Tamadun Purba Di Bumi USA

0
1255
views

Kenyataan bahawa USA ialah sebuah negara yang dibina oleh para pendatang sememangnya benar. Kerana sebelum orang kulit putih sampai ke bumi USA, hamir membunuh seluruh populasi pribumi USA yang lain, sesungguhnya bumi USA pernah menyaksikan sebuah tamadun yang berdiri sama zaman dengan Empayar Melayu Srivijaya.

Perkenalkan kepada anda Kebudayaan Mississippi yang dapat dijejak sebanyak tiga zaman iaitu Zaman Awal Mississippi, Zaman Pertengahan Mississippi dan juga Zaman Lewat Mississippi. Untuk rekod, zaman awal Kebudayaan Mississippi boleh dijejak seawall sehingga 800 Masihi sehingga 1200 Masihi sebelum memasuki zaman pertengahan yang berusia dalam sekitar 1200-1400 Masihi sebelum zaman lewatnya pada 1400-1540 yang boleh dikatakan sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Identiti yang melekat pada kebudayaan Mississippi ini ialah pada seni binanya yang berasaskan struktur binaan berbukit-struktur binaan berbukit selalunya dibentuk menjadi binaan berasaskan piramid, bangunan keagamaan, bangsal, makam penanaman, dan penempatan. Persis pada Gunung Padang yang menjadi identiti penempatan pra-sejarah di Indonesia.

Ciri-ciri utama yang boleh didapati pada kebudayaan purba ini ialah antaranya penamaman jagung yang merupakan sumber utama rezeki bagi penduduk pribumi Amerika sendiri. Nilai-nilai kesenian yang tinggi boleh didapati juga pada hasil-hasil tembikar yang diperbuat daripada tinggalan-tinggalan cengkerang lalu membentuk arca-arca dan tembikar yang sehingga hari ini, masih boleh dilihat pada muzium-muzium di Amerika terutama di wilayah Mississippi itu sendiri.

Waqaf Saham

Selain itu, penempatan-penempatan yang wujud pada Kebudayaan Mississippi ini ialah berasaskan sistem ketua yang bertindak sebagai kepala suku bagi setiap puak yang mendiami Missossippi sendiri. Selain itu, perdagangan turut dijalankan dengan penempatan yang berbeza.

Seperti mana tamadun mesoamerika yang lain, Kebudayaan Mississippi tidak mengenali sebarang besi, dan kebanyakan alatan mereka masih menggunakan peralatan gangsa dan tidak mengenali ilmu metalurgi. Kebudayaan Mississippi juga tidak mengenali sebarang binaan berasaskan batu dan juga tidak mempunyai sistem tulisan mereka tersendiri.

Walaupun sedemikian, mereka tetap mampu membina sebuah kota yang boleh kita kagumi. Perkenalkan kepada anda, salah satu kota yang dibina oleh Kebudayaan Mississippi yang dikenali sebagai Cahokia yang terletak di Selatan Illnois di USA hari ini.

Keluasan penempatan Cahokia dikatakan mencecah 40, 000 nyawa pada abad ke-13, dengan keluasan dianggarkan seluas 22 ribu buah ekar. Binaan yang paling sinonim dengan Cahokia ialah sebuah struktur binaan berbukit yang dipanggil sebagai Monks Mound dan ia merupakan struktur binaan berbukit yang paling besar pernah dibina oleh manusia di wilayah USA dan Mexico hari ini yang setinggi 30 meter, 290 meter panjang dan 255 meter lebar. Hari ini, Chaokia adalah sebahagian daripada tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Previous articleKekayaan Maha Agung Empayar Melayu
Next articleKaum Magyar (2000 SM – Kini): Penjarah Yang Membina Kerajaan Hungary
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE