Jika anda lihat gambar satu bahagian Gereja Holy Sepulchre di Jerusalem ini, ada satu bahagian yang pelik. Ya, jika anda perasan, wujud sebuah tangga kayu pada sebuah tingkap di tingkat kedua gereja. Kerana tangga yang digelar Tangga Yang Tidak Boleh Dialihkan (The Immovable Ladder), ia menjadi pencetus pertikaian aneh gereja-gereja Kristian selama tiga abad.

Jika ditanya gereja-gereja Kristian tentang asal-usul tangga ini, ramai akan menggeleng kepala. Tiada siapa pun yang mengetahui siapa yang meletakkan tangga di bawah tingkap itu, mengapa ia diletakkan di situ dan bila ia diletakkan di situ.

Begitu juga sumber kisah ini. Ada yang mengatakan kisah tangga ini sudah bermula sejak abad ke-18 lagi. Ada pula mengatakan kisah ini sudah wujud sekitar abad ke-19. Yang pasti, tiada siapa dapat memberi jawapan memuaskan tentang kisah The Immovable Ladder.

Pada pertengahan abad ke-19, pemerintah Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdulmejid I mengeluarkan firman (dekri) bahawa Gereja Holy Sepulchre akan dikongsi oleh tiga gereja iaitu Gereja Roman Katolik, Gereja Yunani Ortodoks dan Gereja Armenia Apostolik. Dalam firman sama, baginda turut memberi kebenaran kepada Gereja Koptik, Gereja Syria dan Gereja Ethiopia Ortodoks untuk menggunakan bahagian tertentu gereja berkenaan.

Rajah 1: Sultan Abdulmejid I

Menurut satu kisah, tangga tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tingkap tingkat kedua gereja sejurus selepas firman Abdulmejid I diisytiharkan. Ia dianggap simbol kewujudan mazhab-mazhab dalam agama Kristian memandangkan ia hanya boleh dipindahkan selepas mendapat persetujuan semua gereja. Ada pula melihat ini sebagai simbol Gereja Holy Sepulchre sebagai milik semua orang Kristian.

Di sebalik keputusan ini, itu tidak bermakna ketegangan antara gereja tentang The Immovable Ladder tidak wujud. Pada 2008, pihak berkuasa Israel menghantar polis anti-ru.su.han untuk meleraikan pertelingkahan ga.na.s antara pendeta-pendeta Gereja Yunani Ortodoks dengan pendeta-pendeta Gereja Armenia Apostolik.

Pada 1997 pula, seorang pelancong bertindak membawa lari tangga tersebut dan menyembunyikannya di belakang sebuah altar. Apabila gereja-gereja mengetahui The Immovable Ladder hilang, pe.ra.ng mulut tercetus antara semua gereja tentang siapa yang melakukannya. Ketegangan itu berjaya diredakan apabila tangga berkenaan diletakkan di posisi asalnya beberapa minggu kemudian.

Ada keadaan yang membenarkan The Immovable Ladder dipindahkan secara sementara. Pada tahun 2009, tangga dialihkan ke tingkap sebelah kiri atas sebab pembersihan atau untuk meletakkan perancah bagi menyiapkan usaha penambahbaikan menara loceng gereja yang sedang dijalankan ketika itu.

RUJUKAN:

Mingren, W. (2021). The Immovable Ladder: Bizarre Feud Prevents Ordinary Ladder Being Moved for 3 Centuries. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.