Taman Tergantung Babylon

3,756

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Ianya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC).

Bagaimana rupanya taman tergantung Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah puisi :

”Seseorang boleh minum jus buah di taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran dibawa angin mengembang ke kolam-kolam air, lalu ke kota Babylon di bawahnya. Seluruh kota Babylon kelihatan sangat jelas dari puncak taman. Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan.”

Buah-buahan, bunga-bungaan, pelbagai haiwan dan air terjun, semuanya terdapat dalam taman gantung Babylon. Taman ini adalah amat menarik dan cantik sehingga kecantikannya menjadikan bualan penduduk yang ada pada ketika itu. Taman Gantung Babylon ini terletak di timur tebing berhampiran Sungai Euphrates, kira-kira 50km selatan Baghdad, di Iraq.

Tidak menghairankan sekiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini boleh diibratkan seperti syurga dunia. Hedorotus pula mengatakan bahawa taman ini terletak di dalam kawasan istana yang dindingnya berselaput emas yang sangat tebal. Apa yang menariknya, akibat dibina begitu tinggi dari permukaan, ianya mewujudkan ilusi seperti sebuah taman yang tergantung.

Seperti mana Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk Mumtaz Mahal, taman bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah lambang cinta sejati.

Taman ini dibina oleh Raja Nabuchadnezzar kepada isterinya dikhas Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di pergunungan Persia (Iran). Amytis dambakan keindahan tempat asalnya, diantara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin.

Ini sangat berbeza dengan dengan Babylon yang terletak di padang pasir dan gurun yang tandus. Maka, demi mengubati kerinduan isterinya, terciptalah sebuah taman yang diibratkan seperti cebisan kayangan yang jatuh ke bumi.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.