Siapa yang tak kenal dengan sejarah penaklvkan Empayar Mongol? Mereka dikenali bukan kerana betapa luasnya wilayah yang ditaklvki mereka pada masa itu, tetapi kerana semua orang amat takut akan kekej4man melampau yang memang disengajakan tent3ra Mongol bagi membina satu doktrin melalui jalan pintas bagi mengawal masyarakat, iaitu dengan membuatkan mereka merasa amat takut.

Namun, selain daripada strategi psikologi itu, Mongol bukanlah tent3ra nomad yang menyer4ng membuta tuli tetapi mereka turut menguasai taktikal tempvr yang lebih halus dan maju.

Pada satu hari di hari Jumaat, sekitar tahun 1220 di Bukhara, salah satu kota besar Empayar Khwarazmy, masjid dipenuhi oleh orang ramai yang berkumpul untuk mendengar pengumuman oleh seorang lelaki yang baru saja berjaya menawan kota mereka. Lelaki itu menaiki mimbar masjid setelah turun dari kudanya, dari penampilannya beliau adalah orang asing, dengan pakaian dan baju besi yang menunjukkan bahawa dia berasal dari negeri yang jauh.

Para hadirin para pemimpin agama, tabib, cendekiawan, dan semua orang dari pelbagai latarbelakang dan orang-orang terkemuka yang lain hanya menunggu pahlawan yang jarang dilihat itu memulakan bicaranya. Dia mula menyampaikan ucapan yang kemudian diulang ucap oleh penterjemahnya kepada orang ramai :

“Wahai manusia, ketahuilah bahawa kamu telah melakukan dosa-dosa besar, dan bahawa orang-orang ternama di antara kamu telah melakukan dosa-dosa ini.  Sekiranya kamu bertanya kepada aku apa bukti yang aku ada di atas dakwaan ini, sesungguhnya jawapanku adalah aku adalah hvkuman dari Tuhan. Sekiranya kamu tidak melakukan dosa besar, Tuhan tidak akan mengirimkan aku sebagai hvkuman buat kalian!”

Ternyata, sang ‘algojo kiriman Tuhan’ itu tidak datang hanya untuk menyampaikan ceramah khutbah kepada warga Bukhara semata-mata. Para tent3ranya telah menj4rah kota itu dengan cara yang sangat teratur. Kemudian penduduk akan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan, dan mereka yang tidak terbvnuh akan terus dipaksa untuk dijadikan kerahan tent3ra penaklvk bagi mensasarkan negara yang seterusnya.

Peta Empayar Mongol pada tahun 1259

Rantaian kejadian pantas ini membuatkan penduduk menjadi bingung kerana ramai dari mereka yang berkumpul di masjid itu langsung tidak mengenali siapa perajurit itu atau mengapa angkatan tent3ranya muncul di hadapan tembok kota Bukhara. Sehinggalah tidak lama kemudian, penaklvk tersebut bersama dengan angkatan tent3ra nomad berkudanya bakal mencipta nama dalam sejarah setelah menaklvki pelbagai negara di hampir seluruh benua Asia dan Eropah.

Beliau membina sebuah empayar yang merupakan tanah wilayah berdampingan (sempadan kuasa yang tidak dipisahkan oleh negara lain atau laut) dan dianggap sebagai yang terbesar dalam sejarah dunia. (Empayar British adalah yang terbesar, tetapi wilayah mereka tidak bersambung di atas satu tanah yang sama).

Tidak ada empayar lain yang mampu meluaskan sempadan terbesar dalam masa yang singkat. Empayar besar ini bangkit dari padang rumput Mongolia. Dan pahlawan yang mengetuai bala tent3ra Mongol itu tidak lain dan tidak bukan, Temudjin atau lebih dikenali sebagai Gengkhis Khan.

Sempadan Empayar Mongol terbentang sejauh dari Eropah Timur ke Laut Jepun, meluas ke benua India dan Timur Tengah, meliputi ukuran 9,27 juta batu persegi. Bahkan Empayar Rusia hanya menduduki tempat ketiga dalam senarai empayar terbesar dengan ukuran tanah seluas 8.8 juta batu persegi, hanya peta politik yang digabung bersama dengan negara lain yang pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet dan Republik Persekutuan Rusia hari ini saja mereka mampu mengatasi Mongol.

Data dari infografik ini dirujuk dari laman web World Atlas.

Empayar Mongol yang diasaskan oleh Genghis Khan menjadi wilayah berdampingan yang terbesar dalam sejarah, yang terbentang dari Laut Jepun ke Laut Mediterania dan Pergunungan Carpathian. Pada titik kemuncak kuasanya, lebih dari satu juta orang dikerah sebagai tent3ra  dalam pasukan Khan Agung atau maharaja Empayar Mongol, Khan kepada segala Khan.

Walaupun tindakan ofensif terawal Genghis Khan tidal pernah dilakukan atas dasar matlamat mahu menaklvk dunia, namun Khan-khan Mongol yang lain dibawahnya bertekad untuk menaklvki dunia, namun, sesungguhnya, dengan sumber kian terhad, mereka akhirnya jatuh hanya kerana beberapa sebab-sebab kecil yang semulajadi. Sebelum jatuh sepenuhnya  Empayar Mongol sempat dipecahkan kepada empat kerajaan selepas per4ng saudara, iaitu Dinasti Yuan, Kekhanan Chagatai, Ilkhanat, dan Golden Horde.

Mongol ketika menj4rah Baghdad pada 1258

Kesemua kerajaan Khan Mongol ini bertahan sehinggalah seorang lagi tokoh Turki-Mongol bangkit menceroboh dan menaklvk beberapa kerajaan di sekitar Asia Tengah dan Parsi, bahkan mengambil alih pemerintahan Chagatai, Ilkhanat dan Golden Horde, lalu menubuhkan sebuah pemerintahan Parsi-Mongol iaitu Empayar Timurid yang diasaskan oleh salah seorang keturunan Genghis Kha iaitu Timur.

Kesilapan Mongol yang pernah menjadi kerunsingan Genghis Khan adalah, jika sebuah empayar membesarkan pengaruh kuasa dan keluasan sempadannya dalam masa yang singkat, ia juga berupaya untuk jatuh dengan begitu cepat, dan ia benar-benar berlaku, tetapi tidak boleh dinafikan, selama lebih dari satu abad, bangsa nomad penunggang kuda ini hampir menaklvk seluruh dunia, berkat kepemimpinan mereka dan keberkesanan taktik, senj4ta dan strategi mereka. Tapi apakah rahsia ketent3raan mereka yang cemerlang ini sebenarnya?

TAKTIKAL TEMPVR

Walaupun kebanyakan taktik yang digunakan oleh Mongol sebenarnya lebih biasa dan sinonim dengan geografi medan tempvr di padang rumput, orang Mongol sebenarnya sejenis bangsa yang paling mudah menyerap budaya atau berasimilasi dengan kehidupan asing. Mereka turut melaksanakan transformasi gaya tempvr Mongol hingga menjadi satu konsep operasi ketent3raan yang lebih canggih dan menjadi ciri-ciri kekal dalam miltari.

Taktik dan strategi yang mereka bangunkan memungkinkan mereka bertempvr di beberapa jenis bentuk muka bumi berbeza dan memungkinkan peluasan sempadan Empayar Mongol lebih sistematik dan lebih mantap berbanding gaya penaklvkan secara sembarangan terhadap sebuah wilayah yang besar. Oleh kerana kaedah per4ng dan penaklvkan Mongol sudah semakin teratur, tent3ra Mongol berkembang dari satu gerombolan suku yang liar hingga menubuhkan angkatan tent3ra elit yang sebenar.

Seperti kebanyakan pejuang di padang rumput, orang Mongol rata-ratanya adalah sangat mahir menunggang kuda sambil memanah dikenali sebagai pemanah berkuda ringan, taktik mereka mengeksploitasi keupayaan mereka dalam menentukan sasaran anak panah dan kemahiran mobiliti mereka.

Pemanah dari Mongolia

Mereka biasanya akan menjauhkan diri dari jangkauan senj4ta pihak musuh dan mempraktikkam taktik ‘pukul dan lari’ secara bergelombang sambil menghujani pertahanan pihak musuh dengan temb4kan anak panah.

Sama seperti pasukan Turki yang dihadapi oleh tent3ra Salib di Anatolia, tent3ra Mongol merasmikan pertempvran pada jarak dekat. Mereka akan memecahkan batas anggaran jarak ser4ngan musuh dalam pertempvran hanya apabila mereka yakin bahawa situasi sedang memihak sepenuhnya kepada mereka sebelum mereka keluar ‘menyapu’ askar-askar lawan yang sudah kehilangan formasi pertahanan.

Seringkali juga tent3ra Mongol akan sengaja berpura-pura tidak mampu mengalahkan lawannya kemudian mengumpan musuh supaya mengejar tent3ra Mongol yang sedang ‘berundur’ sehinggalah aksi kejar mengejar itu berakhir dengan ser4ngan hendap unit yang telah bersedia di posisinya dengan mempraktikkan ser4ngan “temb4kan Parthia” yang terkenal (temb4kan mengejut yang dilancar setelah berjaya mengumpan musuh).

Dalam beberapa situasi berbeza tetapi pada waktu dan peluang yang tepat, biasanya ketika pasukan musuh sedang gigih mengejar umpan, tent3ra Mongol yang melarikan diri akan menukar laluan dengan menbuat ‘u-turn’ lalu memvsnahkan mereka yang tidak bersedia dan tidak menjangkakan taktik pusingan atau u-turn mavt Mongol. Tetapi, kaedah per4ng tetap ini akan dibantu dengan ser4ngan hendap, ser4ngan mengejur, serbuan dan pengepungan.

Benar, itu lah taktik per4ng Mongol yang licik dan bijak dan membuktikan bahawa tent3ra pihak Mongol tidak semestinya memerlukan jumlah yang lebih tinggi untuk memperoleh kemenangan.

BADAI PANAH DAN ARTIL3RI

Badai panah adalah taktik paling biasa diamalkan oleh tent3ra Mongol: Mereka akan mengepung musuh hingga semua unit tent3ra musuh terkumpul dalam satu sudut yang sempit sebelum pemanah Mongol menghujani mereka dengan temb4kan busur pada skala yang besar hingga ia kelihatan seperti fenomena benc4na alam.

Ser4ngan Badai Panah

Jarak jangkauan ser4ngan Mongol dengan taktik ini ada beberapa variasi: Pada jarak 200 atau 300 ela, temb4kan mereka masih cukup tepat untuk mengganggu formasi musuh, dan setelah mereka berjaya memecahkan formasi musuh, Mongol akan mula menyer4ng secara besar-besaran.

Semasa ser4ngan badai panah, pemanah tidak mengacu kepada sasaran mereka secara spesifik, tetapi mereka melepaskan tali busur mereka ke atas langit pada anggaran lintasan tertinggi panahan mereka yang akan menghujani “zon pembvnuhan” atau kawasan sasaran yang telah ditentukan.

Walaupun amalan taktik ini mungkin menyebabkan beberapa keceder4an yang mem4tikan, ia sekurang-kurangnya berjaya mempengaruhi kejatuhan moral pejuang musuh apabila mereka menyaksikan anak panah menembusi badan rakand di sebelah hingga mereka tidak ada upaya lagi untuk membalas ser4ngan.

BEDILAN TERTUMPU

Walaupun taktik bedilan tertumpu telah dipraktikkan bangsa lain sebelum kebangkitan kaum nomad lagi, tent3ra Mongol mungkin yang pertama menggunakannya untuk memberi kesan maksimum dalam semua aspek per4ng, dari ser4ngan badai panah hingga ke jentera bateri senj4ta pengepungan.

Struktur artil3ri sebegini serupa seperti bateri artil3ri moden yang membedil menggunakan meriam dan mortar, tetapi pada zaman ini busur silang, pemanah dan jentera-jentera kepungan seperti manjanik menjadi pelopor kepada taktik bedilan tertumpu.

Semasa pengepungan Nishapur pada tahun 1221, pasukan tent3ra Mongol memiliki persenj4taan terkumpul yang cukup untuk meruntuhkan tembok pertahanan yang dilaporkan dipertahankan oleh 300 jentera ballista, manjanik dan ketapel, bersama dengan 3,000 busur silang besar.

Walaupun jumlahnya mungkin berlebihan, ia turut menyimpulkan bahawa angkatan pengepung Mongol mengerahkan sejumlah besar senj4ta pengepungan untuk merobohkan tembok dan menj4rah kota, adakalanya mereka hanya perlu menunggu penguasa kubu keluar menyerah diri.

TAKTIK CARACOLE

Mongol menggabungkan taktik badai panah dengan taktik ser4ng dan lari. Kira-kira 80 askar dalam setiap jaghun, atau kompeni tent3ra, turut serta;  baki 20 lagi berperanan sebagai pasukan berkuda berat. Setiap jaghun menghantar 20 orang untuk setiap gelombang ser4ngan. Setiap gelombang ini akan menemb4k menggunakan busur silang dan pemanah biasa, sebagai penyer4ng utama barisan hadapan yang akan sentiasa berputar mengelilingi kota sambil menyer4ng sebelum kemudiannya mereka berundur kembali ke garisan belakang Mongol setelah menamatkan ser4ngan.

Taktik Caracole

Sebelum beredar, mereka akan melepaskan temb4kan terakhir kira-kira 40 hingga 50 meter dari garisan pertahanan utama musuh sebelum melakukan pusingan akhir untuk kembali ke kem. Jarak ini cukup dekat untuk menembusi baju perisai besi, tetapi terlalu jauh dari zon selamat untuk menepis sebarang ser4ngan balas.

Semasa sedang berundur, askar Mongol sering mempraktikkan kaedah temb4kan Parthia yang disebut pada perenggan-perenggan awal di atas. Mereka sering menukar kuda untuk memastikan tunggangannya itu kekal bertenaga dan segar untuk berlari dengan pantas. Oleh kerana setiap askar dilengkapi dengan 60 batang anak panah, tent3ra Mongol mampu mempertahankan bendungan yang melindungi pusat bedilan tertumpu mereka selama hampir satu jam, dan mungkin lebih lama.

Mongol konsisten menggunakan teknik ini sepanjang era ketika mereka menjadi kuasa yang mendominasi dunia, seperti yang telah dicatatkan oleh Marco Polo pada akhir abad ke-13:

“Apabila menghadapi musuh, mereka (Mongol) akan meraih kemenangan melalui kaedah ini.  Mereka tidak pernah cuba terlibat dalam pertembungan secara terus (atau konvensional), tetapi lebih gemar mengelilingi tembok kota dan melepaskan temb4kan terhadap musuh sambil melaungkan kata-kata provokasi yang bertujuan untuk mencabar kesabar pasukan tent3ra utama pihak musuh agar keluar dari persembunyian dan masuk ke dalam jerat mavt Mongol.”

TAKTIK PENGUNDURAN PALSU

Bagi bangsa Mongol tiada istilah ‘malu’ atau ‘tidak bermaruah’ dalam kod yassa yang menjadi sebahagian prinsip dan peraturan Mongol. Oleh itu, dalam konteks ketent3raan, tindakan melarikan diri samada dengan sengaja atau sebagai muslihat dalam pertempvran tidak pernah dianggap memalukan.

Pengunduran palsu

Strategi tempvr Mongol yang sangat terkenal selama beberapa abad adalah taktik “pengunduran palsu,”, di mana ketika sedang berpura-pura cuba melarikan diri dari musuh yang sedang mengejar, askar Mongol akan membuat pusingan mengejut ke arah yang bertentangan dari musuh hingga bahagian rusuk pengejar berkuda musuh akan terdedah.

Dengan kiraan masa yang tepat dan kemahiran menemb4k dengan kuat dan pantas secara berulang-ulang ke arah sisi musuh, dua askar berkuda elit Mongol mungkin sudah memadai untuk menumpaskan sepuluh pengejar mereka. Taktik berpura-pura berundur adalah taktik klasik per4ng nomad di padang rumput yang diamalkan sejak zaman kuno: Pasukan yang kecil akan dikirim sebagai umpan untuk menyer4ng/memprovokasi musuh dan kemudian berundur, menarik musuh mengejar mereka.

Lokasi pengunduran yang dituju kebiasaannya akan ditetapkan di sebuah kawasan yang sesuai untuk melancarkan ser4ngan hendak, memiliki laluan jalan yang cukup lebar untuk melakukan pusingan mengejut, dan jaraknya haruslah sejauh yang mungkin daripada kubu utama musuh untuk melambatkan masa jika di belakang musuh yang mengejar mereka mungkin akan disusuli ketibaan unit sokongan.

Jarak yang jauh juga boleh melemahkan barisan dan formasi musuh. Kemudian di lokasi yang telah diatur sebelumnya, pasukan penyer4ng hendap Mongol yang lain akan muncul dan menyer4ng musuh dari bahagian sayap sementara pasukan yang menjadi umpan tadi akan berpusing dan menyapu musuh dari hadapan.

Mungkin penggunaan taktik ini yang paling terkenal berlaku pada tahun 1223 dalam Pertempvran Sungai Kalka. Ia melibatkan per4ng di antara tent3ra Empayar Mongol di bawah perintah dua jeneral Mongol yang terkemuka iaitu Jebe dan Subutay , melawan gabungan kuasa kerajaan Turki-Kipchak yang bekerjasama dengqn beberapa kerajaan-kerajaan kota bangsa Rus, termasuklah Kiev, Galich, dan Cuman.

Semasa pertempvran itu berlangsung di sepanjang Sungai Dniepier, tent3ra Mongol mula berundur sambil mengumpan pasukan utama Kipchak dan Rus dalam satu aksi kejar mengejar selama beberapa hari sejauh ke dalam padang rumput hingga mereka tiba di Sungai Kalka. Di sini lah pasukan utama Mongol menunggu dan menghancurkan pasukan bersekutu serta merta.

TAKTIK FABIAN

Kadang-kadang askar Mongol akan mengelak dari terlibat dalam pertempvran dengan musuh sehingga mereka menemui lokasi yang ideal untuk bertempvr atau telah bergabung dengan ekspedisi pasukan sokongan dari jauh yang tiba untuk membantu pasukan utama Mongol menghadapi lawan mereka.

Taktik ini berbeza dengan taktik pengunduran palsu. Taktik Fabian lebih menitikberatkan disiplin agar menghindari dari apa saja kebarangkalian bertembung secaraa langsung dengan musuh. Tent3ra Mongol sering dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk mengelak dari dikepung secara keseluruhan, tetapi dengan taktik ini, peluang lebih banyak terbuka untuk askar Mongol berkumpul dan melancarkan ser4ngan mengejut ke atas musuh pada waktu yang lebih tepat.

Taktik Fabian juga berperanan melemahkan pihak musuh dengan cara menghindari pertempvran, terutamanya ketika pasukan musuh meningkatkan tahap pertahanan di kubu dan menduduki posisi pertahanan yang kuat, baik di tempat terbuka atau di dalam kubu. Selagi pasukan Mongol terus mengepung dengan konsisten, ia memberi tekanan terhadap sesiapa sahaja yang berada dalam kepungan, situasi ini akan berterusan dan memberikan satu kelebihan buat Mongol bagi membuat jangkaan waktu yang sesuai.

Ketika Mongol menghadapi musuh yang, misalnya, telah menggali parit di hadapan kubu atau memacak lembing di atas tanah untuk mencegah ser4ngan pasukan berkuda, Mongol akan bertindak balas dengan memindahkan sebahagian besar kekuatan utama pasukan mereka, lalu meninggalkan hanya beberapa detasemen sahaja untuk mengganggu musuh.

Akhirnya, musuh Mongol yang terpedaya dengan muslihat seringkas begini akan yakin bahawa pasukan tent3ra utama Mongol telah menarik diri dengan kebarangkalian atas alasan yang strategik atau terpaksa memindahkan kem kerana kehabisan sumber makanan atau tiada punca mata air.

Maka, barisan pertahanan yang telah merasa selesa, mula membuka kembali pintu kota untuk keluar memantau kawasan sekitar. Sehinggalah kemudian pasukan tent3ra utama Mongol akan kembali secara mengejut pada waktu yang tidak dijangka untuk memvsnahkan mereka.

SER4NGAN MERUSUK TAKTIKAL DAN PELITUPAN BERGANDA

Genghis Khan gemar melaksanakan taktik mengepung dan mengelilingi beberapa kali. Dia sentiasa memerhatikan peluang terbaik ketika mengepung musuh-musuhnya terutamanya jika bahagian rusuk dan belakang musuh mula terdedah atau dalam konteks pengepungan, apabila askar yang terkepung sudah lemah.

Ketika berhadapan dengan pasukan tent3ra musuh yang sangat mahir dalam memanfaatkan ciri-ciri bentuk mukabumi geografi di wilayah sendiri, misalnya, musuh yang mempergunakan sungai, maka Genghis akan berusaha mengepung mereka dari kedua sisi tebing sungai.

Mongol kadang-kala mengelirukan musuh mereka dengan berpura-pura menyer4ng bahagian hadapan yang bukan sasaran mereka yang sebenar, ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian musuh sebelum akhirnya melancarkan ser4ngan utama yang tak terjangka dari belakang musuh mereka.

Dengan hanya beberapa pecahan pasukan kecil Mongol yang melakukan huru hara, membuat situasi sekeliling musuh terasa seperti penuh dengan kacau bilau, tent3ra Mongol akan menyer4ng dari beberapa arah berbeza sekaligus. Taktik Mongol yang ini boleh mencipta persepsi kepada musuh sehingga mereka yakin bahawasanya mereka telah dikepung oleh Mongol.

Pertempvran Mohi

Dengan membiarkan sedikit “lubang tikus” atau laluan alternatif yang aman dalam pengepungan itu terbuka, tent3ra Mongol membiarkan musuh mereka melihat lubang tikus itu sebagai peluang besar untuk meloloskan diri dari kepungan. Namun hakikatnya, ia merupakan laluan mavt yang sengaja dibiarkan dan berfungsi sebagai per4ngkap.

Dalam keadaan panik dan rasa nekad mereka untuk melarikan diri, musuh sebegini agak jarang mengekalkan disiplin ketent3raan mereka dan selalu memilih untuk membuang atau meninggalkan senj4ta dan perisai agar memudahkan mereka melarikan diri dengan lebih pantas.

Tetapi, tanpa mereka sedari, skuad pemantau Mongol yang sudah lama mengekori mereka secara sembunyi akan menyer4ng mereka dari belakang seperti yang mereka lakukan kepada askar Hungary di Mohi pada tahun 1241. Tokoh sejarah Mongol bernama Dalantai menggelarkan taktik ini sebagai  taktik “Open-the-End” dan menyatakan bahawa tent3ra Mongol akan mempraktikkan taktik itu jika musuh didapati sangat kuat dan mampu  berjuang hingga m4ti apabila terper4ngkap.

Amalan taktik pelitupan berganda atau bahkan pengepungan, serta mana-mana kaedah tradisional yang digunakan di padang rumput juga berasal dari latihan gaya Mongol dalam tradisi nerge atau gaya battue (budaya memburu cara Mongol). Dalam latihan nerge, para pemburu secara beransur-ansur mengetatkan kepungan mereka di sekeliling mangsanya, membentuk jisim padat yang sukar untuk dibolosi.

Tent3ra Mongol tidak semestinya memerlukan sejumlah besar pasukan untuk mencapai kaedah ini, kemahiran memanah dan keberkesanan mobiliti mereka sudah cukup untuk membolehkan mereka mengepung pasukan musuh walaupun bilangan tent3ra musuh jauh lebih besar.

 

Pengepungan kota Vladimir

Tradisi nerge yang dilaksanakan dalam operasi ketent3raan pada dasarnya berfungsi sebagai taktik pelitupan berganda, di mana sayap tent3ra Mongol akan ‘membelit’ tent3ra lawan. Kadang-kadang Mongol menggunakannya sebagai strategi di medan tempvr yang lebih luas semasa pencerobohan, seperti yang mereka lakukan ketika mereka menyer4ng Rusia. Setelah penaklvkan kota Vladimir pada tahun 1237. Tent3ra Mongol akan mengepung suatu kawasan, kemudian secara bertahap mereka akan mengecilkan lingkaran sehingga laluan ‘lubang tikus’ menjadi sempit.

PER4NG KEPUNGAN

Pada awal penaklvkan Mongol, per4ng berkonsepkan pengepungan memiliki banyak kelemahan yang harus diatasi oleh Genghis Khan dan jeneralnya jika mereka menguasai wilayah. Ketika kejayaan mereka meningkat dalam menentang lawan mereka yang tidak aktif, Mongol melantik jurutera, samada yang dikerah atau sukarelawan ke dalam pasukan tent3ra mereka.

Sepanjang kewujudan Empayar Mongol, mereka bergantung kepada jurutera Muslim dan China yang mereka tugaskan untuk merekabentuk dan menghasilkan jentera untuk artil3ri serta peralatan pengepungan lain.

 

Pemburu Mongol dalam tradisi ‘nerge’

Mongol melewatkan tempoh pengepungan hingga saat akhir kempen. Mereka memulakan kempen dengan mengurangkan kedudukan di tempat terpencil yang lebih kecil sebelum meletakkan tumpuan pasukan mereka kepada sasaran yang lebih besar. Oleh itu, mereka memastikan bahawa mereka memiliki tenaga kerja yang cukup untuk mengepung kota-kota besar.

Ketika mereka bertempvr melawan pertahanan kota atau tembok yang tidak mampu ditembusi, tent3ra Mongol membuat sekatan untuk memerangkap musuh hingga mereka kebuluran kerana kehabisan sumber makanan lalu memaksa mereka menyerah. Mereka juga menangani kubu kuat dengan memintas setiap laluan yang menghubungkan kota dengan dunia luar. Setelah kota itu dikepung sepenuhnya, musuh akan kehilangan kepentingan yang strategik seperti gagal untuk mengirim utusan keluar meminta bantuan dari mana-mana kerajaan sekutu yang terdekat.

Sekiranya pihak Mongol mendapati mereka tidak dapat melemahkan sesebuah kota atau kubu, mereka biasanya akan membina sebuah kubu bertentangan dengan kota untuk dijadikan pengkalan sepanjang sekatan berlangsung, dan hanya perlu menunggu sehingga samada pihak musuh m4ti akibat kebuluran atau mereka akan menyelesaikan masalah melalui jalan diplomatik.

Sebelum pengepungan, tent3ra Mongol mengumpulkan ramai tahanan dan tent3ra kerahan dari kota-kota dan desa yang ditaklvk sebelumnya. Orang-orang ini berfungsi sebagai buruh paksa dan perisai manusia. Setelah menawan sebuah kota, daerah atau desa, pihak Mongol membahagikan seluruh populasi kepada 10 unit, dan setiap tent3ra Mongol akan menerima satu unit. Tahanan ini dikerah untuk mengumpul rumput, kayu, tanah dan batu.

Sekiranya terdapat tahanan yang terlalu perlahan hingga tertinggal di belakang atau rebah kepenatan semasa sedang berarak, askar Mongol akan membvnuh mereka serta merta. Apabila tahanan-tahanan tiba di kota yang akan diser4ng, mereka akan diarahkan untuk membina dan menduduki parit pertahanan dalam kadar segera menggunakan batu dan bahan lain yang mereka bawa seperti gumpalan jerami dan kayu, sehinggalah tent3ra Mongol berjaya mencapai tembok musuh. Tawanan juga terpaksa menggali parit dan bertugas sebagai barisan pertahanan atau melakukan apa saja tugas yang diperlukan.

Semasa pengepungan, Mongol akan memaksa tahanan untuk membina jentera pengepungan, yang mungkin di bawah seliaan jurutera Muslim atau China yang mereka lantik. Sementara itu dengan jentera kepungan dan busur yang ada, askar Mongol akan terus melakukan ser4ngan dari luar kota untuk menghalang pihak musuh dari berehat.

Mongol juga menggunakan nafta (baham campuran hidrokarbon cecair mudah terbakar) dan ada kemungkinan mereka menggunakan formula Api Yunani. Seorang pendeta Fransiskan bernama John de Plano Carpini mencatatkan penggunaan bahan bakar yang lebih mengerikan:

“Mereka bahkan mengambil lemak m4yat dari orang yang mereka bvnuh lalu ia dicairkan sebelum dilemparkan ke mana-mana bangunan, dan di mana saja api menyentuh lemak itu, api yang terbakar darinya hampir tidak boleh dipadamkan.”

Tahanan terpaksa mengambil bahagian secara aktif dalam kempen pengepungan. Mereka membawa jentera pemecah tembok yang dikendalikan di bawa kanopi pelindung atau mungkin perisai perlindungan yang lebih tahan lasak. Sekiranya para tahanan cuba melarikan diri, mereka akan dibvnuh.

Oleh itu, mereka memiliki pilihan tertentu, samada kem4tian yang menyeksakan di tangan Mongol atau kemungkinan m4ti segera di tangan pihak yang mempertahankan kota.

Selain menggunakan ketapel, manjanik dan pemecah tembok untuk meruntuhkan tembok kota, Mongol turut menggali terowong untuk melemahkannya. Sekiranya terdapat sungai mengalir berhampiran sebuah kota seperti di Xixia misalnya, mereka akan memecahkan terowong itu lalu membanjiri jalanan dan daratan.

Tahanan per4ng akan dipaksa melakukan sebahagian besar tugasan yang berbahaya, dan tent3ra Mongol hanya akan muncul ketika mereka diperlukan untuk bertempvr.

Semasa pengepungan, askar Mongol lebih cenderung untuk kekal berada di posisi luar jangkauan temb4kan dari kota, maka dengan jarak sedemikian, ia mampu memberikan mereka masa dan ruang untuk menjimatkan tenaga pasukan mereka sendiri sambil membiarkan askar bantuan dan tahanan tempatan menyelesaikan tugasan yang lebih berbahaya, seperti yang penulis katakan, tent3ra Mongol tidak pernah peduli soal maruah dalam per4ng.

Pemburu Mongol dalam tradisi ‘nerge’

Mereka hanya akan beraksi setelah tembok runtuh, ketika itu lah tent3ra Mongol bersiap memakai pakaian perisai besi, menghunus senj4ta dan menyer4ng secara terbuka dengan pantas pada waktu malam untuk mengurangkan jumlah k0rban. Taktik ini adalah prosedur operasi standard bagi tent3ra Mongol sepanjang penaklvkan mereka.

TAKTIK PSIKOLOGI DAN TIPU MUSLIHAT

Mongol menyedari bahawa meyakinkan sebuah kota atau kubu untuk menyerah kalah tanpa penentangan adalah lebih efisien berbanding melakukan pengepungan. Oleh itu, tent3ra Mongol meraih reputasi terkenal kerana pembvnuhan beramai-ramai. Menurut beberapa penulis sejarah, terutamanya Jûzjânî dan penulis kronikel Rusia, Mongol jarang membiarkan mana-mana mangsa terus hidup di mana sahaja mereka menaklvk. Pembvnuhan mereka secara amnya tidak dilakukan atas dasar nafsu membvnuh, tetapi ia dilakukan demi beberapa tujuan.

Yang pertama adalah untuk mencegah pemberontakan oleh penduduk yang mungkin akan bergerak di luar pengetahuan penaklvk Mongol. Kedua, apabila berita tentang pembvnuhan beramai-ramai tersebar, terutamanya dalam situasi yang mangsa ser4ngan Mongol diceritakan telah menentang dengan serius, maka, kota-kota dan kerajaan lain yang mendengar cerita kekej4man Mongol ini akhirnya akan memilih untuk menyerah diri awal-awal kepada Mongol.

Secara tidak langsung, rupa-rupanya pembvnuhan beramai-ramai sebelum itu telah berfungsi sebagai pencegah pemberontakan di kemudian hari yang mungkin akan meragut lebih banyak nyawa.

Mongol amat sedar akan jumlah mereka yang kecil itu, telah menggunakan keganasan sebagai alat untuk mencegah pemberontakan di kemudian hari terhadap mereka. Mongol tidak selamanya mampu mendirikan pasukan pertahanan yang kuat, maka mereka lebih memilih untuk melenyapkan populasi hampir seluruh penduduk di mana-mana kawasan sasaran yang kelihatan seperti sukar untuk dikawal.

Tingkah laku seperti itu tidak dapat dijelaskan oleh sejarawan yang beranggapan bahawa setiap penaklvkan sebenarnya adalah demi meningkatkan bilangan populasi secara produktif sebagai matlamat utama penaklvkan Mongol.

Di samping itu, Mongol juga menggunakan propaganda dan sering menyebarkan khabar angin terlebih dahulu yang membesar-besarkan jumlah tent3ra mereka. Pada tahun 1258, Möngke menyer4ng Szechuan dengan 40,000 kekuatan tent3ra, tetapi menyebarkan khabar angin bahawa mereka membawa 100,000 tent3ra. Mongol juga menggunakan akalan lain untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan musuh mereka.

‘DOA’ SEBAGAI JALAN TERAKHIR

Mongol turut menggunakan kaedah ghaib untuk memastikan kejayaan mereka tercapai, Mereka akan ‘berdoa’ memohon bantuan dari Tengri, (Dewa Langit atau Tuhan Syurga mitologi Mongol dan Turki kuno) di medan per4ng dengan cara yang sama tent3ra Islam dan Kristian berdoa memohon bantuan Tuhan sebelum berper4ng. Tetapi Mongol lazimnya hanya akan berdoa apabila mereka tidak menemui cara untuk mengalahkahkan musuh.

Orang Mongol juga menggunakan taktik ghaib lain, yang paling penting adalah sifat cuaca yang kononnya ‘dipujuk oleh dukun yang dikenali sebagai jadaci.  Para jadaci dikatakan akan menggunakan batu-batu khusus, yang dianggap memiliki kekuatan untuk mengendalikan cuaca dan dikenali sebagai “batu hujan,” untuk memanggil ribut hujan, atau bahkan ribut salji pada musim panas.

Seorang dukun Mongol melakukan ritual memuja Tengri

KUNCI KEJAYAAN

Secara keseluruhan, Mongol memiliki struktur ketent3raan yang sangat maju dan kompleks. Ini memberi mereka kelebihan dalam per4ng melawan musuh mereka, tetapi kunci kejayaan Mongol dalam per4ng dan penaklvkan adalah hasil gabungan taktik tempvr padang rumput tradisional yang masih berkesan serta taktik baru dan konsep peper4ngan yang mereka hadapi.

Sepanjang peluasan empayar mereka, bangsa Mongol amat dikenali sebagai bangsa yang paling mudah untuk beradaptasi dan berasimilasi dengan budaya tempatan di mana saja wilayah yang mereka taklvk, kecuali di Asia Tenggara kerana tubuh mereka tidak mampu bertahan demgan iklim tropika yang sentiasa panas.

Namun, Mongol sentiasa bersikap pragmatik dan sentiasa terbuka untuk menerima kaedah baru bagi digunakan untul melancarkan per4ng dan menggunakan senj4ta dan taktik baru, hatta dari musuh mereka sekali pun, tidak ada sifat terlalu taksub hingga terpaksa berfantasi tentang keunggulan bangsa yang kebanyakannya tidak masuk akal dan tiada bukti sahih seperti yang berlaku kepada sesetengah golongan pseudo-sejarah kita hari ini.

Walaupun bangsa Mongol ketika itu masih berpegang kepada ajaran Tengrisme, namun mereka kekal bersikap realistik, berpijak pada bumi yang nyata. Mereka memastikan tent3ra mereka dilatih dengan betul untuk melaksanakan taktik yang sesuai ketika perlu. Mongol hanya menggunakan khidmat dukun dan dewa langit apabila mereka merasakan mereka benar-benar sudah m4ti akal.

Akhirnya, berikutan perancangan mereka yang amat luas, terdapat pepatah yang mengatakan “bangsa Mongol lebih mengenali musuh mereka berbanding ibu mereka sendiri” pada abad pertengahan. Hasilnya adalah selama lebih dari 150 tahun penaklvkan dari Asia hingga ke Eropah, walaupun mengalami beberapa kekalahan dalam beberapa pertempvran seperti dengan Kesultanan Mamluk, Empayar Jepun, Dai Viet atau Kerajaan Singhasari, setiap kekalahan ini tidak pernah menyebabkan Mongol menerima angka k0rban yang tinggi.

Namun, kejatuhan Empayar Mongol menyebabkan bangsa Mongol semakin terasing daripada dunia luar, Mongol pernah menaklvk separuh dari seluruh dunia, namun bahasa dan budaya Mongol tidak pernah diwariskan sebagai tinggalan pengaruh di mana-mana wilayah bekas taklvkan mereka.

Hari ini, bahasa Mongol hanya dituturkan oleh rakyat di dalam negara Mongolia sahaja, dan kini Mongolia adalah sebuah negara yang kian kehilangan identiti akibat dipengaruhi oleh budaya China.

RUJUKAN:

May, Timothy. (2019). Milit4ry Integration in Mongol W4rfare: The Development of Combined Arms W4rfare in the Mongol Empire. The Mongol Empire.

Gabriel, Richard A. (2004). The Great 4rmies of Antiquity. Praeger Publishers.

—-

Anda baru sahaja menghabiskan artikel tulisan Amir Asyraf Alwi. Kalau anda berminat dengan penulisan beliau, kami nak cadangkan buku terbaru kami iaitu Uthmaniyah Di Hujung Jari yang boleh dibeli dengan Soviet Di Hujung Jari di webstore kami. Beli masa pra-tempah dapat POS PERCUMA. Pautan PEMBELIAN: t.ly/a74N atau klik gambar ini. Atau klik terus gambar bawah ni!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.