1. Ada beberapa ikon korporat di Malaysia yang perlu kita ambil tahu kisah mereka. Kita mungkin kerap membaca kisah billionair luar negara tetapi sebenarnya ramai tokoh ekonomi negara yang sewajarnya kita perlu tahu dan ambil peduli. Antaranya ialah Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

2. Sebagai anak jati Johor nama Tan Sri Muhammad Ali Hashim bukanlah asing bagi saya. Masihkah anda masih ingat pada jenama Pisang Montel satu ketika dulu? Pisang Montel adalah antara contoh ‘intrapreneuring’ yang pernah diideakan oleh Tan Sri.

3. Sebelum ini saya mengikuti rapat tulisan-tulisan beliau yang disiarkan di akhbar Utusan dan Sinar Harian. Bahkan beliau juga adalah tokoh korporat di Malaysia yang aktif dalam penulisan buku dan artikel berkaitan ekonomi.

4. Buat mereka yang baru mengenali Tan Sri, beliau adalah mantan CEO Johor Corporation.

4.1. Johor Corporation mempunyai track record yang memberangsangkan di bawah pimpinan Tan Sri, sehingga mampu memiliki 280 buah anak syarikat dengan aset berjumlah RM14 bilion pada tahun 2009. Bahkan beliau berjaya menjadikan JCorp sebagai sebuah organisasi korporat utama Malaysia, melibatkan 280 syarikat (8 tersenarai di Bursa Malaysia, 1 di London Stock Exchange) dan mempunyai lebih 65,000 tenaga kerja.

5. Tan Sri Muhammad Ali Hashim menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) selama lebih 28 tahun (Januari 1982-Julai 2010).

6. Bahkan sejak menerajui PKENJ(sebelum ditransformasi menjadi JCorp) sebagai Ketua eksekutif, beliau telah membawa PKENJ mencatat keuntungan melebihi RM300 juta pada tahun 1994. Malahan himpunan aset dan harta bersih PKENJ ketika itu melebihi RM2.5 bilion.

7. Di bawah pentadbiran beliau, JCorp menjadi satu nama yang gah bahkan dalam masa yang sama JCorp mengangkat sektor perindustrian dan menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri perindustrian utama negara.

8. Pemikiran Tan Sri dalam ekonomi adalah 20 tahun terkehadapan. Idea beliau membeli jenama dan syarikat ayam goreng antarabangsa, KFC pada tahun 2006 melalui anak syarikat, Kulim (Malaysia) Bhd adalah sesuatu yang berani dan ‘power’.

9. Selain itu antara langkah berani beliau ialah, pada tahun 1994, PKENJ berjaya mengambil alih 5 daripada 6 hospital milik swasta. 3 daripada hospital tersebut terjejas kerana kemelesetan ekonomi namun KPJ Healthcare Sdn Bhd dibawah teraju beliau berjaya memulih dan mengurus malahan KPJ berjaya menjadi pemain utama dalam bidang prisihatin hingga kini. KPJ Healthcare Bhd sekarang adalah pemimpin pasaran dalam bisnes Perubatan Pakar dengan lebih 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di Indonesia.

10. Di bawah beliau, JCorp juga berjaya mengambil alih syarikat milik asing seperti Kulim(Malaysia) Berhad yang pernah disenaraikan di Pasaran Saham London. JCorp pernah diiktiraf antara syarikat pemilik ladang terbesar di Malaysia. Kulim Malaysia Berhad juga terlibat dalam industri membangunkan minyak kelapa sawit dan memiliki perladangan kelapa sawit terbesar di di Papua New Guinea. Kalau anda perasan jersi Johor FC pernah menggunakan logo Kulim ini satu masa dulu.

11. Tan Sri berjaya memacu nilai modal pasaran saham(market capitalization) dan saham-saham tersenarai milik JCorp pada akhir 2011 melebihi RM18.1 bilion. Manakala jualan tahunannya melebihi RM8 billion, dengan keuntungan bersih pada 2010 berjumlah RM962 juta.

12. Beliau juga adalah merupakan pengasas dan pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Bhd(WANCorp), iaitu sebuah institusi wakaf korporat pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada akhir 2011 nilai aset WANCorp adalah berjumlah RM502 juta.

13. Satu kelebihan beliau ialah beliau tidak akan meninggalkan nilai-nilai Islam dalam setiap idea bisnes beliau. Kita pasti biasa dengar istilah Jihad Bisnes? Ini adalah antara slogan popular beliau.

14. Rasanya tidak ramai rakyat Johor yang mengenali tokoh yang begitu hebat ini walaupun separuh hayat beliau diabdikan untuk membangunkan ekonomi Johor.

15. Walaubagaimanapun semalam kita dikejutkan dengan berita kematian tokoh besar ekonomi negara, khasnya kepada Johor ini.

16. Tulisan ini mengajak kita mengenali tokoh-tokoh hebat yang pernah muncul dalam negara. Kalau kita boleh kenal dan addicted dengan artis atau Cristiano Ronaldo, alangkah ruginya ‘wira-wira’ yang pernah berbakti kepada negara ini, kita pandang sepi.

17. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan para syuhada’ dan solehin. AlFatihah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Yusof adalah seorang pembaca seni, falsafah dan budaya.

Leave A Reply