Tamadun Manusia Dijangka Akan Runtuh Pada Tahun 2050

2,407

Sebuah analisis meramalkan bahawa perubahan iklim (climate change) akan menjadi ancaman kewujudan tamadun manusia pada tahun 2050 sekiranya tindakan segera dan drastik tidak diambil.

Tambahan lagi, sekiranya tiada tindakan diambil dalam tempoh 30 tahun, planet akan meningikat suhunya sehingga 3oC. Dalam senario ini, Bumi akan menjadi ‘househot Earth’ – 35% kawasan darat dan 55% populasi dunia akan mengalami kepanasan berbahaya selama 20 hari yang mampu membunuh.

Ekosistem pula akan runtuh termasuklah terumbu karang, hutan hujan Amazon dan kawasan Antartika. Amerika Utara akan mengalami pembakaran api liar (wildfires) yang begitu dahsyat. Api liar tercetus secara semula jadi di kawasan kering akibat cuaca yang panas.

Amerika Utara juga akan mengalami gelombang haba dan kemarau yang teruk. Hujan lebat akan semakin berkurangan sehingga 50% dan pertanian tidak dapat dijalankan akibat dunia menjadi kering.

Jalan penyelesaian yang mereka kemukakan agak radikal seperti penggunaan tenaga sifar-karbon dalam industri dan strategi ekonomi – hal yang agak mustahil untuk dilakukan dengan kadar segera memandangkan pelbagai teknologi hari ini melepaskan karbon.

Mereka juga menegaskan bahawa kebarangkalian malapetaka tersebut berlaku lebih tinggi daripada apa yang kita fikirkan. Malah, lebih awal daripada jangkaan.

Ini tidak menghairankan kerana ramalan pernah dibuat 10-20 tahun yang lalu dan meramalkan tahun 2070 adalah tahun runtuhnya ketamadunan. Pada hari ini, ramalan menjadi lebih awal. Kajian dan analisis ini diterbitkan oleh Breakthrough National Centre for Climate Restoration.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/by-2050-climate-change-could-alter-human-civilisation-as-we-know-it
  2. Spratt, D., & Dunlop, I. (2019). Existential climate-related security risk: A scenario approach. Australia: National Centre for Climate Restoration.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.