Moving Forward As One

Tanah Kubur Yang Menanam Sayur

927

Kalau fikir balik, apa sebenarnya fungsi tanah perkµbµran selain daripada tempat persemadian? Tiada fungsi pun. Tanah perkµbµran tidak boleh dibuat penyumbang pada ekonomi, melainkan jika ada unsur sejarah yang mendalam

Tanpa dorongan ekonomi sekalipun, tanah perkµbµran tetap mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat. Kerana di sebalik timbunan tanah, ada ibu bapa, abang adik atau anak cucu yang dirindui.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Kerana kenangan inilah orang sanggup mengeluarkan belanja untuk penjagaan kµbµr. Malaysia menganjurkan program khairat kemat.ian untuk memudahkan urusan pengebµmian. Manakala purata kos pengebµmian kalau di Beijing misalnya berada dalam lingkungan AS$3,500 hingga AS$12,877 (Hui, 2015).

Kos ini merupakan bukti: sebanyak mana orang sanggup bayar, sebagai tanda penghormatan terakhir kepada insan disayangi.

Cuba cadangkan projek perniagaan di tempat pengebµmian – tentu sekali orang naik minyak. Silap-silap boleh berdemonstrasi siap. Tetapi ada sebuah negara yang membawa pemikiran berlainan.

Heritage Gardens terletak di Surrey, British Columbia yang kaya dengan budaya indah dan infrastruktur tersusun Kanada.

Pokok-pokok di sekitar kawasan ini mungkin sudah mencecah ratusan tahun. Tanahnya juga serba kehijauan dengan jagung, kangkung, kubis brussel, labu dan pucuk ubi.

Sayur-sayuran ini menumpang manfaat pendebungaan (pollination), kerana Heritage Gardens turut menjalankan perniagaan madu lebah. Tetapi pada masa yang sama, Heritage Gardens juga menjalankan perkhidmatan pengebµmian.

Tapak semai Heritage Gardens.

Pelik. Kebun sayur. Ladang lebah. Kµbµr. Kombinasi yang lain dari lain – tetapi sebenarnya pengusaha Heritage Gardens ada niat yang murni. Mereka hanya mahu membetulkan persepsi buruk yang diterima selama ini.

Kerap orang berprasangka – bahawa Heritage Gardens hanya membuat untung daripada air mata dan duka lara. Jadi mereka membuat sesuatu yang boleh membendung aura negatif sebegini. Selalu orang kembali untuk berziarah. Mereka mahu orang kembali untuk sesuatu yang positif.

Trend Membuat Kµbµr Untuk Orang Yang Hidup

Heritage Gardens sebenarnya mengikut trend juga. Sekalipun berani berubah, ia bukan tempat perkµbµran pertama yang memperkenal aura positif sebegini. Lynchburg di negeri Virginia, Amerika Syarikat, sangat terkenal dengan Piedmont Beekeepers Association yang menjual balang “D.ied and Gone To Heaven”.

Balang ini mengandungi madu lebah, dihasilkan di sebuah tapak perkµbµran. Kejiranan di Berlin pula membuat sebuah “taman komuniti” yang diberikan nama Prinzessinnengarten (Taman Puteri) mungkin sempena nama jalan iaitu Prinzenstrasse. Di sini mereka menjual herba dan sayur segar-bugar, yang dihasilkan di tanah perkµbµran.

Konsep ini mungkin dianggap baru…. tetapi sudah dilaksanakan segelintir perusahaan perkµbµran. Sambil menjaga sentimen umum, mereka masih mampu menjana pendapatan untuk diri dan komuniti.

Tidak pelik juga, jika ada pelanggan dalam kalangan warga emas membuat keputusan: “aku nak ditanam kat sini nanti.”

Kalau di Heritage Gardens, ada banyak masalah asalnya. Tanah ini sudah mengagihkan liang untuk “dilahadkan”.

Tempahan liang pun kadangkala sudah dibuat 20-30 tahun lalu. Jika bergantung pada pengebµmian semata-mata, mestilah susut sikit potensi menjana pendapatan.

Memandangkan sebahagian daripada Heritage Gardens penuh dengan bunga berwarna-warni, pihak pengurusan pun terfikir: kenapa aku tak letak sarang lebah saja kat sini?

Mereka menumpahkan bakti pada tanah, yang akhirnya membuahkan hasil lumayan.

Bukan setakat orang ramai saja yang bertandang. Helang dan rusa juga membuat Heritage Gardens sebagai tempat persinggahan. Masyarakat sekeliling turut mendapat manfaat. Setiap keluarga boleh melanggan pakej-pakej tertentu.

Dalam pakej ini, mereka mungkin mendapat madu… tetapi bukan dalam balang. Mereka sebenarnya membayar untuk Heritage Gardens jaga sebuah sarang lebah. Pengeluaran madu pula dikongsi antara keluarga, pengusaha dan komuniti secara percuma (kerana undang-undang tempatan tidak membenarkan Heritage Gardens jual).

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Sesiapa yang mengunjung turut mendapat sayur-sayuran dengan percuma. Pengunjung pun terima sahaja, mungkin memberi derma dengan ikhlas pada masa yang sama. Jika ada benih berlebihan,

Heritage Gardens akan menderma terus kepada pihak berkuasa tempatan untuk memajukan industri pertanian Surrey.

Dengan menyediakan kod QR pada setiap bungkusan, pembeli benih mendapat maklumat tunjuk ajar daripada Heritage Gardens tentang cara untuk menanam (Kiniry, 2021).

RUJUKAN:

Hui, Z. (2015, Mac 25). Average (ditapiskan) costs for urban Beijingers $12,877: report. Global Times.

Kiniry, L. (2021, April 19). Why a Vancouver (ditapiskan) is planting squash, kale and corn. Atlas Obscura.

Ruangan komen telah ditutup.