Tan Sri Dato Mubin Sheppard adalah salah seorang pegawai kolonial yang berkhidmat di Tanah Melayu yang memeluk Islam. Nama asalnya  Mervyn Cecil ffrank Sheppard yang dilahirkan pada 1905 di Ireland. Mendapat pendidikan awal di Malborough College dan Universiti Cambridge. Pada tahun 1928 beliau lulus peperiksaan menjadi pegawai kolonial untuk berkhidmat di Tanah Melayu.

Mula berkhidmat sebagai pegawai kadet Malay Civil Service di Tanah Melayu. Menjawat beberapa jawatan penting antara pegawai daerah, residen di Negeri Sembilan dan pegawai pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Sejak mula datang ke Tanah Melayu, beliau telah jatuh cinta dengan Tanah Melayu dan Agama Islam. Diberitakan beliau memeluk Islam semasa bertugas di Negeri Sembilan. Guru beliau bagi mendalami Agama Islam adalah  Haji Abdur Rahman bin Haji Usman, salah seorang guru bahasa Melayu yang pada tahun 1903 menjadi Pengawas Sekolah-Sekolah Melayu di Singapura.

Terlalu banyak jasa dan pengorbanan beliau. Antara pernah menjadi pegawai tentera gerila British bagi melawan pendudukan Jepun. Tetapi akhirnya beliau ditangkap lalu menjadi tahanan perang dan mujur dibebaskan sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Menulis pelbagai buku seperti :

  1. Malay Regiment History
  2. Short History of Malaya
  3. Tunku Abdul Rahman, Father Of Independent
  4. The Adventure Of Hang Tuah.
  5. History Of Singapore.

Selepas merdeka beliau telah dilantik sebagai Pengarah Arkib sebelum dilantik sebagai Pengarah Muzium Negara yang pertama. Semasa menjadi pengarah di dua jabatan tersebut beliau gigih mengumpulkan artifak Melayu. Tan Sri Mubin, berjaya pada peringkat tertentu mengumpulkan beberapa artifak lama tersebut termasuk diari atau buku-buku catatan pegawai pentadbir Inggeris, surat-menyurat antara Stamford Raffles dengan Temenggung Hussein Johor, surat-surat daripada Gabenor W. Farquhar kepada pegawai-pegawai tinggi Inggeris dan pelbagai catatan awal darihal Kuala Lumpur, catatan diari Sir Henry Gurney dan lain-lain. Mubin Sheppard juga berjaya mendapatkan pelbagai alat-alat perhiasan Melayu zaman Hindu dan Portugis yang tersimpan di Lisbon dan London

Malah beliau adalah pengasas Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) dengan menjadi setiausaha pertama. Perkim ditubuhkan dengan tujuan menerangkan perihal Agama Islam kepada bukan Islam dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Beliau meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 89 tahun dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

RUJUKAN:

Sebar syiar Islam kepada semua kaum. http://www.utusan.com.my/rencana/sebar-syiar-islam-kepada-semua-kaum-1.125584

Tan Sri Datuk Dr Haji Abdul Mubin Sheppard. http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/tan-sri-datuk.-dr.-haji-abdul-mubin-shepp

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Comments are closed.