#Tanjak Warisan Adalah Perakam Sejarah Ada yang bertanyakan Abang, ada bezakah antara Tanjak #Warisan dengan Tanjak Kreasi atau Gubahan Baharu? Jawapannya ada,dan salah satu keistimewaan Tanjak Warisan ialah ia juga berfungsi sebagai perakam sejarah.

Tanjak Warisan bermaksud Tanjak yang diwariskan teknik pembuatan atau karangannya daripada pembuat yang asal,bersusur galur hingga kepada pengarang tanjak yang ada hari ini.

Tanjak-tanjak Warisan sangat terkait dengan unsur alam dan sering mempunyai nama terkait Fauna semisal Helang,Ayam,Gajah dan sebagainya.Pengarang asal Tanjak Warisan selalunya telah mengilhamkan nama sesebuah Tanjak sebelum cirinya dizahirkan dalam sesebuah karangan Tanjak.

Antara nama-nama Tanjak bermotif Fauna ialah Lang Menyusur Angin,Lang Menyongsong Angin,Lang Melayang,Ayam Patah Kepak dan sebagainya.

Selain daripada unsur Fauna yang berada di persekitaran Alam Melayu,sesebuah Tanjak kadangkala dibuat berdasarkan peristiwa penting yang berlaku ketika itu.

Misalnya peristiwa pembvnvhan Ular Besar di Kedah suatu ketika dahulu yang menggunakan serampang yang terbuat dari perak.Maka terciptalah Tanjak Serampang Perak yang menjadi pakaian Bendahara sekaligus merakam kisah tersebut.

Kerana itulah proses mengarang Tanjak secara berguru dan bertitis terimba amatlah dititikberatkan supaya motif dan sejarah di balik karangan sesebuah Tanjak disampaikan dengan baik agar diketahui oleh generasi mendatang.

Ungkapan Melayu tentang Tanjak berbunyi; “Sekali bernama DESTAR, Duanya bernama TANJAK, Yang DIJUNJUNG di kepala, Yang dipakai berpatut-patut, Yang BERADAT BERLEMBAGA, Yang BERADAT BERKETURUNAN, Yang DIJAGA DIPELIHARA, Yang BERTEMPAT dan BERTEPATAN, Yang ada ASAL-USULNYA.”

Justeru jika anda mula berjinak-jinak hendak memakai Tanjak,utamakanlah Tanjak Warisan berbanding Tanjak Kreasi agar kita dapat mengekalkan keaslian warisan turun-temurun.

RUJUKAN:

  1. Destar Alam Melayu, Johan Iskandar

2. Ungkapan Tradisional Melayu Riau,Tengku Nasyaruddin Effendy.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.