Senior Cambrige setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia pada zaman penjajah. Tidak ramai orang Melayu terutama perempuan yang lulus Senior Cambridge pada zaman penjajahan terutama awal 1900. Ini adalah kerana faktor kedudukan sekolah Inggeris pada masa tersebut yang teretak di kawasan bandar.

Selain faktor agama kerana kebanyakan ibu bapa Melayu pada zaman tersebut beranggapan sekolah Inggeris milik kafir maka takut anak mereka menjadi kafir. Kebanyakan sekolah Inggeris didirikan oleh paderi Kristian. Malah gurunya juga kebanyakannya juga mubaligh pada awalnya. Anak perempuan pula pada masa itu jarang sekali disekolahkan. Kalau disekolahkan pun hanya setakat darjah 5 sekolah Melayu.

Menakjubkan apabila ayah Kontik Kamariah beranggapan sebaliknya. Ayahnya Allahyarham Ahmad Panglima Garang Ishak bekas Penghulu Kuala Lumpur telah menyekolahkan Kontik Kamariah sehingga peringkat tertinggi di sekolah Inggeris. Kontik Kamariah telah dilahirkan pada tahun 1911 di Kampung Seputih Kuala Lumpur. Bersekolah rendah di Sekolah Melayu Seputih Kuala Lumpur sehingga lulus darjah 5. Kemudian Bersekolah di Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur sehingga lulus Senior Cambridge.

Mengikuti latihan perguruan di Institut Victoria dan merupakan wanita Melayu pertama yang mengikuti kursus perguruan. Menjadi guru selama beberapa tahun sebelum dilantik menjadi Inspektor Sekolah Melayu Perempuan Kuala Lumpur pada tahun 1939. Berkahwin dengan Allahyarham Bahadun Haji Hassan seorang duta.

Antara seorang yang lantang menentang penjajah dan memperjuangkan pendidikan terutama kepada kaum wanita. Aktif di dalam pelbagai pertubuhan koperasi. Dianugerahkan gelaran Tan Sri atas jasanya.

Sumber:

Kontik Kamariah. Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus. Universiti Malaya.

http://www.arkib.gov.my/web/guest/tan-sri-datin-sri-cempaka-kontik-kamariah-bt.-ahmad2


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Leave A Reply