hands, constitute their only armies.

This barbarous and unorganized force, independent of the perpetual fear of the Government of insurrection, is utterly incapable of offensive operations against the smallest regular force. The Kingdom at the same time in its most vital part is the most defenceless that can be imagined.

(John Crawfurd, wakil British ke Siam 1821-1822)

“… the Siamese are necessarily a cowardly and a timid people..”

Adalah amat jelas jika melihat betapa cemasnya Siam apabila pejuang Kedah mampu mara hingga menghampiri Ligor sendiri. Siam menjadi berani apabila pihak British turut membuli Kedah sepertimana Ibbetson dan Bonham (kedua-duanya adalah gabenor negeri-negeri Selat) yang mengerahkan kapal-kapal perang British memerangi para pejuang Kedah sehingga ramai yang gugur syahid, dan ini benar-benar memberi kelebihan yang berat sebelah kepada pasukan Siam.

Sherard Osborn, pegawai tentera laut British yang menyertai kapal perang British yang membantu Siam memerangi pejuang Kedah mengakui bahawa:

“Like spaniels, the natives of the whole sea-board of the Indian peninsula lick the hand that chastises them: not so the Orang Melayu; and we Englishmen should be the first to honour a race who will not basely submit to abuse or tyranny.”

“…not so the Orang Melayu…” Sebab mereka tidak semudah itu menyerah. Dalam sejarah Thailand, hanya orang Melayu di Patani tegar melawan penjajah itu sehingga ke hari ini manakala orang Mon, Khmer dan Lao yang juga terjajah tanahair mereka tidak lagi menunjukkan penentangan apa-apa.

Jika Siam adalah lindungan British dan mempergunakan British bagi menjajah negeri-negeri Melayu, jadi apa salahnya Perak yang juga oportunis, seperti Sultan Abdullah Muadzam Shah yang mempergunakan British untuk ‘terpaksa’ bertindak di pihaknya untuk menentang pencerobohan Siam melalui Perjanjian Burney dan Perjanjian Low, serta Sultan Idris I yang menggunakan kuasanya secara maksimum untuk mempengaruhi British mengambil wilayah-wilayah jajahan Siam bagi pihak kerajaan Perak sejak isu perebutan wilayah itu sudahpun bermula di zaman Sultan Abdullah Muadzam Shah lagi yang menyaksikan Perak sendiri berperang dengan Reman.

Baru buku bertemu ruas. Siam boleh membuli Patani dan Kedah dengan menggunakan kuasa British namun bukan Perak sebab Perak juga menggunakan British malah berbuat demikian pada waktu yang sama Siam menandatangani perjanjian dengan kuasa Eropah itu. Inilah yang dinamakan sebagai diplomacy against supremacy. 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.