“Kami perlu mengambil maklum AG mewakili kerajaan – termasuklah kedua-dua kementerian dan bomba.

“Justeru, peranan Syazlin dalam mewakili Bomba sudah menjadi tidak perlu. Jadi beliau perlu menarik diri,” – Menteri. [1]

Kalau saya katakan bahawa menteri ni bengap, kurang pulak puasa saya hari ini.

Yelah, logik akalnya..

Takkan selepas berbulan inkues dijalankan sejak Februari dan berbaki 2 hari lagi baru pihak kementerian dan bomba tiba-tiba tersedar yang sebenarnya peguam negara yang akan mewakili kerajaan dan bukannya Syazlin Mansor ni?

Dan takkanlah Pejabat AG duduk termenung je berbulan-bulan Syazlin Mansor ni duduk dalam mahkahmah majistret sepanjang inkues dan tak bagitahu kat KPKT dan Bomba, “eh kami kan dah wakili anda, kenapa nak ada peguam lain ni?”

Kalau nak membongak pun logik sikit lah YB menteri oi.

Melihatkan ‘timing’ penarikan diri Syazlin ni sebagai peguam Adib daripada KPKT dan bomba daripada inkues yang hanya berbaki 2 hari, 

Maka tidak dapat dipersalahkanlah jika berlaku cakap-cakap belakang bahawa ini adalah sebagai ‘desperate measure’ atau langkah akhir untuk ‘discredit’ teori saksi 29 iaitu,

Prof Dr Shahrom Abd Wahid, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom yang juga merupakan Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Syazlin sendiri mengumumkan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding baru bermula semalam,

“Dengan penarikan diri, saya percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal,” katanya. [2]
.

Kenapa peranan Prof Dr Shahrom aka saksi ke-29 ini dilihat vital?

Prof Dr Shahrom adalah saksi ke-29 yang sebelum ini telah memberitahu mahkamah bahawa Adib mengalami kecederaan selepas ditarik keluar dari kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dipukul pada 27 November lalu semasa rusuhan di kuil Seafield.

Keterangannya itu bertentangan dengan kenyataan dua pakar lain, yang memberitahu mahkamah bahawa Adib terjatuh dari kenderaan tersebut dan kecederaannya adalah akibat terkena rempuhan dalam usaha cuba melarikan diri.

Beliau juga telah membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh dari kenderaan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS). [2]

Beliau di dalam inkues telah mengkritik laporan bedah siasat yang dilakukan dan turut mempersoalkan keterangan diberikan pakar iaitu saksi-24 iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi bahawa Muhammad Adib turun sendiri dan kemudian dilanggar pintu van EMRS lalu terhumban ke jalan.

“Dalam rumusan laporan bedah siasat ke-29 juga menunjukkan pakar tidak tahu sama ada mangsa terhimpit atau tidak,” katanya.

Prof Dr Shahrom memberitahu hipotesis menyatakan Adib turun sendiri dari van EMRS dan kemudian dilanggar pintu van ketika kenderaan itu mengundur adalah tidak benar dan perlu diuji.

“Berdasarkan eksperimen kawalan (control experiment) yang dilakukan pihaknya, adalah sangat mustahil mengatakan pelanggaran itu boleh mematahkan mana-mana tulang rusuk anggota bomba itu.

“Melalui hipotesis, mangsa turun sendiri daripada van EMRS dan dilanggar pintu depan kenderaan itu ketika berundur kemudian terhumban ke hadapan dan lepas itu terdampar di bahu jalan.

“Hipotesis atau andaian ini dibuat berdasarkan hasil laporan pemeriksaan klinikal dan bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Adib dan hasil rekonstruksi Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. [3]

Kena ingat, Prof Dr Shahrom Abd Wahid ini bukan doktor cap ayam, beliau adalah seorang pakar patologi yang berpengalaman 29 tahun. 

Lebih ironi, Prof Dr Shahrom juga merupakan guru kepada Dr Ahmad Hafizam di UKM.

Yang menariknya delepas berlakunya percanggahan dua teori pakar ini, Mahkamah Koroner menolak permohonan pegawai pengendali inkues untuk memanggil semula Dr Hafizam dan saksi ke-27 iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik HKL Dr Mohd Shah Mahmood untuk rebut hujah Prof Dr Shahrom tersebut.

Bagaimanapun, pegawai penyelaras inkues Hamdan Hamzah telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Koroner Rofiah Mohamad di Mahkahmah tinggi Shah Alam. [4]

Belum sempat Mahkahmah tinggi nak keluar keputusan, tiba-tiba digemparkan pula kononnya berlaku ugutan oleh Prof Dr Shahrom kepada Dr Hafizam dan Dr Mohd Shah, kononnya Prof Shahrom telah cuba pujuk dan yakinkan mereka di luar prosiding mahkamah dan memberi kata-kata ugutan berbunyi,“jika tidak bersetuju either you going down or i’m going down…” [5]

Sebagai timbal balas, Prof Dr Shahrom sendiri buat laporan polis menafikan beliau mengugut saksi pakar lain dalam inkues berkenaan. [6] 

Dan benda ni senyap sampai sekarang, siapa ugut siapa, betul ke berlaku ugutan pun kita tak tahu apa status penyiasatan polis pun kita tak tahu sampai sekarang.

Seminggu lepas drama ugut ni, nak jadi cerita Mahkamah Tinggi Shah Alam benarkan permohonan pegawai pengendali supaya Dr Hafizam dipanggil semula. [7]

Maka pada May 10, Dr Hafizam diberi peluang untuk sangkal fakta daripada Prof Shahrom sebelum ini. Dr Ahmad Hafizam, kata terdapat kiraan salah pada formula yang digunakan oleh Prof Dr Shahrom dalam mengira daya untuk mendapat impak kecederaan terhadap anggota bomba itu.

Dr Ahmad Hafizam berkata Prof Dr Shahrom, mungkin tidak mengambil kira berat van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dalam mengira daya terbabit. [8]

Syazlin Mansor yang ketika itu masih mewakili KPKT dan Bomba kelihatannya sangat agresif seperti menyifatkan keterangan Dr Ahmad Hafizam sebagai mengelirukan mahkamah.

“Kekeliruan itu merujuk pada gambar bahu jalan sebagai bahan bukti yang diletakkan pada fail paling berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan pada dada kanan arwah Adib.

Menurut hujahan Syazlin, tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana sehinggga kini pakar forensik itu sendiri masih belum yakin objek bahu jalan itu menjadi punca kecederaan patah tulang rusuk pada bahagian dada kanan depan dan belakang.

“Koleksi gambar ‘kebarangkalian paling mugkin berlaku menerusi corak kecederaan turut meletakkan gambar bahu jalan’.

“Kenapa letak kalau tidak dapat pastikan ia bukan punca sebenar? Kan ia mengelirukan mahkamah,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Hafizam turut ditunjukkan lakonan semula dijalankan pihak bomba berkaitan pergerakan seseeorang itu jika terjatuh mengenai pada bahagian bahu jalan.

Namun hasil lakonan semula tidak menunjukkan hasil corak kecederaan yang berpadanan malah Hafizam menganggap eksperimen itu boleh dicabar semula sesuatu yang membuang masa.

“Ada 1,001 kemungkinan bagaimana kejatuhan itu berlaku. Eksperimen itu boleh dicabar dan perbuatan itu membuang masa,” katanya.” [9]

Syazlin juga secara agresif telah mengkritik pengiraan daya Dr Ahmad Hafizam yang dikatakannya tidak betul hinggakan Dr Hafizam menyatakan kekesalannya kerana ‘dimalukan’ di dalam mahkamah oleh Syazlin.

“Syazlin: Pengiraan daya yang doktor kemukakan di mahkamah berkenaan graviti salah, biar pakar yang bercakap tentang perkara ini. Tidak perlulah doktor nak tambah kelirukan mahkamah.

Dr Ahmad Hafizam: Saya tidak kelirukan mahkamah, semalam saya anggap saya disuruh buat pengiraan yang betul, sebab itu saya buat pengiraan baharu. Saya juga tidak sepatutnya dimalukan di mahkamah tentang pengiraan ini.

Syazlin: Sebelum ini doktor cakap pengiraan Prof Shahrom (Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom Prof Dr Shahrom Abd Wahid) salah, tetapi bila doktor tunjukkan pengiraan baru mengenai tarikan graviti saya lihat tidak betul, jadi saya tunjukkan yang doktor salah, bukan niat nak malukan cuma cakap doktor nak kelirukan mahkamah.” [10]

Sebagai kesimpulannya, melihatkan kepada kejanggalan yang berlaku sepanjang inkues, daripada affidavit Adib mati dilanggar oleh pejabat AG sedangkan inkues masih berjalan [11], kepada percanggahan saksi pakar, kepada drama ugut-mengugut dan kini penarikan diri Syazlin secara tiba-tiba sedangkan inkues hanya berbaki 2 hari lagi sahaja yang membatalkan tindakan memanggil semula Prof Dr Shahrom Abd Wahid untuk merebut teori Adib turun sendiri dan kemudian dilanggar pintu van EMRS lalu terhumban ke jalan yang menyebabkan kematiannya..

Adalah kini menjadi satu tanda tanya adakah inkues dijalankan secara telus dan lebih penting lagi adakah keadilan itu masih ada untuk arwah Adib?

Sekian.

RUJUKAN:

#justice4adib

[1] Menteri: AG wakil kementerian, bomba, peranan peguam tak perlu
https://www.malaysiakini.com/news/477594

[2] Peguam Jabatan bomba tarik diri
https://www.malaysiakini.com/news/477532

[3]Laporan bedah siasat Adib mengelirukan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/446496/laporan-bedah-siasat-adib-mengelirukan

[4] Inkues Muhammad Adib: Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/556279/inkues-muhammad-adib-koroner-tolak-permohonan-panggil-semula-saksi-pakar

[5] Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain
https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/23/pakar-forensik-saksi-inkues-adib-buat-laporan-polis-dakwa-diugut-saksi-lain/

[6] Pakar forensik lapor polis nafi ugut saksi inkues Adib
https://www.malaysiakini.com/news/473709

[7] Inkues Adib: Mahkamah Tinggi benar saksi-24 dipanggil semula
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/inkues-adib-mahkamah-tinggi-benar-saksi-24-dipanggil-semula-1.891908

[8] Inkues Adib: Pakar Forensik HKL sangkal fakta saksi ke-29
http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1725149

[9] Inkues Adib: Teori kecederaan pakar forensik kelirukan mahkamah – Peguam
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-adib-teori-kecederaan-pakar-forensik-kelirukan-mahkamah-peguam-207863

[10] Doktor pakar kesal peguam ‘malukannya’ di inkues Adib
https://www.malaysiakini.com/news/476522

[11] Jabatan Peguam Negara fail afidavit Adib tak dipukul, JK kuil tarik balik rayuan
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/15/jabatan-peguam-negara-fail-afidavit-adib-tak-dipukul-jk-kuil-tarik-balik-rayuan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.