Zionisme, telah ada usaha-usaha kuasa besar semasa fasa P.eran.g Dunia untuk mencari tanah bagi komuniti Yahudi memilikinya kemudian membina negara bangsa mereka, Namun segala usaha-usaha ini hanya menemui kegagalan semata.

  • PEMBENTUKAN KOTA ARARAT

Pada tahun 1820 sebelum pembentukan idealogi Zionisme, sherif AS berbangsa Yahudi bernama Mordecai Manuel Noah menempatkan Grand Island yang berdekatan dengan Sungai Niagara sebagai tempat penubuhan negara bangsa Yahudi.

Beliau menamakan negara bangsa ini dengan nama ‘Ararat’ sempena nama Gunung Ararat dalam kisah banjir besar dan bahtera Nabi Nuh A.S. Beliau juga sempat membina monumen dengan bertulis “Ararat, a City of Refuge for the Jews, founded by Mordecai M. Noah in the Month of Tishri, 5586 (September, 1825) and in the Fiftieth Year of American Independence”.

Dalam karya beliau berjudul ‘Discourse on the Restoration of the Jews’, Noah percaya bahawa sudah tiba masanya kaum Yahudi membina negara bangsanya dan meminta pertolongan AS dan Eropah untuk melaksanakan penubuhan Ararat.

Walau bagaimanapun, AS tidak berminat dengan cadangan tersebut dan dikatakan mengarut. Para rabbi Eropah pula memberitahu bahawa hanya Tuhan tentukan saja bilakah negara bangsa Yahudi bakal dilaksanakan, bukannya mengikut telunjuk Noah.

  • PROGRAM BRITISH UGANDA

Program British Uganda adalah pelan penempatan komuniti Yahudi Eropah ke wilayah British East Africa (Kenya) untuk menubuhkan negara bangsa. Usul ini dicetuskan oleh Setiausaha Kolonial British bernama Joseph Chamberlain, kemudian menyerahkannya kepada golongan Zionis yang diketuai oleh Theodore Herzl pada 1903.

Chamberlain mencadangkan tanah British East Africa dengan keluasan 5,000 batu persegi yang terdiri daripada tanah tinggi. Usul ini kemudian dibawa ke dalam Kongres Zionis Ke-6 bertempat di Basel, Switzerland pada 1903. Sejak bermula pembentangan, banyak perdebatan akan relevan pemberian tanah dari Afrika ini.

Ramai ahli kongres beranggapan bahawa tanah di Africa itu hanyalah ‘bilik kecil’ untuk menubuhkan negara bangsa mereka. Manakala sebilangan ahli kongres menyifatkan bahawa pembentukan negara bangsa di Afrika lagi sulit berbanding Palestin. Yang paling lantang membantah usul ini adalah ahli-ahli kongres dari Rusia.

Hasil undian perlaksanaan negara bangsa di Afrika adalah sebanyak 177 undian. Pada tahun seterusnya (1904), tiga orang wakil dari golongan Zionis datang ke British East Africa untuk meninjau lokasi yang dicadangkan oleh Chamberlain.

Iklim di British East Africa sangat sesuai untuk orang Eropah menempatkan koloni di tanah tinggi. Tetapi kawasan ini berbahaya dengan kehadiran haiwan buas seperti singa. Tambahan pula, kehadiran kaum Maasai yang tidak mahu orang Eropah datang membina penempatan mereka.

Setelah siap laporan dari 3 orang perwakilan dan diberikan kepada pihak Zionis, Kongres Zionis bermula pada 1905 dan mereka mengambil keputusan untuk menolak usul tersebut dengan baik. Sebilangan rakyat kongres yang tidak berpuas hati akan keputusan tersebut, kemudian menubuhkan Jewish Territorialist Organization dengan misi mencari tanah untuk Yahudi di luar Palestin.

  • PEMBENTUKAN JEWISH AUTONOMOUS OBLAST DI USSR

Menurut polisi negara yang dilaksanakan oleh pemerintah Joseph Stalin (1927-1953), kerajaan-kerajaan yang bergabung bersama USSR perlu memberikan sebahagian wilayah untuk mencapai autonomi budaya (perlaksanaan hak-hak minoriti) dalam kerangka sosialis.

Polisi ini dilaksanakan bagi berdepan 2 ancaman yang berbahaya bagi USSR, iaitu agama Yahudi yang bertentangan dengan polisi negara yang tidak berkait dengan sebarang agama, dan Zionisme, ideologi yang berbeza dengan pembinaan negara nasionalisme Soviet. Kedua-dua ‘ancaman’ ini hadir kerana lambakan kaum Yahudi sosialis yang bertempat di kawasan Sungai Amur.

Sebenarnya USSR mahu membentuk sebuah budaya Yahudi baru bernama ‘Soviet Zion’, di mana terbentuknya budaya terdiri dari para pekerja Yahudi yang mengamalkan bahasa Yiddish berbanding Hebrew. Manakala kesusasteraan dan seni berkait agama Yahudi harus dibuang dan digantikan dengan seni berunsurkan sosialisme.

Stalin beranggapan bahawa orang Yahudi tidak mempunyai tanah sendiri, maka orang Yahudi sosialis tiada hak untuk berkerajaan. Komuniti Yahudi sosialis menentang kenyataan Stalin ini kemudian memberikan solusi dengan pembentukan kerajaan Yahudi. Di sinilah wujudnya penubuhan kerajaan Jewish Autonomous Oblast (JAO).

Secara politik, inilah niat Stalin mendorong komuniti Yahudi sosialis untuk membentuk kerajaan Yahudi Soviet, sebagai alternatif pembentukan negara bangsa oleh Zionis di Palestin. Lagipun Stalin sendiri nak wujudkan ‘Soviet Zion’ ciptaannya, melawan Eropah yang pelopor kepada idea Zionism.

Maka, penubuhan JAO dinamakan sebagai Projek Birobidzhan, sempena nama ibu kota JAO. Rancangan kedua projek ini adalah menaikkan populasi orang Yahudi di JAO. Pada tahun 1928, tidak ada penempatan dibina di timur jauh USSR. Ketika itu komuniti Yahudi menetap di Ukrain, Belarus, dan kawasan Rusia barat.

Terdapat cadangan untuk menubuhkan sebuah republik Yahudi bernama Jewish Soviet Republic di Krimea, Ukrain tetapi ditolak oleh komuniti itu sendiri kerana takut dengan ancaman pembenci Yahudi di kawasan tersebut.

Keadaan geografi dan iklim Birobidzhan tidak berapa sesuai untuk penempatan manusia. Landskapnya banyak terdiri dari hutan paya bakau. Ramai penduduk berfikiran sebab Stalin memilih tanah yang jauh dari Palestin ialah beliau menjauhkan komuniti Yahudi dari pengaruh kuasa-kuasa Eropah.

Masuk 1930-an, kempen propaganda USSR mengajak Yahudi menetap JAO berjalan lancar. Ramai komuniti Yahudi bermigrasi ke JAO kerana terpengaruh dengan poster yang menunjukkan kota utopia sosialisme yang mengamalkan budaya berbahasa Yiddish. Banyak juga propaganda lain yang dikira berjaya menarik Yahudi pergi ke JAO berbanding Palestin seperti pembikinan wayang tentang keluarga Yahudi hidup bahagia di JAO.

Populasi kaum Yahudi di JAO meningkat naik dan penggunaan bahasa Yiddish semakin rancak dalam komuniti tersebut. Namun impian mewujudkan ‘Soviet Zion’ tergendala pada pertengahan 1930-an kerana berlaku pembantaian (purge) besar-besaran yang dilaksanakan oleh Stalin sendiri.

Akibat membawa komuniti luar ke USSR besar-besaran, kebuluran berlaku pada 1933-1934. Keadaan ini ditambah dengan ancaman pelbagai komuniti untuk berp.eran.g memaksa Stalin melaksanakan pembantaian ini. JAO terlibat sekali dengan penangkapan ketua komuniti Yahudi yang disyaki sebagai pengkhianat negara. Sehingga P.eran.g Dunia Kedua, migrasi Yahudi ke JAO terhenti.

Disebabkan pemb.anta.ian Stalin, populasi Yahudi JAO dari 50,000 orang menurun secara mendadak sehingga seramai lebih 1,500 orang saja. Maka, JAO tidak lagi mampu bersaing dengan Palestin sebagai alternatif penubuhan negara bangsa. Kini, JAO masih lagi wujud sebagai wilayah federal yang mana komuniti kecil Yahudi masih lagi mengamalkan budaya Yiddish.

  • PELAN FUGU

Jepun juga tidak terkecuali untuk memberikan tanah kepada para pelarian Yahudi selain AS dan Eropah. Pada tahun 1930-an, P.eran.g Sino-Jepun Kedua berlaku antara Empayar Jepun dan China kemudian berakhir dengan wilayah Manchukuo menjadi milik Jepun.

Kapten Inuzuka Koreshige iaitu ketua biro penasihat armada laut Imperial Japanese Navy bertugas di Shanghai pada 1934, Melihat lambakan pelarian Yahudi Eropah tiba di Asia akibat Holocaut Na3i Jerman, Inuzuka memberikan mereka penempatan di Manchukuo dan memberikan kemudahan infrastruktur.

Tujuan kapten Inuzuka berbuat demikian kerana ingin mendapat perhatian dari AS dan negara-negara Barat lain supaya Jepun mendapat kerjasama atau diplomasi atas kemanusiaan terhadap pelarian Yahudi ini. Pada 1938, Mesyuarat Lima Menteri yang diadakan oleh kerajaan Jepun untuk membincangkan masalah pelarian Yahudi ini. Keputusannya, mereka memberikan kebenaran kepada Inuzuka untuk membina penempatan Yahudi di Shanghai.

Tahun 1939, Inuzuka bersama kolonel tentera darat Empayar Jepun bernama Norihiro Yasue dan Ishiguro Shiro dari kementerian luar negeri Jepun berusaha menubuhkan kerajaan autonomi Yahudi di Shanghai dan memberikan komuniti Yahudi kuasa memerintah.

Usaha ini dinamakan sebagai Pelan Fugu, sempena nama ikan buntal yang menjadi hidangan makanan. Jika ikan buntal tidak dibersihkan dan dipotong ini, si pemakan akan mengalami m.a.ti kerac.una.n. Jadi, menubuhkan penempatan Yahudi kira berisiko untuk masa depan namun masih mempunyai manfaat untuk Jepun sendiri.

Walau bagaimanapun, Pelan Fugu ini tidak disenangi oleh Na3i Jerman dan Jerman harus membuat sesuatu supaya Jepun lupakan pelan tersebut. Pada tahun 1940, Jerman mengajak Itali dan Jepun untuk mengadakan pakatan Axis melalui Perjanjian Tripartite. Setelah Jepun menyertai pakatan Axis, Pelan Fugu terus terabai membiarkan komuniti Yahudi hidup sendiri di Shanghai.

  • PELAN MADAGASCAR

Pelan Madagascar adalah pelan yang dirancang oleh Rrich Ketiga Na3i Jerman dalam menyelesaikan lambakan Yahudi Eropah, iaitu menempatan mereka di pulau Madagascar, Afrika.

Penempatan komuniti Yahudi ke Madagascar bukanlah idea yang baru. Idea ini telah lama dibicarakan oleh para tokoh ketenteraan anti-Semitik, kerajaan British, Perancis, dan Poland. Namun begitu, Na3i Jerman mendahului dalam perlaksanaannya bermula pada May 1940.

Dalam memorandum milik Heinrich Himmler (komandan pegawai elit SS) berjudul ‘Reflections on the Treatment of Peoples of Alien Races in the East’, beliau menyatakan harapan agar penempatan besar-besaran komuniti Yahudi ke Afrika bakal berlaku.

Usul ini mendapat perhatian fuhrer Jerman bernama Ad0.1f H1.tl3r dan beliau memberikan lampu hijau. Adolf Eichmann kemudian melaksanakan memorandum pada 15 Ogos 1940, iaitu membawa komuniti Yahudi seramai sejuta orang setiap tahun pada masa 4 tahun.

Madagascar pada ketika itu di bawah kekuasaan Perancis tetapi Jerman yakin akan ketumbukan tenteranya mampu menghalau Perancis, kemudian melaksanakan penempatan dan membina kerajaan sementara di bawah perintah SS (Schutzstaffel). Namun pelan ini tidak diteruskan saat Jerman kalah oleh British dalam Pertempuran Britain pada akhir 1940. Jerman sibuk berp.eran.g sehingga pada tahun 1942, Jerman membuat tindakan tidak berperikemanusiaan bagi mneyelesaikan cepat akan masalah komuniti Yahudi ini, iaitu pembantaian besar-besaran atau Holocaust.

  • PENUBUHAN NEGARA BANGSA DI BRITISH GUIANA

Pernah British memilih wilayah jajahan British di Amerika Selatan bernama British Guiana (Guyana) sebagai penempatan sementara komuniti Yahudi Eropah pada 1939. Pada bulan Mac 1940, British Guiana menjadi salah satu calon untuk penubuhan negara bangsa Yahudi setelah siap menempatkan komuniti ini.

Setelah pembicaraan panjang antara British dengan wakil pemerintah di British Guiana, British memutusakn bahawa lupakan saja impian membina negara bangsa itu kerana masalah dalaman wilayah itu lebih penting untuk diselesaikan.

  • PENUBUHAN NEGARA BANGSA DI ITALIAN EAST AFRIKA

Itali pernah juga memberikan cadangan untuk menyelesaikan lambakan komuniti Yahudi Eropah dan cadangannya adalah menjadikan Italian East Afrika (Ethiopia) iaitu wilayah di Tanduk Afrika menjadi wilayah penempatan komuniti Yahudi ini. Kemudian membina sebuah negara bangsa bersama pendnduk asal iaitu kaum Beta Israel, juga kaum Yahudi Ethiopia.

Walauj bagaimanapun, rancangan ini tidak pernah dilaksanakan kerana polisi undang-undang Itali yang mempunyai kuat pengaruh fasis. Antaranya tidak boleh bercampur dengan warga berkulit hitam kerana warga berkulit putih lebih superior. Jadi mencampurkan komuniti Yahudi Eropah dengan Yahudi Ethiopia adalah dilarang dalam undang-undang ini.

  • PORT DAVEY, AUSTRALIA SEBAGAI NEGARA BANGSA YAHUDI

Pada akhir 1930-an, Liga Zionis British mencari tanah yang sesuai untuk menubuhkan negara bangsa mereka di Australia. Pada mulanya wilayah Kimberley di utara Australia menjadi calon pertama tetapi Perdana Menteri Australia ke-14 bernama John Curtin membantah cadangan ini.

Kemudian, warga wilayah Pulau Tasmania bernama Critchley Parker mencadangkan kota Port Davey di Tasmania sebagai kawasan untuk menubuhkan negara bangsa Yahudi. Atas kebenaran pemerintah Tasmania bernama Robert Cosgrove, Paker meninjau keadaan geografi di Port Davey namun beliau telah meninggal dunia semasa menjalankan tinjauan pada 1942. Dari sini tiada siapa mahu meneruskan usaha Parker.

RUJUKAN:

Selig Adler and Thomas E. Connolly. From Ararat to Suburbia: the History of the Jewish Community of Buffalo (Philadelphia: the Jewish Publication Society of America, 1960, Library of Congress Number 60-15834)

Origins of the Pacific W.ar and the importance of ‘Magic’ by Keiichiro Komatsu, Palgrave Macmillan, 1999.

Duffy, Conor (January 18, 2010). “The plan for a Jewish homeland in Tasmania”. The 7.30 Report. Australian Broadcasting Corporation.

Milligan, Joseph (1858). “On the dialects and languages of the Aboriginal Tribes of Tasmania, and on their manners and customs” (PDF). Papers of the Royal Society of Tasmania: 270.

Melech Epstein, The Jew and Communism: The Story of Early Communist Victories and Ultimate Defeats in the Jewish Community, USA, 1919–1941. New York: Trade Union Sponsoring Committee, 1959.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.