Tangisan Khalifah Terakhir Uthmaniyah

0
4671
views

Sultan Abdul Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamit bin Abdul Mecid dilahirkan pada tahun 1842. Beliau adalah anak Sulung Sultan Abdul Mecid I (1839-1861). Beliau dilantik menjadi Khalifah ke-34 Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1876 menggantikan Saudaranya Murad V kerana penyakit mental Sultan Murad V yang ketara.

Beliau meneruskan Sistem Tanzimat (Reformasi) yang bermaksud sistem baru budaya Barat di mana undang-undang Islam di Empayar tersebut di Sekularkan secara menyeluruh sejak diperkenalkan oleh Sultan Mahmud II (1808-1839) pada tahun 1826. Beliau juga bertanggungjawab mengesah dan menyebarkan teori Darwinism secara total di seluruh Empayar dan menjadi salah satu pelajaran penting dalam pembelajaran psikologi dan manusia.

Hasil dari itu, orang ramai mula persoalkan kredibiliti agama Islam dan akhirnya berlaku pergaduhan sesama ulama Islam dan Ulama Sekular dan terjadinya “perang saudara di Mesir” pada Tahun 1880-1881. British melihat ini sebagai peluang keemasan dan mereka menjadi “orang tengah” dalam kemelut Mesir dan Uthmaniyyah. Akhirnya, Mesir dimerdekakan dari Uthmaniyyah pada tahun 1882 menjadi milik Empayar British dan berkuasa penuh atas Terusan Suez yang siap pada tahun 1869.

Peristiwa kemerdekaan Mesir dari Uthmaniyyah menjadi kontroversi ramai pembesar negara Uthmaniyyah dan mempersoalkan kredibiliti Sultan Abdul Hamid II. Beliau merendah diri mengakui kesilapan beliau dan akhirnya beliau mencadangkan untuk melaksanakan semula sistem Islam semula seperti sebelum pemerintahan Sultan Mahmud II.

Pada tahun 1883, beliau membuka sekolah-sekolah Islam dan mengubah sistem pendidikan menjadi sistem pendidikan Islam sebagai subjek WAJIB untuk rakyat yang beragama Islam. Beliau juga menaik taraf Universiti dalam pemerintahan Uthmaniyyah menjadi tempat Madrasah dan ia dibiayai penuh oleh kerajaan Uthmaniyyah. Beliau juga menjadikan peelajaran fahaman Barat sebagai subjek elektif.

Perubahan besar ni meyebabkan ramai Parti Sekular Turki tidak puas hati dengan tindakan Sultan Abdul Hamid. Mereka membuat banyak demonstrasi jalanan di bandar-bandar utama Turki Uthmaniyyah dan menghasut ramai orang untuk bangun menentang kerajaan Uthmaniyyah. Mereka berpendapat, baginda (Sultan Abdul Hamid II) tidak adil dan tidak saksama terhadap rakyat bukan Islam dibawah naugannya. Mereka juga memfitnah Sultan Abdul Hamid dibayar British untuk melepaskan Mesir dari Uthmaniyyah.

Sultan Abdul Hamid II membuat tindakan menangkap pembesar-pembesar yang menentang beliau dan dihukum penjara dan berberapa orang dihukum bunuh kerana pengkhianatan terhadap Sultan. Sungguhpun pelan beliau untuk mengubah sistem Islam seperti dulu, beliau terpaksa lalui cabaran hidup sebagai pemimpin Islam kerana hampir 100% rakyat Turki Uthmaniyyah sudah dipengaruhi budaya Barat dan mula meninggalkan ajaran Islam. Sultan Abdul Hamid mengambil inisiatif memperkenalkan kempen mengagungkan ajaran Islam secara berperingkat, tetapi mendapat sambutan yang sedikit. Pada masa yang sama juga, beberapa parti yang menyokong Parti Sekular Turki membuat rancangan menjatuhkan kerajaan Sultan Abdul Hamid II.

Pada tahun 1896, salah seorang utusan Yahudi Zionis Theadore Herzl datang berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II untuk berunding dengan beliau tentang Negara Palestin diberikan kepada Yahudi. Sultan Abdul Hamid II menolak sekeras-kerasnya dan membatalkan rundingan ini. Beliau berjumpa berkali-kali dengan Sultan dan memberikan tawaran lumayan dan menjanjikan membayar semua hutang negara yang berlipat ganda itu. Kesemuanya ditolak oleh Sultan sehingga Sultan Abdul Hamid II menegaskan, untuk mengambil tanah Palestien, “Langkah ,ayat aku dan semua penduduk Palestien dulu.” Rundingan itu terhenti selepas kematian Theadore Herzl pada tahun 1904.

Selepas kematian Theadore Herzl, Sultan Abdul sekali lagi ditimpa musibah apabila beliau hampir dibunuh oleh pembunuh upahan. Salah satunya beliau keluar dari Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) beliau diserang oleh pembunuh upahan tetapi tersasar sedikit dan pembantu Sultan Abdul Hamid membunuh pembunub upahan itu. Kereta kuda beliau pernah diletupkan sesaat selepas beliau keluar dari kereta kuda tersebut.

Setelah percubaan membunuh Sultan Abdul Hamid II gagal, karikatur dan kartun yang memburuk-burukkan Sultan Abdul Hamid II mula tersebar di seluruh Uthmaniyyah dan ramai rakyat termakan hasutan ini akhirnya berlaku revolusi yang dikenali Revolusi Pemuda Turki yang diketuai Mustafa Kemal (kemudiannya menjadi Attartuk). Penyebaran penentangan Sultan Abdul Hamid berleluasa dan banyak negara Uthmaniyyah ingin merdeka dari Empayar tersebut. Berlaku rusuhan yang mengorbankan beribu nyawa untuk menjatuhkan beliau.

Akhirnya mereka (Parti Turki Muda) meminta bantuan British untuk menyiasat kes-kes penyelewengan harta negara dan kredibiliti Sultan Abdul Hamid secara senyap-senyap. Apabila “bukti” menunjukkan penyelewengan, askar dan pembesar sultan berpaling tadah lalu menangkap dan melucutkan jawatan beliau sebagai Khalifah pada 27 April 1909.

Beliau adalah Khalifah Sultan Uthmaniyyah yang terakhir yang berkuasa penuh dalam segala urusan negara. Beliau dipenjarakan di sebuah Istana Lama di Istanbul, Istana Berleybeyi dan di layan seperti banduan. Kaki beliau dirantai dan dipenjarakan. Anak dan isterinya dibuang negeri dan mereka di hantar ke negara-negara Barat yang lain dan mereka hidup dalam kepapaan.

Sultan Abdul Hamid menghidap radang paru-paru pada tahun 1914 (ketika perang dunia pertama) dan meninggal dunia pada tahun 1918. Ayat terakhir beliau sebelum meninggal dunia:

“Ya Allah, ampunilah Rakyat aku, sesungguhnya mereka ditipu. Ampunilah mereka, mereka tidak tahu kebenarannya.”

Kisah pemerintah Uthmaniyyah ini amat menyedihkan jika dibaca. Ia patut menjadi pengajaran umat Islam kini bahawa campir tangan orang luar akan menyebabkan negara atau Empayar boleh runtuh dengan cepat. Penyebaran fitnah secara berleluasa menghentikan banyak aktiviti harian rakyat dan timbul banyak penentangan dan perperangan politik dan akhirnya meruntuhkan negara sendiri dan kita semua rugi dan menyesal tidak sudah. Malangnya, ketika itu, sudah terlambat. Tengok sahaja Turki kini. Hilang identiti mereka, negara Arab lain yang terlibat Arab Spring, habis hilang di mata dunia.

SAYA MENYERU KEPADA RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENJAGA KEAMANAN NEGARA INI. DATUK NENEK KITA RAMAI GUGUR SYAHID SEMATA-MATA NAK PERTAHANKAN NEGARA INI, USAH BIARKAN PERJUANGAN MEREKA SIA-SIA. JADIKAN KISAH SULTAN ABDUL HAMID II SEBAGAI PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA. HARAP SEBARKAN!